Ya Allah !!!! Betapa rindunya aku kat kucing-kucing aku. Bila dah sayang, dah kita jaga leklok, orang sibuk dok intai kucing kite.
Kalau jahat, jahat sangat. Kalau dah baik, baiklah sangat. Terasa macam kehilangan kawan baik pun ada. Aku kesunyian, kesepian, keseorangan sekarang ni. Sebenarnya, kucing-kucing kesayangan aku dah hilang ! Aku betul-betul stressed, sad, pissed off !! Entahlah budak mana yang "catnap" kucing aku tu. Aku ni sayang sangat kat kucing. Maklumlah, takde adik, aku lah bongsu. Takde untuk aku bergurau. Hari tu, kucing aku Garfield kena langgar lari. Nasib baik panjang umur lagi Si Garfield tu. Alhamdulillah, Garfield sihat dah. Luka-luka da pun dah sembuh and tak nampak lagi dah. Parut pun tak nampak. Kuat pulak semangat kau ya Garfield. Sayang dia. Lepas kejadian Garfield accident tu lah kucing aku yang bernama Mojo tak balik rumah. Mula-mula aku ingatkan dia pegi cari makwe ke ape ke. Semalaman tak balik, aku taknak ambil kisah sangat lah kan. Garfield masa muda-muda dulu pun macam tu jugak bila cari bini. Semalaman dia tak balik. Tapi dalam hati ni, Tuhan je yang tahu, betapa susahnya hati aku bila Mojo tak balik semalaman. Bila semalaman Mojo tak balik, aku tunggu pagi. Mana tau kot-kot dia balik. Tapi, bila bangun pagi, tak jugak nampak kelibat Si Mojo ! Balik kerja kul 6 pun tak nampak jugak ! Family aku pun cakap langsung tak nampak kelibat Si Mojo seharian. Aku ape lagi, teriaklah panggl Mojo. Aku peduli ape dengan jiran. Suka hati aku lah nak memekak panggil kucing aku. Kau Ade ?? Dah penat jerit-jerit panggil dia, sampai aku ajak kakak aku pegi pusing kampung cari Si Mojo, tak jugak balik-balik. Aku dah rasa sebak didada dah ni. Astagh, aku istighfar bebanyak. So aku bertenang, and tunggu besok, Bila tunggu sampai besok tu, tak jugak balik ! Okay ! 3 hari dah Mojo tak balik ! Ah sudah ! Kucing gemuk aku tu kena culik ! Aku pun bertangisan 2 malam selepas tu. Sebab dia selalu tido sebilik dengan aku. Pastu, kalau dia tak tido sebilik ngan aku, tiap pagi aku dah biasa dengar dia mengiau depan pintu bilik sebab nak masuk tido dalam bilik aku. Yelah, pagi kan sejuk. So maybe sebab aku biasa cuddling ngan dia tiap pagi. Tengok tv dia kadang naik duduk atas riba aku mintak belai, tak pun dia duduk/tido atas bantal faourite dia. Sekarang, semua tinggal kenangan. Awal bulan (1 June 2013) lagi dah sedih.
p/s : Mojo yang warna coklat putih yang gebu-gebu tu
Lepas tu sambung cerita 3 hari berikut nya pulak, 2 ekor anak kucing aku yang baru umur 2 bulan tu pulak yang hilang ! Baru nak pandai main-main and jalan-jalan luar rumah.. Sedey nye.. Kejam nye korang !! Pulangkan balik anak kucing aku tu !! Kesian kat mama kucing tu, hari-hari mengiau cari anak-anak dia. Dahla dua-dua anak kucing aku tu jantan. Kenapa ek, asal anak kucing jantan je, mesti tak bertahan lama kalau kita bela. Susah jaga kucing jantan. Yang betina pulak pandai jaga diri sendiri, tapi, perangai dia jahat (tak semua jahat). Aku hairan, kenapa nak curi kucing orang ? Orang dah bela elok-elok, dah gebu, dah gemuk, dah cerdik, bulu dah cantik, korang sedap-sedap je curi ! Tu lah aku cakap. Bila kita buat baik, orang senang-senang pijak kepala kita. Aku terkadang, seronok jugak tengok kucing orang, nak je aku culik bawak balik. Tapi aku tak jahat macam orang yang culik kucing aku tu ! Aku tau, mencuri tu dosa ! Tapi, kenapa ada jugak orang yang jahat nauzubillah curi kucing aku !!!? Tak tahu ke, kucing tu ada tuan nya ? Kalau kucing tak bertuan, nun sana kat pasar tamu kau boleh cari ! Ambik lah banyak mana kau nak ! Ni dalam kampung ! Dah sah-sah kucing tu ada tuan nya ! Ada yang sayang kat kucing tu ! Kau senang-senang curi sampai 3 ekor kucing aku !? Aku tak tau kau siapa ?
Walaupun dah seminggu dah Mojo hilang, and 5 hari anak kucing aku (Emon & Etot) hilang, aku masih nangis everytime aku teringat kat diorang bertiga. Before tido, bangun tido pagi, terbangun dari tido tengah malam, masa tengok tv, bantal kuning yang diorang selalu guna untuk tido tu, mesti aku terfikir "Apa khabar lah agak nya Mojo, Emon & Etot." "Apa lah yang Mojo, Emon, & Etot buat sekarang ni.?" "Mojo, Emon & Etot dah makan ke belum ek ? Apa yang diorang makan ?" And yang paling penting, "Kucing aku yang hilang 3 ekor tu, hidup lagikah ???", lepas tu mesti aku drop, pastu nangis sampai penat. Aku rindu sangat-sangat at diorang. Lepas diorang hilang, rumah aku sunyi sangat.. Aku nangis setiap kali aku tengok gambar diorang. Tak tahu, betapa sayangnya aku kat diorang. Tapi sekarang aku ada rasa menyesal tau.. Sebab aku ingat lagi sebelum Mojo hilang, hari sebelumnya aku ada marah-marah & pukul Mojo. Ya, jahat saye. Sebab masa tu aku penat. Nak tido & bangun lewat sikit. Kan aku ada cakap tiap pagi Mojo ni mengiau depan pintu bilik. Hari tu, aku tak tahu kenapa aku kejam sangat. Sanggup pukul dia. Aku geram sangat pagi tu. Dia mengiau tu bising sangat.. Aku bukak pintu, dia tahu aku marah, aku kejar dia sampai bawah meja dapur, lepas tu aku tarik ekor dia, aku hempuk kepala dia guna tangan OKAY !!! Dia lari pulak pergi ruang tamu, pastu sembunyi bawah kerusi. Bila aku dah lepas geram, aku masuk tido balik. Awal lagi tu dia mengiau, kul 6 pagi tu.......! Lepas tu petang dalam kul 8 malam macam tu, dia ada lagi kat rumah. Dok baring-baring atas katil kakak aku. Malam sikit lagi, lepas kasi diorang makan, aku bukak lah pintu dapur, kot-kot diorang semua nak buang hajat ke ape ke. Masa tu Emon & Etot pun masih ada lagi. So, kitorang biasa biarkan pintu dapur terbuka. Bila nak masuk tido aku akan panggil diorang masuk, tido. Semua dah masuk, kecuali Mojo, & Mojo tak balik sampai ke hari ni ! Seriously aku rindu sangat-sangat kat Mojo. Emon & Etot pun aku rindu. Rindu sangat-sangat. (Sekarang ni aku rasa nak jerit-jerit nangis)
Tengok, betapa rindu nya aku tengok muka diorang dua beradik ni..FYI, 1st picture tu Emon, second picture tu pulak, Etot. Tolonglah pulangkan balik kucing-kucing aku tu. Puas aku doa, aku mintak tolong kat Tuhan supaya tolong pulangkan kucing-kucing aku tu. Mana tau diorang boleh balik rumah. Sebab aku percaya diorang hidup lagi.. Mungkin Mojo sesat, Emon & Etot kemungkinan besar tak tahu jalan balik, sebab diorang kecik lagi. Ahh ! Kesian nya anak-anak kucing akuuuuuuu !! Semua doa aku sia-sia je. Tuhan dah taknak tolong aku dah. Aku cuma boleh buat satu benda je, REDHA. Dah nasib aku kan, hilang something aku sayang. Lepas ni ape pulak yang hilang. WallahuAlam. Anyways, Alhamdulillah tak hilang nyawa sendiri lagi. Terima kasih Allah sebab kasi ujian yang macam ni ,"Hati kita dimain-Nya". Huhuhu. Lepas ni aku taknak bela kucing lagi. Cukuplah tinggal Garfield, Chombi (Mama anak kucing) & Uncle Bulat yang dah tua tu. Cukuplah kan. Taknak hilang anak kucing lagi.
Aku penat sayangkan something/someone yang akan hilang sekelip mata tu je dah. Cukuplah aku bersedih. Aku harap bulan seterusnya, tak ada lagi terjadi benda macam ni. Oh ye, sebelum terlupa, Insha Allah, Hari Raya Qurban tahun ni, my family nak bertolak berhari raya haji di Kelantan !!! Yeay ! Sebab apa tak balik Hari Raya Puasa ? Sebab abah cakap, Hari Raya Qurban lebih meriah kat sana. Tak sabar pulak rasanya. Wow !! Tak sangka, lepas 3 tahun tak balik, akhirnya akan balik jugak. Kalau boleh aku nak je duduk sana sampai bila-bila, Yelah, 21 tahun dah dok Sarawak je. Nak jugak merasa bertahun dok Kelantan, pastu barulah balik Sarawak lagi. Hehehehe. Okaylah..
Pejam celik dah bulan Februari kan ? Pejam celik lagi dah nak 2014. Hoh ! Jauh melompat ! Aku actually tak tahu nak update entry apa neh. Terasa jari ni nak menaip. Hahak. Okay lah, sambung entry yang lepas lah. Hehe. Tak. Bukan nak takutkan korang. Tapi dengar lah dulu k.Macam ni. Aritu kan aku cakap aku diganggu oleh makhluk "tu", sebenarnya ada kisah disebalik nya. Aku dah bagitau kat Kak Mie and Yuliang. Lepas aku bagitau kat diorang, ye diorang pun seriau. Tak sangka aku pun diganggu. Dulu ada sorang kakak storekeeper kat situ pun experience benda yang sama. Nama die Kak Ana. Die dah arwah dah. Innalillah hiwa innalillahi Raji'un. Ye, die dah meninggal sebelum aku kerja kat situ. Sebab ? Die pun diganggu. Tapi aku rasa arwah ada speciality sendiri berhubung dengan makhluk tu. Not sure lah apa penyebab arwah meninggal. Ni Kak Mie yang citer, sebab Kak Mie yang dah lama kerja kat situ.
"Arwah dulu sebelum meninggal, perangai die pelik tau Nor. Mak arwah cakap, bila kat rumah arwah ni kadang-kadang buat perangai macam orang asli. Ikat kain kat kepala, lepas tu pegang kayu and hentak-hentak kayu tu atas lantai. Lepas tu, kalau ada mana-mana ustaz masuk Avon nak beli perfume kan, mesti die cakap die tak suka kat ustaz tu Nor. Pastu masa arwah masih kerja, arwah kekadang, tetiba berlari masuk stor bra (stor dalam), pastu nangis. Arwah pernah cakap kat akak, kalau die bergegas tetiba pastu nangis, jangan ganggu die. Die cakap die tengah nak lawan benda tu. Sebab tu lah akak boleh rasa yang die ni diganggu makhluk halus ni." And so on.
Babtu lah aku agak seriau bila masuk stor bra ni petang-petang. Aku kena ganggu tu pun dalam jam 3-4 petang camtu. Bila dah aku story kat Kak Mie, Kak Mie pun bagitau kat aku yang Avon ni memang laluan die, tapi die tak kacau or takutkan sesiapa. Abeh tu ? Yang aku terkena aritu, tak kacau ? Tak seriau ? Adohey ! Ujian apakah ini ? Awal pagi lah dah dengar Yaasin kat Avon tu. Nak kuatkan semangat diri sendiri. Alhamdulillah, perasaan takut tu dah semakin menghilang. Alhamdulillah !
Okay, let's skip today's story ! Betul ke english saye neh ? Ngahahah. Hari ni hair operation aku berjalan lancar. Ak habiskan RM200 aku untuk straighten balik rambut aku. Haha ! Yelah, kalau dah panjang takkan taknak jaga kan ? Mesti aku nak jaga elok-elok. Aku dah buat appointment dengan hair dresser aku tu sebulan sebelum tetapkan tarikh. Suruh die tengok dulu rambut aku ni, pastu tanya how much die boleh buat rambut aku ni. Pastu tu bila dah dapat tahu berapa banyak aku kena belanja. Aku tunggu lagi sebulan sebelum gaji, pastu dapat gaji, aku terus wat appoinment ngan die. Hehe. Then jadilah hari ni. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tapi seriously, walau aku duduk je, aku penat giler. Sampai saloon 9 a.m , selesai semua pukul 1.30 p.m. Tengkuk aku pun penat. Lepas tu sampai rumah, aku lunch, lepas tu aku lelap sampai pukul 6. Hoh ! Penat siot ! Kalau lah aku dah kawin, lelaki macam mana yang boleh tahan dengan perangai aku ni ek ? Asyik-asyik rambut. Hehe. Aku rasa ni kali terakhir lah aku buat hair treatment camni. Kalau aku nak luruskan sekali lagi, maybe I have to spend around RM300. Mati aku ! And rambut aku masa tu mungkin dah cecah lutut. Kang orang panggil aku Hantu Kak Limah pulak. Lepas penat rambut panjang aku akan potong macam Ashley Simpson neh. But taklah warna tu, maybe warna Auburn. Hehe. Biarlah orang nak cakap aku mandi guna air karat ke hape ke, dah memang aku nak rosakkan ape leh buat ? Hahaha. My hair, my style. I can do whatever I want ! :D
Awwwww. Comel je si Ashley ni ! Haha ! Dulu aku minat mohawk. Tapi tak sesuai lah aku rasa. So korang jangan tanyak mana rambut aku kalau aku dah potong cenggini nanti. HAHAHA ! babay ! Selamat malam :D
Selamat tahun baru bloggers. Amacam ? Ada celebrate new year's eve ? Tipu lah kalau cakap tak celebrate kan ? Aku semestinya ada. Tapi celebrate biasa-biasa je. Celebrate with family kat rumah grandparents aku. Baca doa selamat, lepas tu menjamu selera and having so much fun. Tapi, malam new year's eve boleh hujan pulak kan. Takde fireworks. Haha ! Oh well, you can't stop mother nature. Redha je lah ape yang jadi.
Okay, move on. Selalu tahun baru mesti ada yang tanya, apa azam baru. Ni lah aku nak bagitau. Azam lama dah tercapai. Aku dah owned laptop sendiri. Berkat usaha kerja aku bertungkus-lumus selama ini, saya sudah ada Sony Vaio Windows 8. Hahaha ! Alhamdulillah. Syukur. Tak payah lah aku gaduh ngan abang aku lagi pasal laptop selalu shut down. Tu hal dia dengan laptop lama tu lah. Asyik-asyik download games. Dahtu aku nak download movie bising pulak ! Sekarang dia dah bahagia ngan laptop mabuk tu. Tu pun masih tak syukur lagi. Berlagak macam dia yang beli. Semua folder aku dia nak delete. Ekkkkk elehh.. Sesen pun dia tak kuarkan duit nak beli barang sendiri, ada hati pulak nak own laptop abah. Dah-dah, kenapalah aku nak cerita pasal dia.
p/s : Gambar diatas ditaja oleh Instagram aku @nonoemuhammys. Follow ye. Ty.
Nah, aku ada 2 azam baru untuk 2013.Satu, aku taknak buat jahat. Dua, Iphone. Haha ! Yang dua tu best kan ? InshaAllah maybe dalam bulan Jun/2013 ni iPhone jadi milik saya. Tak kira lah iPhone 4s atau iPhone 5. Apa yang penting, kerja keras dan jimat cermat. Hebat kan saya. Kerja store keeper Avon je, ada hati pulak nak pakai iPhone. Kenapa iPhone ? Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab design dia yang sama dengan taste aku. Okay lah, inshaAllah, iphone akan datang. Amin.. Berusaha ye. Tolong doa kan usaha saya agar tidak disia-sia kan. Terima kasih bagi yang akan mendoakan saya, meskipun saya tahu tiada siapa yang akan bantu saya. Muahahaha.
Sempena tahun baru 01 Januari 2013 : Saya genap 4 bulan bekerja dan bertahan di Avon, Sri Aman. Alhamdulillah. Penyabar jugak aku ni ye. Yelah kan. Kalau korang kat tempat aku, mesti korang pun bengang dengan boss aku tu. Asyik-asyik nak mengarahkan orang. Kalau pasal kerja takpe nak mengarahkan aku. Ni tidak, sampai nak beli tapau dia pun aku jugak yang pergi. Nasib baik ada keai mamak sebelah je. Kadang-kadang kalau dia datang mengidam Kopi KFC, hah, siaplah. Dah sudah mengomel pasal Avon. Haha ! New Year dah, laptop baru dah, azam baru dah, mengomel dah. Okay, esok hari seperti biasa ! The end.
Thursday, December 6, 2012 • 10:13 PM • 0 comments
Wohoo ! It's been 3 months I'm working with Avon. Aku bertahan dengan perangai boss aku yang agak bossy tu. Ahh ! Dah nama boss, mestilah bossy. Tapi kebossy-an die neh, dah melampau sesangat. Aku ni dah macam servant die. Eh, no. Maid !!! She makes me boil ! She always asks stupid favors from me. Dayuuuummm ! It's not that I hate her. It's just, she's too, tooo, tooooo much ! I like her, she's friendly. It's just, sometimes she pissed me off. Like, for real. On purpose ! But at least, I stayed there (Avon) for 3 months straight. I don't even know how long will I be working there. It's okay lah, if she asks me to packed her dealers orders. But then, she asks me to buy her lunch and stuffs that's not even my job ! Yupe, she freakin' piss me off ! But still, 3 months been working there. And I'm okay with that somehow. Thank you.
December 6th, Laurent Nicolas Bourgeois and Larry Nicolas Bourgeois, also known as Les Twins, Criminalz Crew turned 24. Dah-dah, takyah nak speaking sangat pun. Biarlah orang kite je yang faham dah elok. Bukan aku je yang blogging sal diorang. Aku tak tau kenapa lah aku boleh minat sangat kat Les Twins ni. Kalau korang nak tau, everyday aku bukak youtube and search videos diorang. Kalau dah dapat, confirm aku download. Takyah tunggu buffering youtube tu. Lama sangat. Actually, aku tak tau nak update entry apa. Aku just nak wish Birthday Les Twins je. Hehehe. "Anyways, Happy Birthday Les Twins. No matter what you do, what you gave to entertain us, we will always support you. I was just hoping that someday Larry or Laurent will read any of my entries about you two. I'm just so into you ! Well, Les Twins of course. Duhhhhh ! Okay. There's not much to talk about. Gotta work tomorrow. Bye. God bless Les Twins. Get married soon guys !" (*^3^)/~☆
p/s Larry : Loving your tattoos so much ! They're freakin' HOT ! I followed your Twitter & Instagram, please follow me back (〜 ̄△ ̄)〜 *I know, it's kinda freaky when I'm begging you to follow me back. But for real tho~ :)
Thursday, November 29, 2012 • 9:18 PM • 0 comments
Tak tau apsal mood nak blogging. Hahaha ! Besok, lusa, nak masuk bulan Disember ! Yahoo ! Akan genaplah 3 bulan aku bekerja di Avon ! Sangat berbangga. Even though ada perselisihan faham sikit dengan manager a.k.a boss punya adik daa. Mana tak geram, almost semua barang dealer die aku yang handle. Asal die tak handle sendirik ! Dahla pemalas nak mampos ! Nak packing barang dealer die sendiri pun nak kena aku jugak yang buat ! Tapi takpe. Aku sabar jer. Tapi ada satu lagi masalah aku keje kat situ. Aku dah nak masuk 3 bulan dah keje kat situ, boss belum nak approve cuti aku ! Argh ! Aku nak gak cuti panjang. Nak cuti ngan family. Tapi kan, kalau aku dapat cuti panjang, pastu abis cuti, confirm aku malas nak masuk keje balik. Macam masa aku kat One Stop dulu. Tapi kat sana lagi lah nak mampos aku keje. Aku dengar One Stop, Sri Aman sekarang dah banyak orang complain. Pekerja die ramai yang tak layan customer, pastu dok gedik-gedik kacau anak bujang orang. Wei, tak malu ke ? Aku pulak yang dapat malu, sebab ada yang ingat aku masih keje kat sana. Memanglah, tapi tu dulu. Dulu aku takde lah nak menggatal kacau mamat-mamat macho yang pegi kat One Stop tu. Aku tau aku perempuan, takkan lah nak tunjok perangai tak tau malu kat orang. Diorang yang dah kena complain pun masih gak cenggitu. Tak tau lah, boss/manager dorang tak ambik tindakan or diorang yang keras kepala. Mintak naik gaji bukan main lagi depa. Aku tau sebab aku pernah keje kat sana. Aku tau perangai dorang. Tambahan ramai pekerja baru. And satu lagi aku dengar. Dorang punya sales girl tu jugak tau nak buat muka masam je. Customer lempar senyuman pun, nak jeling-jeling. Hei, pompuan ! Aku dulu lagi dari engkau keje kat sana, aku tau nak balas senyum customer. Kau kang aku lempar batu, berdarah pulak ! Menyampah pulak aku nak jejak kaki kat sana agi. Tu lah last aku pegi kat kedai tu. Yelah kan, orang dah elok-elok senyum, tak salah kalau balas balik. Bukan aku mintak duit kat kau pun ! Dahla, aku apsal pulak leh cite pasal tempat keje lama ni ? Hahaha ! Salah siapa sekarang ? Huhu. Dah-dah. Aku nak citer sal "member" baru aku sekarang.
Ai Fen : She's the Boss Assistant. Die ne adik kepada Boss. Nama boss aku David. David abang kepada Ai Fen. Ada faham ? Haha ! Suka-suka nak belitkan cerita. Budak Ai Fen ni suka sangat ambik cuti. Dahla kalau cuti gaji die tetap jalan. Yelahkan, adik boss. Kang kitorang report kat abang die, abang die bukan boleh wat ape pun. Abang die nak sangat marahkan die. Tapi lepas tu, confirm si Ai Fen ne report balik kat mak die. Terpaksa lah abang die tu, wat tak tau je ngan perangai adik die. Abang die tu anak yang taat & setia dengan perintah mama die. So, abang die lebih suka diamkan diri daripada berdarah telinga dengar mak die membebel. Ai Fen dah kawen. 3 orang anak, semua perempuan. Takyah tau, budak lagi. And macam yang aku bagitau tadi. Pompuan ni pemalas ! Nak angkat bontot pegi ambik order dealer sendiri pun nak suroh aku ! Tak kira lah aku tengah makan ke, tengah busy check stock ke, tengah busy post DO ke, memang die wat camni "Nor.. Tolong saya". Hm, memandangkan kau boss aku, aku turut je. Kalau kau pekerja biasa macam pekerja lain, memang aku tak angkat punya kalau penting mana pun dealer kau tu. Aku kerja kerana duit ! Bukan kerana kau. Ada paham ? Lagi, boss aku ne, aku rasa ada masalah sikit kat otak die. Kadang-kadang barang dealer yang die sendiri packing pun, tak ingat. Pastu missed barang dealer, aku pulak yang kena marah. Takkan aku nak biarkan die malukan aku depan customer lain. Aku jawab balik. Pastu korang nak tau, tuan punya badan (dealer) yang berurusan dengan Fen ni tadi tunjuk jari kat Fen and cakap camni "kamu sendiri yang packing barang saya haritu Fen, bukan die". TU MAKAN DIE ! Malu kan ? Lagi kau, nak malukan aku depan customer. Tu ha, ambik kau. Dealer terhormat & tersayang malukan kau balik. Lain kali, order dealer punya copy tu, simpan leklok ! Jangan salah kan aku ! Selidik betul-betul. Tapi sekarang okay dah die. Tak berapa sangat nak arahkan aku. Tipu much ! hahah ! Tak kisah dah sekarang. Duit ade masyukkkk !
Kak Mie & Yu Liang : Kak Mie ni senior store keeper & promoter. Die okay. Yu Liang ni akak aku sorang lagi. She's Chinese. Dorang ni lah member rapat aku sekarang. Kalau sorang takde, sorang lagi ade. Muahahah ! Teman ketawa aku Kak Mie. Aku suka dengar die gelak. Haha ! Kak Yang pulak, teman bertanya. hahah ! Kalau ade benda yang aku tak tau, aku tanya die mesti ada jawapan. haha ! Sangat best ! Lagipun dorang 2 orang ni, lucu gak orang nye. Peramah pulak tu. Macam magnet. Banyak customer suka wat appointment ngan dorang ne. Aku tak tau lah sampai bila aku boleh bertahan keje kat Avon ni. Kalau setahun maybe boleh, tapi kalau seumur hidup ; mampos aku ! Tapi aku harap sesangat aku dapat kerja yang better dari ni. Kalau tak pun, aku still nak sambung study. Nak sangat-sangat sambung study. Haha ! Dah-dah. Lupakan pasal kerja.
Move on. Aku terpaksa bertahan kerja kat Avon. Salah satu sebab, abah aku tak kasi aku berhenti. & secondly, aku nak pakai duit ! Hope korang tak bengang tengok aku membebel pasal keje kat facebook/twitter. Tu je cara aku lepaskan geram aku. Tak dapat nak bom boss. Kang tak pasal-pasal "You Are Fired !". Taknak aku. Kang mak abah aku jugak yang malu. Dahla mak aku pun member kat Avon. Kalau kat tempat keje lama, takpe lah. Kenal pun idok ngan mak abah aku. Dahla supervisor jahat ! Baru naik pangkat sikit dah besar kepala. Keje malas, tapi mintak naik gaji hebat betul minah tu. Naik menyampah aku ngan die. Seba die lah aku benti keje aritu. Nak sangat aku bengang kan. Ha, ambik kau, aku benti keje, hiduplah kau kat sana ngan pekeje baru kau ! Pastu sekarang, aku dengar, ramai yang benti keje sebab supervisor baru tu, asyik nak marah orang je. Sendiri punya keje tak buat. Asyik nak arahkan orang je. Tak guna punys supervisor. Sedarlah diri sikit ! Kau tu pompuan, aku pompuan, takde makna nye aku nak takut kat kau. Aku makan nasi, kau makan nasi. Bukan kau makan besi. Kalau kau makan besi, baik kau duduk dalam hutan je. Bahaya kalau orang makan besi hidup sama ngan manusia makan nasi. Kalaulah aku membebel pasal die ni, duit gaji die tetiba masuk dalam peti surat aku kat luar tu, Ya Allah.... nak je aku bebel sal die. Hari-hari aku nak maki die. hahaha ! Dahla, onto my next entry. Haha !
Presenting Les Twins, Criminalz Crew
Les Twins. Aku suka sangat kat dorang ni ! Dah addict sangat kat depa. Almost semua video dorang aku download. Maklumlah malas tunggu Youtube buffering lama gila ! So better aku download, & aku boleh tengok hari-hari. Tak pernah bosan aku tengok dorang ni. Selalu nya aku akan bosan kalau dah selalu sangat tengok. Les Twins ni aku tengok hari-hari tak pulak bosan. Buat aku semakin syok tengok lagi ade. Aku cuma tau sedikit sebanyak pasal dorang dari wikipedia. Dorang ni asal dari Paris. And yang buat aku ternganga, dorang ada 18 brothers & sisters. And 9 daripada dorang boleh menari, termasuk dorang gak. Yes, aku agak jakun. Sebab aku baru realize yang dorang ni memang dah terkenal since 2009 I guess. Nak tau lebih lanjut, korang just Google It. okay ! It's easy. Easier way is to look up for them in youtube. Better ! Kalau korang betul-betul fans LT, korang takkan bosan tengok video dorang. Macam aku ! Hahaha. Their sick moves makes you wow ! Dengan watak lucu dorang. Afro, TINGGI ! Sexiness dorang, and most adorable thing is that, they love babies. Awwwww~ French dorang. Sangat sempurna ! The best thing is, aku boleh bezakan yang mana abang (Laurent) and yang mana adik (Larry). Huhu ! Nak sangat jadi kawan dorang. Aku tengok video workshop dorang, dorang ni nampak sangatttt friendly. Teringin lah nak tengok dorang depan mata. Aku ni suka sangat mamat yang tinggi-tinggi. Dorang ni jugak terkenal dengan fashion backward pants & black beads. Aku terfikir gak. Selesa pulak dorang ni pakai seluar terbalik ? Kalau aku, memang aku dah terkinja-kinja adjust seluar tu. Haha ! Tapi tu lah. Kadang-kadang, seluar pun boleh pilih owner dorang. Imma let y'guys watch this video. Bye !
Jyeah ! Hari ini genap sebulan aku bekerja di Avon. Bukan pangkat besar pun. Biasalah kan, kite yang baru masuk ni. Aku store keeper je. Korang ingat senang ke jadi store keeper ne ? Gile susah ! Aku nak kene hari-hari update barang. Kalau diorang suruh aku kira dari 1 sampai habis, takkan habis punya ! Naik gile aku keje kat sana. Mula-mula keje tu memang tak tahan lah. Terasa nak quit pun ade. Mana tak nye, korang nakke tengok list yang dalam kiraan 1000 setiap hari ? Aku nak, tapi tu lah kan. Pening sikit. Tapi, yang best nye. Keje camtu dalam keadaan yang ber-aircondition. Hehehehe. Tak lah susah sangat kalau kira barang yang banyak. Tapi hari ni tadi, aircond wat hal pulak. Bikin kacau je. Tapi nasib baik tak banyak barang yang nak kena kira. Tapi, customer boleh tahan ramai nye ! Tak putus-putus datang. Maklumlah campaign baru. And, banyak perfume & barang-barang baru yang offer. Babtu lah depa dok berduyun-duyun datang tu. Anyways, hoping that aku keje lama kat situ.
Wuah ! Dah masuk Oktober dah kan ? Cepat nye masa berlalu. 2 bulan agi dah 2013. Sangat cepat ! But at least aku tak sia-sia kan masa 2012 dok rumah je. Aku dah keje. hehe. InshaAllah aku akan keje kat situ at least a year. Takpe lah gaji 400+ pun, aku terima seadanya. Aku keje ni pun aku tak tahu duit gaji tu aku nak wat ape. Maybe kumpul saje-saje. haha ! Dah banyak kang aku perabis duit tu.. Tak pun aku kumpul banyak-banyak pastu aku beli tiket flight pergi Kelantan. Aku terus dok sana ngan nenek aku. Keje kat sana maybe. But trust me lah, abah aku takkan kasi aku pergi sorang punye. Tapi, aritu pun abah aku ade tanya aku boleh ke pergi sorang. Aku cakaplah kat die dengan confident "BOLEH !" hahaha. Aku ingin nak tinggal kat tempat orang, keje kat tempat orang. Tapi, jangan harap lah. Aku dah cukup happy dah dok Sri Aman, asal usul aku. I'm happy as long as I'm not interrupting someone's privacy. If you what I mean. Haha !
Monday, September 17, 2012 • 10:48 PM • 0 comments
Ambek kau ! Panjang giler title aku ! HAHA !! Ada orang tunggu aku update blog ke ? Hew hew hew. Terima kasih kerana membaca ! Ha ha ha ! Ade jugak pembaca setia. Tapi, buat apa baca kalau nak sakitkan hati sendiri ? Aku memang sengaja der, nak perangkap kau ! Tak guna aku nak puji kauu, buat ape aku nak puji orang yang tak reti nak berterima kasih & orang yang tak reti nak hargai pemberian orang kan ? Kalau Tuhan dah kasi kite sorang pasangan untuk disayangi, jangan disia-siakan dengan perkara yang boleh memutuskan hubungan tu. Kan ? Kena batang hidung sendiri. Sekarang ni kau nak marah kat siapa, nak marah kat aku ? Kalau nak marah kat aku baik kau fikir masak-masak dulu. Sebab semua tu bukan salah aku. Bukan aku yang mulakan. Sebelum ni, tak pernah ade exbf aku dok sindir-sindir aku dalam laman sosial, belum pernah exbf aku 'HACK' privacy aku ! Kau tau kau siapa. So tak payah aku nak bagitau kat kau biar kau sedar. Ye !? Pedulilah kau nak kata aku ne berlagak or perasan cantik ke ape ke, itu hak aku. & kau pun ade hak. Hak untuk tidak menganggu hidup saye ! Tak payah susah-susah text dahtu, explain kat auntie aku cakap yang bukan-bukan ! Tak payah FAHAM ? Aku tak teringin nak percaya kata-kata budak macam kau. Cukuplah dulu hari-hari kau tipu aku. Okay, MAYBE tak hari-hari. he he he. Pergi online gaming kat rumah member sama kampung konon nye. Padahal pergi online kat hotel. Kacau orang keje. Kau ingat aku suke ke ? Aku tipu je cakap "okay, pegi lah sana :) Enjoy ye". Demi menjaga hati kau (kononnye) aku biarkan. Tapiiiii, tu lah kan. Orang cakap, bila dah diberi muka, dibaik sangat. Kepala kite nak dipijaknye pun adui ! Mula-mula seminggu sekali keluar malam. Lepas tu keluar malam balik lewat, lepas tu keluar malam 3-5 kali, lepas tu keluar malam, bila aku suruh balik, cakap okay then text kat aku cakap dah sampai kat rumah padahal....... boleh pulakkkkkkk tak balik rumah, tapi cakap dah balik kat rumah. Tuan punya badan dok syok-syok online, gaming dating ngan Poker. Mak aiii, happy nye. Mula-mula taknak dengar kata, pastu dah pandai pulak ni nak menipu ! Sekarang nahhh, hambek kau ! Aku break dengan kau, kau enjoy lah puas-puas dengan poker kau ! Jangan kacau aku lagi ! Tapi, kau punyalah main palat kat aku, aku takde sindir-sindir kau dalam facebook, kau melebih-lebih pasal apa ? Dah aku cakap taknak, taknak lah. Tak payah lah kau cakap, yang takde orang yang boleh terima diri aku yang tak perfect ne.. Takyah der. Mak & abah aku dari kecik sampai ke besar terima aku, takde pulak complain ape-ape pasal aku. Kau kenal aku baru je 4-5 bulan (aku rasa lah). Dah tikam aku dari belakang. Hok aloh ! Baik nye kau ! Baik sesangat !
Malam tu aku nak log in 2nd acc aku tu sebab nak check ade inbox dari member yang takde dalam 1st acc tu. Aku log in, berkali-kali die cakap camni, Sorry, something went wrong. Pastu aku try lah log in berkali-kali, masih gak takleh. & then aku dapat tahu facebook tu dah kene hack bila ade notifications cakap someone log in acc aku guna device lain. Wah ! Bila aku dapat tahu facebook aku takleh log in, aku pakai acc first & maki 'hacker' facebook tu. Dahtu bila aku cuba view facebook aku yang kene hack tu balik. Rupa-rupa nya dah dideactivate. Fuiyoo ! Cepat nye ! Memang tangkas ! Konon nye orang tu cakap, die tak hack. Okay, mana kata kau lah kan. Whateverrrrr...! Orang tu cakap, facebook aku takleh log in aritu, sebab ade orang report facebook aku tu. Hm.. Selalu nye kalau nak report account Facebook someone tu, die akan minta kita send message macam ni kat beberapa orang untuk tolong report account aku tu, at least 10 more facebook users.
Okay, ni aku try je. Aku report one of facebook users yang agak annoying, & aku send message ni kat facebook aku yang satu agi tu. Okay kite sambung, 10 orang tu sebagai saksi lah yang facebook aku tu, facebook orang 'jahat'. Hmm, jahat nye saya sampai ade orang report. Aku tak kacau orang pun, orang kacau aku adelah ! Pulak aku yang kene report ? Ape kata aku report kau jugak, nak ? Gurau-gurau. Ha ha ha.. Bila dah ramai yang setuju or ramai yang tolong report facebook aku tu, baru boleh pihak facebook tutup account aku. Takde orang report pun itu olang cakap wa punya facebook kina lepot woh. Aiya, punya bengap itu alasan.. Alasan kuat lapok leyyyy. Saya tada percaya deyyyyy ! Lagipun, kalau orang report facebook aku, takkan die tunjuk macam ni
Device mane pulak yang sesuka hati nye masuk ni pun ? Akaii. Lagi kau nak talk shit ngan aku ? Hello, aku tak study menda ni pun aku reti macam mana rupa orang hack macam mana rupa orang report. Dah-dah ! Takyah explain. Takyah kasi bullshits ngan aku. Sorry, I am allergic to your bullshit ! Telinga aku dah pekak dah nak dengar alasan/text sedih kau tu. Kalau kau nak tahu, selama aku break ngan kau kan, aku langsung takde fikir pasal kau lagi lepas tu. Boleh dikatakan kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku. Dah takde makna agi dah. Tiada arti nya pun. Ha ha ha ! Tak ! Aku tak tipu. Kau lah number 2 yang paling senang aku lupakan. Yang sebelum ni, Joshua budak iban tu yang pertama aku paling senang lupakan. Korang 2 orang lah paling senang aku lupakan. Sebab korang 2 orang jahat ! Jahat kat aku sedangkan aku tak pernah jahat kat korang 2 orang. Nak duit, aku kasi duit. Nak top up, aku kasi top up. Ape lagi yang aku tak pernah kasi ? Fikir lah elok-elok sebelum maki aku. Yang Joshua tu pun aku ade dengar pasal die pun dari member die yang pernah sama keje ngan aku dulu. Kan aku pernah citerkan dulu. Okay lah. Malas dah aku. Babai !!
p/s : Tapi aku tak maksudkan semua ex aku lah. Sorang je. Ha ha ha ! Yang tidak berkenaan, jangan terasa ye. Kalau terasa ape boleh buat. Ha ha ! Aku kan jahat, kuat mengata orang :)
What a day.. Iya, dahla aku tengah demam, flu pun attack sekali gus. Dahtu, 2nd Facebook account aku ada budak hack, pastu dideactivate lah pulak. Kan, memang sesuai peribahasa "sudah jatuh, ditimpa tangga". Kesian kat diri sendiri. Aku tak buat jahat kat sesapa pun, aku elok-elok dok rumah wat hal sendiri, acane pulak orang boleh tak puas hati ngan aku ne ? Takpe, kau ambiklah facebook tu, aku tak mati kalau takde facebook tu. Jadi kepunyaan kau selama-lamanya pun takpe oke. Mekasih bebanyak, tak lah aku buang masa pi jenguk 2 account. It's all yours. Harap puaslah hati kau ye even though aku tak tau ape yang kau nak. Tuhan nampak ape kau buat kat orang. Kalau aku ade wat salah kat kau, meh lah face to face kalau tak puas hati. Kite settle lek lok. Okay. Tapi kalau nak money, sorry lah aku bkn bnyk harta. Harta Ismet Ulam Raja banyak, pi mintak kat dia. Haha !
21 Ogos 2012 / 3 Syawal 1433h
Raya kedua ! Haha, aku sebenarnye takde mood nak blogging sebenarnye. Yelah kan, aku tak sihat, dahtu facebook tak pasal-pasal kena hack, lepas tu kena deactivate pulok ! Haiya.. So, untuk melupakan peristiwa tersebut dan menghilangkan perasaan marah, kite flashback Hari Raya sebelum ne. Tapi kali ni aku wat sampai raya kelima je lah ye. Takyah sampai habis Syawal. Syawal ke 6 dah macam takde apa-apa jadi je. hmm.. Okay, back again ! ahahaha Raya ketiga :) Leopard Print Dark Pink
Baju ne dah lama, aku pakai balek na tengok muat agi ke tak muat. Wow ! Muat lagi, so aku pakai le. hehe. Takde ape yang jadi hari ketiga tu. So aku malas lah nak story bebanyak.. Kepala aku tension sesangat ne, pening bebeno. Dahla, better aku tengok fantastic 4. Selamat Malam. Doakan kesihatan saya ye. :)
Okay, hi dan hello. Salam dah ucap. lol. Lama tak update kan ? how's your Raya ? Okay ? Gegar tak ? Elok lah kalau gegar, yang sederhana pun kira Alhamdulillah. Sama lah kite. Bersederhana lebih elok. Setahu aku, raya tak habis lagi kan ? Jadi, tak salah la aku blogging pasal raya. hehe. Maklumlah, akhir ni aku agak busy. Online tapi, takde masa nak blogging. Entry raya aku kali ni, aku terpaksa wat beberapa episod lah ye.. Teehee.. Harap tidak mengapa lah ye.
19 Ogos 2012/1 Syawal 1433h - Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya pertama macam biasa, bersalam-salaman, bermaaf-maafan ngan family lah kan. Nothing special gak lah 1st raya tu. As usual lah katakan. Family kitorang taklah sebesar mana pun. Takde foto pun. Betul-betul macam biasa. Tapi, abah cakap. InshaAllah tahun depan kitorang beraya kat Kelantan, tu pun kalau ade rezeki. Aku teringin sangat nak beraya kat sana. Tapi bila tanya ngan cousin aku kat sana, depa cakap Ramadhan lagi meriah daripada Syawal. Tu lah yang syok sangat tu. Aku harap murah lah rezeki kitorang tahun depan kan. Nak jugak beraya with my nenek kat sana. Seriously aku tak pernah rasa macam mana keadaan puasa & raya kat sana. Sebab family abah aku kat sana banyak woh ! Adik-beradik abah dah 11 orang. Anak-anak dorang pulak. Sepupu tuuuu. Hahaha. Teringin sesangat nak beraya ngan dorang. Korang tolonglah doa-doakan yer. Anyway, Raya kat sini (Sarawak) masih menyeronokkan. Ini dia, show & tell time, or should I call SHOW OFF. Haha. Raya pertama berbaju Kelabu :)
20 Ogos 2012/2 Syawal 1433h
Kitorang beraya ke Kampung Lingga. Fuyoo. Kuat mencabar perjalanan kesana. Macam yang pernah aku ceritakan aritu. Tapi kali ni, keadaan jalan raya lebih okay lah dari yang lepas. Ade lah dorang turap sikit-sikit jalan tu dengan batu-batu kecil. But still, melambatkan perjalanan kesana adalah jalan raya depa. Kitorang pergi denga 2 buah kereta je. Family uncle & family aku sendiri. Nak jugak bawak 3 buah kereta, keadaan jalan raya tidak mengizinkan. Sebab kereta yang lagi sebuah agak rendah tidak dibenarkan. Huahuahua. And ade satu lagi yang menyeronokkan kat sana. Dah disediakan wifi ! Omaigad ! Rumah makcik aku ni, betul-betul belakang rumah dorang dirikan tiang wifi tu. Aku ape lagi, online memanjang. Muehehehe. Okay, bah. Malaslah nak cerita panjang. Nak kasi korang tengoklah ye, raya kat "KL". hahaha. Oh ya, saya berbaju Jingga untuk raya kedua :)
Lepas makan tengah hari, kitorang pun balik ke Sri Aman. On the way balik tu, tetiba pulak hujan turun.. Hampeh, memang tak syok lah kalau jalan tak rata, bertanah, berlubang sana sini masa hujan.. Nak tengok jalan pun susah. tapi Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dan yang penting, selamat sampai. Okay, raya ketiga aku sambung besok lah ye. Harap bersabar sebab aku tak ade masa sangat nak blogging ni, busy sikit kebelakangan ni ;) xoxo
Journey kali ni, Lingga. Aku tak tau lah korang pernah dengar ataupun tak nama tempat ni. Lingga ni, pekan kecik je. Dari Sri Aman ke Lingga mengambil masa lebih kurang 2jam kot. Aku pun tak berapa tau. Kalau nak tau sangat, datang lah sendiri, pastu korang kira sendiri duration die. hehehe. Takde ape yang interesting pun kat sana. Pekan jer. Takde KFC, takde Mall, yang ada sawah padi yang best ! Kalau nak tau kehidupan kampung sebenar, boleh pergi sana. Tapi bagi yang tak suke dengan scene kampung ni, baik takyah g. Kang tak pasal-pasal korang homesick. Ehee. Aku p sana pun, sebab nak anta sepupu & family dier balik. Aku pun dah lama tak g sana. So, dengan masa yang terluang pada hari Sabtu, aku cancel plan jogging aku ikut mak abah p anto depa. Sebelum ni aku dengar "mereka-mereka" cakap jalan raya ke Lingga dah elok, takde lobanggg sana lobang sini. Tapi, indah khabar dari rupa. Naik gile aku dalam kete. Mana tak nye, diorang cakap nak betulkan jalan raya ke sana, sampai sekarang depa tak wat ape pun. Masih gak camtu, tak berubah, makin teruk lagilahhh. Plis lah, mana yang bertanggungjawab, "tunaikan janji anda" . Kesian kat diorang kat sana.. Aku sempat tangkap sedikit gambar. Sebab otw p sana, kitorang berhenti kat perkampungan Pulau Seduku (baru).
Hah ! Hambek kau ! tak pasal-pasal kete bersih jadi kotor. Kalau lah aku boleh amik gambar jalan yang berlubang tu, memang aku tempek kat sini. Kitorang pegi naik 2 buah kete. Sebuah agi tertinggal dibelakang, sebab kete die agak rendah. Abah aku pun worried tengok jalan sebab tu lah kitorang stop tunggu kete 2nd datang. Dah datang, sambung balik perjalanan "goyang-goyang". Hahaha. Sampai sana, pening kepala dehh ! I present to you, Pekan Lingga.
Pekan ni lama lah sangat. Aku tak tau berapa taun dah. Ye, memang tiang die dah senget menyenget dah. Aku pun dok hairan lagi. Nape lah diorang ni sayang sangat kat benda yang dah lapuk.. Tak salah kalau nak renew balik. Buat semula. Reconstruct ! Kalau dah buat baru, kan ok..
Ni perkampungan die. Kampung Tengah Lingga kalau tak silap. Eekeke. Aku tak berapa tau pasal kampung ni. Sebab jaranggggg sangat nak jejak kaki kat sana.
And ni umah sepupu aku. Dah lama tak sampai, bertukar warna lah pulak. ehehehe. Dulu biru, pastu hijau, ni pink pulak. Banyak citarasa neh. eheh. Oke lah. Sekarang ni pun aku dah sampai Sri Aman. Tak banyak yang aku nak cerita kan pasal Pekan Lingga ni. heheh, kang aku cite bukan-bukan tak pasal-pasal aku kena saman :P ehehe. Nak tau dengan lebih lanjut, boleh klik SINI
Nursyafiqah Azreen binti Muhamad Yasin a.k.a. Noreen Muhammys call me Noreen/Nonoe March 27th 1992 Born and raised in Sri Aman, Sarawak. Sarawakian, Malaysian, Asian Make Up Enthusiast I am an Ailurophile Friendly & loyal. If you treat me good, I'll treat you better. Hates feathery animals ; chickens, birds, ducks, etc
My Status : Not available since February 17th 2011. Friends ♥ : September 23rd 2012 In Love ♥ : June 28th 2013 Engaged ♥ : December 27th 2014 Married ♥ : March 12th 2016 Now ♥ : 1 Handsome Nephew & 1 Pretty Niece
GOING THROUGH ROUGH TIMES
"Alhamdulillah, for my happiness"
SHOUT OUT
Exchange Link open No "Follow You, Follow back" Harsh Words Are not Allowed