
|
Disayangi dan Hilang (Loved & Lost)
Sunday, June 9, 2013 • 11:04 PM • 0 comments
p/s : Mojo yang warna coklat putih yang gebu-gebu tu
Lepas tu sambung cerita 3 hari berikut nya pulak, 2 ekor anak kucing aku yang baru umur 2 bulan tu pulak yang hilang ! Baru nak pandai main-main and jalan-jalan luar rumah.. Sedey nye.. Kejam nye korang !! Pulangkan balik anak kucing aku tu !! Kesian kat mama kucing tu, hari-hari mengiau cari anak-anak dia. Dahla dua-dua anak kucing aku tu jantan. Kenapa ek, asal anak kucing jantan je, mesti tak bertahan lama kalau kita bela. Susah jaga kucing jantan. Yang betina pulak pandai jaga diri sendiri, tapi, perangai dia jahat (tak semua jahat). Aku hairan, kenapa nak curi kucing orang ? Orang dah bela elok-elok, dah gebu, dah gemuk, dah cerdik, bulu dah cantik, korang sedap-sedap je curi ! Tu lah aku cakap. Bila kita buat baik, orang senang-senang pijak kepala kita. Aku terkadang, seronok jugak tengok kucing orang, nak je aku culik bawak balik. Tapi aku tak jahat macam orang yang culik kucing aku tu ! Aku tau, mencuri tu dosa ! Tapi, kenapa ada jugak orang yang jahat nauzubillah curi kucing aku !!!? Tak tahu ke, kucing tu ada tuan nya ? Kalau kucing tak bertuan, nun sana kat pasar tamu kau boleh cari ! Ambik lah banyak mana kau nak ! Ni dalam kampung ! Dah sah-sah kucing tu ada tuan nya ! Ada yang sayang kat kucing tu ! Kau senang-senang curi sampai 3 ekor kucing aku !? Aku tak tau kau siapa ?
Walaupun dah seminggu dah Mojo hilang, and 5 hari anak kucing aku (Emon & Etot) hilang, aku masih nangis everytime aku teringat kat diorang bertiga. Before tido, bangun tido pagi, terbangun dari tido tengah malam, masa tengok tv, bantal kuning yang diorang selalu guna untuk tido tu, mesti aku terfikir "Apa khabar lah agak nya Mojo, Emon & Etot." "Apa lah yang Mojo, Emon, & Etot buat sekarang ni.?" "Mojo, Emon & Etot dah makan ke belum ek ? Apa yang diorang makan ?" And yang paling penting, "Kucing aku yang hilang 3 ekor tu, hidup lagikah ???", lepas tu mesti aku drop, pastu nangis sampai penat. Aku rindu sangat-sangat at diorang. Lepas diorang hilang, rumah aku sunyi sangat.. Aku nangis setiap kali aku tengok gambar diorang. Tak tahu, betapa sayangnya aku kat diorang. Tapi sekarang aku ada rasa menyesal tau.. Sebab aku ingat lagi sebelum Mojo hilang, hari sebelumnya aku ada marah-marah & pukul Mojo. Ya, jahat saye. Sebab masa tu aku penat. Nak tido & bangun lewat sikit. Kan aku ada cakap tiap pagi Mojo ni mengiau depan pintu bilik. Hari tu, aku tak tahu kenapa aku kejam sangat. Sanggup pukul dia. Aku geram sangat pagi tu. Dia mengiau tu bising sangat.. Aku bukak pintu, dia tahu aku marah, aku kejar dia sampai bawah meja dapur, lepas tu aku tarik ekor dia, aku hempuk kepala dia guna tangan OKAY !!! Dia lari pulak pergi ruang tamu, pastu sembunyi bawah kerusi. Bila aku dah lepas geram, aku masuk tido balik. Awal lagi tu dia mengiau, kul 6 pagi tu.......! Lepas tu petang dalam kul 8 malam macam tu, dia ada lagi kat rumah. Dok baring-baring atas katil kakak aku. Malam sikit lagi, lepas kasi diorang makan, aku bukak lah pintu dapur, kot-kot diorang semua nak buang hajat ke ape ke. Masa tu Emon & Etot pun masih ada lagi. So, kitorang biasa biarkan pintu dapur terbuka. Bila nak masuk tido aku akan panggil diorang masuk, tido. Semua dah masuk, kecuali Mojo, & Mojo tak balik sampai ke hari ni ! Seriously aku rindu sangat-sangat kat Mojo. Emon & Etot pun aku rindu. Rindu sangat-sangat. (Sekarang ni aku rasa nak jerit-jerit nangis)
Tengok, betapa rindu nya aku tengok muka diorang dua beradik ni..FYI, 1st picture tu Emon, second picture tu pulak, Etot. Tolonglah pulangkan balik kucing-kucing aku tu. Puas aku doa, aku mintak tolong kat Tuhan supaya tolong pulangkan kucing-kucing aku tu. Mana tau diorang boleh balik rumah. Sebab aku percaya diorang hidup lagi.. Mungkin Mojo sesat, Emon & Etot kemungkinan besar tak tahu jalan balik, sebab diorang kecik lagi. Ahh ! Kesian nya anak-anak kucing akuuuuuuu !! Semua doa aku sia-sia je. Tuhan dah taknak tolong aku dah. Aku cuma boleh buat satu benda je, REDHA. Dah nasib aku kan, hilang something aku sayang. Lepas ni ape pulak yang hilang. WallahuAlam. Anyways, Alhamdulillah tak hilang nyawa sendiri lagi. Terima kasih Allah sebab kasi ujian yang macam ni ,"Hati kita dimain-Nya". Huhuhu. Lepas ni aku taknak bela kucing lagi. Cukuplah tinggal Garfield, Chombi (Mama anak kucing) & Uncle Bulat yang dah tua tu. Cukuplah kan. Taknak hilang anak kucing lagi.
Aku penat sayangkan something/someone yang akan hilang sekelip mata tu je dah. Cukuplah aku bersedih. Aku harap bulan seterusnya, tak ada lagi terjadi benda macam ni. Oh ye, sebelum terlupa, Insha Allah, Hari Raya Qurban tahun ni, my family nak bertolak berhari raya haji di Kelantan !!! Yeay ! Sebab apa tak balik Hari Raya Puasa ? Sebab abah cakap, Hari Raya Qurban lebih meriah kat sana. Tak sabar pulak rasanya. Wow !! Tak sangka, lepas 3 tahun tak balik, akhirnya akan balik jugak. Kalau boleh aku nak je duduk sana sampai bila-bila, Yelah, 21 tahun dah dok Sarawak je. Nak jugak merasa bertahun dok Kelantan, pastu barulah balik Sarawak lagi. Hehehehe. Okaylah..
![]() Labels: 2013, aku benci stalker macam sial :), Cats, Dugaan, Emon & Etot, June, kittens, Loved&Lost, Missing, Mojo Chapter 1/2013 Begins
Tuesday, January 1, 2013 • 10:01 PM • 0 comments ![]()
Selamat tahun baru bloggers. Amacam ? Ada celebrate new year's eve ? Tipu lah kalau cakap tak celebrate kan ? Aku semestinya ada. Tapi celebrate biasa-biasa je. Celebrate with family kat rumah grandparents aku. Baca doa selamat, lepas tu menjamu selera and having so much fun. Tapi, malam new year's eve boleh hujan pulak kan. Takde fireworks. Haha ! Oh well, you can't stop mother nature. Redha je lah ape yang jadi.
Okay, move on. Selalu tahun baru mesti ada yang tanya, apa azam baru. Ni lah aku nak bagitau. Azam lama dah tercapai. Aku dah owned laptop sendiri. Berkat usaha kerja aku bertungkus-lumus selama ini, saya sudah ada Sony Vaio Windows 8. Hahaha ! Alhamdulillah. Syukur. Tak payah lah aku gaduh ngan abang aku lagi pasal laptop selalu shut down. Tu hal dia dengan laptop lama tu lah. Asyik-asyik download games. Dahtu aku nak download movie bising pulak ! Sekarang dia dah bahagia ngan laptop mabuk tu. Tu pun masih tak syukur lagi. Berlagak macam dia yang beli. Semua folder aku dia nak delete. Ekkkkk elehh.. Sesen pun dia tak kuarkan duit nak beli barang sendiri, ada hati pulak nak own laptop abah. Dah-dah, kenapalah aku nak cerita pasal dia.
p/s : Gambar diatas ditaja oleh Instagram aku @nonoemuhammys. Follow ye. Ty.
Nah, aku ada 2 azam baru untuk 2013.Satu, aku taknak buat jahat. Dua, Iphone. Haha ! Yang dua tu best kan ? InshaAllah maybe dalam bulan Jun/2013 ni iPhone jadi milik saya. Tak kira lah iPhone 4s atau iPhone 5. Apa yang penting, kerja keras dan jimat cermat. Hebat kan saya. Kerja store keeper Avon je, ada hati pulak nak pakai iPhone. Kenapa iPhone ? Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab design dia yang sama dengan taste aku. Okay lah, inshaAllah, iphone akan datang. Amin.. Berusaha ye. Tolong doa kan usaha saya agar tidak disia-sia kan. Terima kasih bagi yang akan mendoakan saya, meskipun saya tahu tiada siapa yang akan bantu saya. Muahahaha.
Sempena tahun baru 01 Januari 2013 : Saya genap 4 bulan bekerja dan bertahan di Avon, Sri Aman. Alhamdulillah. Penyabar jugak aku ni ye. Yelah kan. Kalau korang kat tempat aku, mesti korang pun bengang dengan boss aku tu. Asyik-asyik nak mengarahkan orang. Kalau pasal kerja takpe nak mengarahkan aku. Ni tidak, sampai nak beli tapau dia pun aku jugak yang pergi. Nasib baik ada keai mamak sebelah je. Kadang-kadang kalau dia datang mengidam Kopi KFC, hah, siaplah. Dah sudah mengomel pasal Avon. Haha ! New Year dah, laptop baru dah, azam baru dah, mengomel dah. Okay, esok hari seperti biasa ! The end.
![]() Labels: 2012, 2013, aku benci stalker macam sial :), avon, azam, blogging, Boss, duit, Family, Follow, followers, gambar, iphone, laptop
|
DISCLAIMER
![]() ![]() ![]() AUTHOR
CONTACT
FOLLOWERS
PASTS ![]() Credits
![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Mrs.Noreen |