Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Saya Sudah Bertunang !
Sunday, December 28, 2014 • 8:26 PM • 2 comments



I am now officially engaged ! Pada tarikh 27 Disember 2014 bersamaan dengan 5 Rabiulawal 1436h, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar, Alhamdulillah !! Syukur sesangat. One step closer lagi nak pergi stage yang seterusnya. Inn Shaa Allah, lambat laun, pejam celik kami akan bergelar pasangan suami isteri. Doakan kebahagiaan kami jugak ye. (Tak malu nak orang doakan. Doa pun kan satu sedekah.)
Eventhough, masa majlis tu berlangsung hujan turun agak lebat. Mana tak nye, jiran yang tinggal tak jauh dari kawasan tempat tinggal aku tu ada orang wat majlis kahwin. Ape lagi, karaoke lah jawabnya, daripada malam sampai siang. Tapi tak salahkan diorang lah. Aku melawak je. Nak wat macam mana kalau hari nak hujan. Hujan tu kan rahmat. Tak lah cuaca panas sangat. Majlis pun went well. Pagi tu, rombongan lelaki berangkat dari Saratok (Probably 2 hours dari Sri Aman), pukul 11 pagi camtu. Pukul 1.30 tengah hari macam tu kot diorang dah sampai Sri Aman. Hujan kat area Betong (1/2 hours dari Sri Aman) yang melambatkan sikit perjalanan diorang. Masa tu kat Sri Aman tak hujan lagi, tapi cuaca memang dah gelap. Ape lagi, sekejap lepas tu terus hujan. Nasib baik takda angin ribut. Kalau tak, memang tumbang terbang lah kanopi-kanopi kat luar haha ! Masa rombongan lelaki sampai pun memang hujan tengah turun. Nak taknak, bila hujan dah reda sikit, rombongan lelaki pun redah je hujan dengan 5 buah kereta sampai kerumah aku. Majlis yang sepatutnya mula pukul 2 petang, terpaksa start pukul 2.30 petang sebab tunggu hujan reda. Aku kat rumah tunggu dengan hati yang berdebar-debar. Nervous giler kau nak jumpa & nak tunjuk muka dekat rombongan lelaki yang semestinya ahli keluar bakal tunang aku hehehe.


Macam yang aku cakap tadi, everything went well. Happy sesangat. Ape lagi bila tunang puji pelamin tu cantik. Simple, sweet and just nice. Alhamdulillah !! Actually, pelamin ni aku tengok kat internet. Nak buat sendiri aku takde material, takde talent nak wat. So aku hire sorang wedding planner yang memang asal orang Sri Aman, and he's good dalam deco pelamin orang yang berkahwin/bertunang ni. Memang tiru internet, cuma abang tu ubah warna and material die sikit. Takkan nak 100% sama macam yang dalam internet. Masa die pasang ni kat rumah, aku takde kat rumah. So kakak & mak aku lah yang layan diorang. Nasib baik die kenal ngan kakak aku. Tak lah kekok sangat dia dirikan pelamin tu kat rumah kan. Aku terpaksa kerja halfday haritu. Sebab takde orang tolong akak boutique assistant kat boutique. Aku kerja halfday sebab tunggu sorang lagi amoi datang. Amoi tu datang, aku bolehla balik. Bila balik rumah, pelamin dah siap. Ya Allah, cantik ! Suka sangat ! Simple sebab sesuai untuk majlis pertunangan.



Makeup and hairdo done by Irene Bridal, Sri Aman. Seriously aku cakap, Cukup puas hati ! Mula-mula dia touch up, aku susah hati sebab takut, makeup yang dia buat tak matching dengan warna kulit aku yang gelap dan berbekas jerawat ni. Tapi pelikla kalau ada salun tapi tak pandai mix & match colors. Dan tengok lah, hasilnya. Jerawat & acne scars aku langsung tak nampak ! Flawless kan ? Memang skill si Irene ni, tip top. Saya kasi 4.5 bintang ! Tunang pun puji cantik. Wah, besarnye bunga kat hati kite *kelip-kelip mata*. hehehe Sape tak suka bila kena puji. Lebih-lebih lagi kalau si tunang/bakal suami puji. Alhamdulillah. Masa tak mekap tak cantik kan ? Huhu *nangis sambil lari*. Masa Irene dok makeup and buat rambut aku, asyik-asyik puji. Bulu mata aku cantik sebab lebat and lentik and panjang. Rambut aku hitam pekat and tebal. Muka aku macam hindustan. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak. Semua tuhan bagi aku pinjam. Cuma aku mintak tolong Irene tu cantikkan lagi sikit lah kan. Takkan aku nak nampak pale masa majlis pertunangan aku sendiri. Kalau majlis orang lain takpe lah. Aku boleh makeup sendiri. Tapi tak sehebat Irene. Bayar mahal sikit pun Alhamdulillah, berbaloi dengan hasil yang die bagi kat aku. Suka sangat-sangat. Thank you for making me look prettier and flawless dear Irene Bridal. Kahwin nanti nak makeup and buat rambut kat situ lagi. Hehe.








                      


     

     

Masa duduk kat atas pelamin tu, punya lah aku malu dan sedikit gementar. Mana tak nye, all eyes on me. Sepupu sepapat, pakcik makcik tunang aku masa tu semua tengok aku. Haha. Tunang hantar 7 dulang, aku balas balik 9 dulang. And aku add on extra 2 barang, as a gift untuk family tunang. Masa sarungkan cincin tu hatiku berbunga-bunga sebab cincin seriously cantik giler !! Pandai Encik Tunang pilih. Size tak kecik tak besar, just nice. betul-betul ngam dengan jari manis ni. hehe. So, ni lahSedikit sebanyak gambar yang akan dijadikan memori manis sekali seumur hidup, that is getting engaged to a guy named Aqmar Shahzada bin Rajali. 2 tahun berkawan, dan setahun bercinta, kitorang berdua ready nak pergi ke peringkat seterusnya. Inn Shaa Allah kalau takde aral melintang, kitorang bakal mendirikan rumah tangga that is, berkahwin setahun selepas pertunangan ni. 


dear Encik tunang, Aqmar Shahzada bin Rajali, a warm welcome from my family. I love you as much as you love me. And now, I love you even more than before. Much more love from me to you. Hoping you'll become a better person in the future to me and to your kids. Help me and guide me in everything I do. And please sayang, I want you to take a really good care of our relationship, no matter what. Another step awaits. We're one step closer to marriage. Inn Shaa Allah soon. Alhamdulillah, I fell in love with you, and I'm so happy that we're engaged now. And I hope you do too. I love you Gedeng :) You're the best !


Labels: , , , , , , , , , , ,


Chapter 1/2013 Begins
Tuesday, January 1, 2013 • 10:01 PM • 0 comments



Selamat tahun baru bloggers. Amacam ? Ada celebrate new year's eve ? Tipu lah kalau cakap tak celebrate kan ? Aku semestinya ada. Tapi celebrate biasa-biasa je. Celebrate with family kat rumah grandparents aku. Baca doa selamat, lepas tu menjamu selera and having so much fun. Tapi, malam new year's eve boleh hujan pulak kan. Takde fireworks. Haha ! Oh well, you can't stop mother nature. Redha je lah ape yang jadi. 


Okay, move on. Selalu tahun baru mesti ada yang tanya, apa azam baru. Ni lah aku nak bagitau. Azam lama dah tercapai. Aku dah owned laptop sendiri. Berkat usaha kerja aku bertungkus-lumus selama ini, saya sudah ada Sony Vaio Windows 8. Hahaha ! Alhamdulillah. Syukur. Tak payah lah aku gaduh ngan abang aku lagi pasal laptop selalu shut down. Tu hal dia dengan laptop lama tu lah. Asyik-asyik download games. Dahtu aku nak download movie bising pulak ! Sekarang dia dah bahagia ngan laptop mabuk tu. Tu pun masih tak syukur lagi. Berlagak macam dia yang beli. Semua folder aku dia nak delete. Ekkkkk elehh.. Sesen pun dia tak kuarkan duit nak beli barang sendiri, ada hati pulak nak own laptop abah. Dah-dah, kenapalah aku nak cerita pasal dia. 

p/s : Gambar diatas ditaja oleh Instagram aku @nonoemuhammys. Follow ye. Ty.

Nah, aku ada 2 azam baru untuk 2013.Satu, aku taknak buat jahat. Dua, Iphone. Haha ! Yang dua tu best kan ? InshaAllah maybe dalam bulan Jun/2013 ni iPhone jadi milik saya. Tak kira lah iPhone 4s atau iPhone 5. Apa yang penting, kerja keras dan jimat cermat. Hebat kan saya. Kerja store keeper Avon je, ada hati pulak nak pakai iPhone. Kenapa iPhone ? Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab design dia yang sama dengan taste aku. Okay lah, inshaAllah, iphone akan datang. Amin.. Berusaha ye. Tolong doa kan usaha saya agar tidak disia-sia kan. Terima kasih bagi yang akan mendoakan saya, meskipun saya tahu tiada siapa yang akan bantu saya. Muahahaha. 

Sempena tahun baru 01 Januari 2013 : Saya genap 4 bulan bekerja dan bertahan di Avon, Sri Aman. Alhamdulillah. Penyabar jugak aku ni ye. Yelah kan. Kalau korang kat tempat aku, mesti korang pun bengang dengan boss aku tu. Asyik-asyik nak mengarahkan orang. Kalau pasal kerja takpe nak mengarahkan aku. Ni tidak, sampai nak beli tapau dia pun aku jugak yang pergi. Nasib baik ada keai mamak sebelah je. Kadang-kadang kalau dia datang mengidam Kopi KFC, hah, siaplah. Dah sudah mengomel pasal Avon. Haha ! New Year dah, laptop baru dah, azam baru dah, mengomel dah. Okay, esok hari seperti biasa ! The end. 



Labels: , , , , , , , , , , , , ,


Hari Raya Aidilfitri 2012 (Episod III)
Sunday, September 9, 2012 • 8:27 PM • 0 comments



Rise and shine. Hari ahad orang lain syok-syok tidur aku & mak & Jabatan Kesihatan pulak memulakan hari kami dengan menyertai program 10 000 langkah setiap hari tapi untuk hari ini sahaja. Kalau program sihat, ape salahnye aku tinggalkan beauty sleep untuk hari minggu kan. Ingatkan benda ni memboringkan, tapi program ni best sesangat. Mula-mula pendaftaran ikut jabatan masing-masing. Aku ikut mak lah, daftar untuk Jabatan Pergigian. Don't worry lah, semua diorang bawak family masing-masing. Aku & mak pun dah cukup. Hehe. Kang tak larat susah nak catch up. Lepas daftar kitorang wat bodo. haha, takde lah. Kitorang mula pulak dengan Lagu Negaraku and so on lagi lah lagu patriotik. Semangat neh ! Jangan masa dengan boyfriend/girfriend je semangat. hehehe. Kan kan kan ? Okay so everything started so far so good. Semua mesti wat pusingan tu ikut peta untuk 4 kali. But, my mom pusing 2 kali je, mana complete 10 000 langkah tu. Halamak. It;s not fair lah mak. But it's okay. Kalau tak kerana lutut die sakit, lebih 10 000 langkah pun my mom leh buat. I know she's the toughest & strongest women on earth :) Kalau tak kerana die, aku tak join 10 000 langkah tu. He he. Love you Mak ! You're the best. Ha, ni nak bagitau nak heboh-heboh sikit mane tau budak yang hack facebook aku aritu baca. Aku dah masuk balek facebook tu. & thanks to your stupidity. Bodoh sesangat. Orang lain tak lah sebodoh engkau sampai nak hack-hack facebook ! Bengap sangat. Lain kali, kalau belajar teknikal tu, belajar betul-betul, jangan bodoh sangat hack benda tak berharga. Apa kau dapat hack facebook orang ? Kenyang ke kau dah hack ? Aku rasa aku tau kau sape, but tak payah le aku nak cakap kat semua orang. Kang semua taknak befriend ngan kau sebab kau Gila Babi sangat hack facebook orang. Kesian kat kau kan ? hmm, takpe lah. Aku tak kasi tau kat semua sape kau. Tapi kang kalau aku hilang sabar & kalau kau buat lagi, aku tak segan silu mention nama kau kat Facebook, kat Twitter, kat Myspace, kat Tagged, kat blog biar semua orang baca & biar semua orang ignore & report kes kau tu. Cyber Criminal. Aku benci giler ! Kang aku dah merepek pasal tu ! Kau punya pasal lah ni ! Tak guna ! Haha, sabar-sabar.. Alhamdulillah atas kebodohan hackers tersebut, aku berjaya masuk balik. Terima kasih ye bongok ! :P


22 Ogos 2012 / 4 Syawal 1433h

Raya keempat, pun nothing much yang jadi. Raya tahun ni sederhana je. Tak semeriah masa kitorang kecik-kecik dedulu. Tapi alhamdulillah aku masih boleh beraya. teehee. Raya ketiga aku berbaju kurung Hitam. Hitam itu menawan. Taklah aku nak cakap aku ni menawan, itu cuma hiasan semata-mata. Terima kasih. 


Tahun ni aku banyak pakai baju kurung yang agak jarang. Yang tak jarang pun aku pakai for the 1st and 4th Syawal. Yang lain semuanye nak kene pakai another lapis baju kat dalam. Tu lah, nak sangat pakai baju jarang. Kan dah kene pakai lagi selapis. Macam kuih dah. Raya keempat neh aku ngan a few members dari sekolah rendah beraya kerumah members yang lain. Alhamdulillah takde ape yang jadi. Macam biasa jumpa members mestilah banyak benda yang nak kene story the moli. Haha. Okay lah. Another cerita pulak..

23 Ogos 2012 / 5 Syawal 1433h


Pejam celik dah raya kelima. Aww, raya boring lah. Puasa lagi best. Dah raya kelima kan kan kan. Okay raya kelima ne pakwe kakak aku mai dari Kuching. Alhamdulillah, buat cara yang betul, kalau dah datang jumpa kekasih tersayang, bawaklah jumpa mak abah. Alhamdulillah gak, mak abah okay dengan pakwe Along. Along pun wat benda yang betul, pakwe die pun wat perkara yang betul. Die nak jumpa mak abah. Okay, elok lah tu. Abang aku pun bawak makwe die jumpe family aku. Abang aku takpe lah, die lelaki. Gi pun, makwe die tu member aku. So, biasa je lah. Tapi die je yang malu-malu ngan family aku. Buat ape nak malu kalau one day nanti jadi ahli keluarga aku yang kecoh neh. Hehehe. Terpaksa blend in gak jadi happening hahahha ! Raya keempat saya pakai putih dengan bunga merah jambu kecik-kecik. Old skool giteww.. 


Lepas pakwe Along datang beraya kat rumah, kitorang bawak die beraya kat rumah nenek pulak. Lepas tu kitorang bawak die lepak makan kat KFC pastu, lepak pulak kat waterfront. Sebab Along cakap pakwe die tu tak pernah mai Sri Aman, tak salahkan kitroang jalan-jalan kat situ. Bukan wat benda tak elok pun :P





Hati manyak senang sudah habis mamam. Hahaha ! Selamat membaca :D


Labels: , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen