Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Chapter 1/2013 Begins
Tuesday, January 1, 2013 • 10:01 PM • 0 comments



Selamat tahun baru bloggers. Amacam ? Ada celebrate new year's eve ? Tipu lah kalau cakap tak celebrate kan ? Aku semestinya ada. Tapi celebrate biasa-biasa je. Celebrate with family kat rumah grandparents aku. Baca doa selamat, lepas tu menjamu selera and having so much fun. Tapi, malam new year's eve boleh hujan pulak kan. Takde fireworks. Haha ! Oh well, you can't stop mother nature. Redha je lah ape yang jadi. 


Okay, move on. Selalu tahun baru mesti ada yang tanya, apa azam baru. Ni lah aku nak bagitau. Azam lama dah tercapai. Aku dah owned laptop sendiri. Berkat usaha kerja aku bertungkus-lumus selama ini, saya sudah ada Sony Vaio Windows 8. Hahaha ! Alhamdulillah. Syukur. Tak payah lah aku gaduh ngan abang aku lagi pasal laptop selalu shut down. Tu hal dia dengan laptop lama tu lah. Asyik-asyik download games. Dahtu aku nak download movie bising pulak ! Sekarang dia dah bahagia ngan laptop mabuk tu. Tu pun masih tak syukur lagi. Berlagak macam dia yang beli. Semua folder aku dia nak delete. Ekkkkk elehh.. Sesen pun dia tak kuarkan duit nak beli barang sendiri, ada hati pulak nak own laptop abah. Dah-dah, kenapalah aku nak cerita pasal dia. 

p/s : Gambar diatas ditaja oleh Instagram aku @nonoemuhammys. Follow ye. Ty.

Nah, aku ada 2 azam baru untuk 2013.Satu, aku taknak buat jahat. Dua, Iphone. Haha ! Yang dua tu best kan ? InshaAllah maybe dalam bulan Jun/2013 ni iPhone jadi milik saya. Tak kira lah iPhone 4s atau iPhone 5. Apa yang penting, kerja keras dan jimat cermat. Hebat kan saya. Kerja store keeper Avon je, ada hati pulak nak pakai iPhone. Kenapa iPhone ? Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab design dia yang sama dengan taste aku. Okay lah, inshaAllah, iphone akan datang. Amin.. Berusaha ye. Tolong doa kan usaha saya agar tidak disia-sia kan. Terima kasih bagi yang akan mendoakan saya, meskipun saya tahu tiada siapa yang akan bantu saya. Muahahaha. 

Sempena tahun baru 01 Januari 2013 : Saya genap 4 bulan bekerja dan bertahan di Avon, Sri Aman. Alhamdulillah. Penyabar jugak aku ni ye. Yelah kan. Kalau korang kat tempat aku, mesti korang pun bengang dengan boss aku tu. Asyik-asyik nak mengarahkan orang. Kalau pasal kerja takpe nak mengarahkan aku. Ni tidak, sampai nak beli tapau dia pun aku jugak yang pergi. Nasib baik ada keai mamak sebelah je. Kadang-kadang kalau dia datang mengidam Kopi KFC, hah, siaplah. Dah sudah mengomel pasal Avon. Haha ! New Year dah, laptop baru dah, azam baru dah, mengomel dah. Okay, esok hari seperti biasa ! The end. 



Labels: , , , , , , , , , , , , ,


14 Ramadhan : Oh, my Facebook !
Friday, August 3, 2012 • 9:11 PM • 0 comments


Apa khabar kalian ? Aha ! Kan, aku dah cakap, menstrual aku memang tak betoi ! Minggu lepas aku dah tinggalkan puasa seminggu. Minggu ni pulak datang balek. Hampeh punya menstrual ! Kau ingat senang ke nak tunggu bulan Ramadhan datang lagi ? Korang ingat senang ke kaum hawa ni nak puasa penuh ? Masih gak korang berlagak tak puasa bila takde masalah macam kitorang. Apesal ha ? (sorry merapu, sebab bengang sangat tak puasa 2 minggu). Tak kesian ke kat aku ? Takpe lah, aku tak mintak simpati sesapa pun. Yelah kan. Kadang-kadang masih ada yang takde halangan berpuasa taknak puasa. Jangan ingat takde yer. Sedangkan yang sakit agi masih bertungkus-lumus nak berpuasa. Yang sihat walafiat, ape cer ? Maafkan saye ye. Saya tak cakap semua. Sesetengah sahaja yang tak reti nak menghargai erti Ramadhan. Korang ingat Ramadhan kali ni same ke dengan yang lepas ? Tak sama der. So, pandai-pandailah korang ye. Ni aku hope, menstrual aku lepas ni dalam keadaan normal. Amiin :) And Alhamdulillah aku dah 100% sihat. Takde hape-hape fenyakitt pungggg XD hahaha

Kepada mana-mana facebook users yang add aku kat facebook pertama aku tu, aku mintak maaf sangat-sangat. Bukan aku suka-suka taknak approve sampai korang inbox aku, marah-marah cakap aku sombong sebab aku tak approve request korang. Ni haaaaaa, penyebab nye :-


Facebook cakap, TOO MANY FRIEND REQUESTS. Satu gi, aku tak suka Allow subscribers nih. Takde makne nye. So, jangan salahkan saya. Bukan saye suke-suki taknak approve. Harap maklum ye. Yang add pun mereka-mereka yang saye tak kenal. It's my page, so sukahati saya kalau nak approve korang ataupun tak. hehehe. Bukan sombong. Cuma tak biasa. Maaf ye. Saya mintak maaf bebanyak kalau facebook ni menyusahkan anda untuk berhubungan dengan saye. Kalau korang nak kenal gak, better buat account twitter. Dan boleh follow Nonoe Muhammys on Twitter disini. Saya sentiasa Follow back & unfollow kalau kalian meng-unfollow saye. Terimakasih. hehehe. Bukannye ape, Twitter takde limit request/followers macam facebook. FYI, saya nak remove mereka yang langsung tak tegur kat facebook tu. Buat apa simpan and kasi yang betul-betul nak kenal dalam request kan. 

1. Bagi yang saja-saja add, confirm takkan dilayan.
2. Saya cuma approve mereka-mereka yang saya kenal and yang saye nak kenal je.
3. Kalau add sekadar nak memenuhkan Friend List baik takyah.
4. Tak guna profile picture sendiri.
5. Menyemak wall saye and asyik-asyik inbox.
6. Sekadar nak jadi stalker member-member, sorry sikitttt !!
7. Wall yang penuh dengan sumpah seranah, bye bye !! haha.

That's it. Itu kategori yang akan diremove and yang tak akan diapprove langsung. Harap maklum ye. Tak sombong, takut kena sabotaj. HAHAHAHA !!



Labels: , , , , , ,


3rd Ramadhan : Unfollow ? Terima Kasih !
Monday, July 23, 2012 • 11:15 PM • 0 comments


Aku ingatkan twitter je yang ade main unfollow neh, rupa-rupanye ; Blog pun ade gak main unfollow. Takyah lah nak sombong sangat. Same je manusia. Aku tak bodoh, aku follow korang pun sebab kenangkan jasa-jasa baik korang masa follow aku tuh, so aku follow lah balik. Hairan tol lah. Watpe follow kalau lepas tu nak unfollow balik. Untuk sesiapa lah yang unfollow saye tu, terima kasih bebanyak ye. Tak lah saya simpan someone yang tak ikhlas macam awak. Elok sangatlah yang unfollow tu dah undur diri sendiri. Alhamdulillah. Takpe kalau tak banyak followers pun, bukan itu yang nak dibanggakan pun. Aku tau, isi blog aku takde ape yang interesting pun. Tapi nanti, kalau ade info terkini ke hape ke dari aku, jangan harap yang unfollow tu nak sibuk-sibuk bukak blog. Padan muke. Haaa, kan dah bengang aku bulan puasa camni. Astaghfirullahalazimmmm.. Dah-dah... Takmo marah-marah. Ni nak nasihat sikit, kalau buat camtu dengan sengaja, bawak-bawaklah bertaubat. Tak elok dok tipu orang. Mula-mula follow, pastu bila followers dah banyak, mula lah tangan die gatal nak unfollow. Hm.. Takpe lah, murah rezeki awak lepas ni, InshaAllah. Saye doakan yang terbaik untuk awak ye. Amiin..

Juadah hari ni ? Special gak ! Taraaaaa !!



Mee Sup Daging. My mom yang prepare, sebab aku tak reti bab-bab merebus daging neh. Tak pasal-pasal aku yang lembik kangg.. Yep, I know. Nampak macam instant noodle kan. Memang. Takde jual mee yang kuning besar tu, terpaksalah guna mee instant neh. Kalu guna mee kuning tu, pergh ! Sodaaaaapp !! Juadah untuk berbuka besok tak tau agiii. Kite tunggu dan lihat lah yer ! Babaiii !!

Selamat menjalani ibadah puasa yang seterusnya. Amin :)



Labels: , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen