Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Salam Aidilfitri 2013 !!!
Sunday, August 11, 2013 • 8:43 PM • 0 comments


Alhamdulillah, aidilfitri tahun ni agak meriah untuk aku. Ye, ye, bagi aku je. Bagi korang aku tak tahu lah kan. Kalau meriah, Alhamdulillah. Selepas kes kehilangan kucing aku hari tu aku terus mendiamkan diri kan. Last post 09 Jun 2013. Wow ! Dah masuk 2 bulan tak update blog. Bukan taknak update, kebelakangan ni aku seriously busy with work and, aku takde mood nak blog sebab masih kemurungan sebab hilang kawan baik, Mojo :( Dan, aku pun tidur sorang. Kadang-kadang aku boleh pulak tersasul panggil Garfield dengan nama Mojo. Aku masih rindukan Mojo, kalau aku ambik feel layan lagu-lagu sedih kat phone, memang akan terkenang benda-benda yang menyedihkan. Semua yang lama aku boleh flashback. Tak kiralah, sesedih mana pun kenangan tu, kalau dah flashback, no turnback haha ! Bodo tol la. 

AVON The Company For Women. Sepatutnya letak la AVON The company for Women and Men. Sebab ada gak jual barang Men's kan. Macam bapak aku pulak owner Avon, sesuka hati bagi idea. Tapi tak salah kan ? Kan ? Kan ? Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Dulu kan aku mula bekerja kat Avon sebagai store keeper je. After 8 months bersabar working as a store keeper. Aku dilatih bekerja sebagai Salesgirl/Promoter oleh Boss aku. Even aku tak mintak nak jadi promoter ni, tapi boss asyik dok paksa aku training jadi promoter ni. Mulut nak kena aktif bercakap ngan customer, nak kena pandai ambik hati orang, "Mulut kena manis" macam yang boss cakap.. Ye, saya dilatih untuk berbuat sebegitu ketika bekerja sahaja. Even aku ni seorang yang pendiam bila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, tapi bila kerja, aku terpaksalah bukak mulut pot pet pot pet cakap ini, cakap itu, promote perfume, promote collagen, bla bla bla. Kadang-kadang bila aku naik fed up, aku bawak semua fail-fail kerja aku kat store, aku duduk dalam stor, buat kerja stor. Haha ! Walaupun aku seorang promoter Avon yang pakai heels, pakai baju korporat yang agak panas even dalam ofis yang berhawa dingin tetap jugak panas, pakai make up, pakai cantik-cantik. Still aku bekerja kat stor. It's part of my job. Stor tu, milik aku. Kalau aku tak kasi kebenaran untuk masuk stor, 3 orang promoter senior tak leh masuk. Sebab stor tu, aku dah organize by MYSELF ! Stocks dah dikira, dah stack ikut urutan, ikut size, ikut jenis, pendek kata, memang dah kemas ! Kalau sebelum ni, stor tu langsung takde yang organize macam yang aku buat. Organisation stor tu, aku buat sendiri ! Okay ! Boss sendiri dah cakap, aku sekarang ni bekerja sebagai Promoter and at the same time, I'm the Store Manager. Sebab aku yang manage semua yang kurang dan lebih kat stor tu. Kalau ada masalah stok, semuanya aku yang handle. But still, with a little bit of help lah from stor senior, Kak Miey. Kak Miey sekarang dah jarang nak masuk stor, sebab mostly, dia yang buat sale yang paling tinggi mengalahkan supervisor kat situ, Aifen adik boss. Oh ye, bercakap pasal Aifen ni, dia dah tak macam dulu dah. Dia ngan aku dah okay dah. And aku rasa dia dah faham keadaan aku. Dulu, memang asyik nak cari gaduh ngan aku je. Memang nak je aku lempang minah tu. Tapi sekarang, masih jugak menyakitkan hati aku, tapi tak lah sesakit dulu. Nak marah aku ? Sorry lah nak masuk stor aku ! Haha !! Ye lah kan, aku rasa dia pun penat gaduh ngan aku. Haha ! Sekarang, dia selalu back up aku. Sekarang ni, masalah dia Yuliang pulak. Dia ni baru 2 tahun lebih je kerja kat Avon tu, dah sombong mengalahkan senior macam Kak Miey & Aifen yang dah kerja lebih 10 tahun kat situ. Tak respect supervisor langsung.. Aku kalau gaduh, aku ada point. Aku takkan marah kalau aku betul-betul salah. Aku marah, mesti ada sebab yang munasabah, barulah korang tengok aku mengamuk kat situ.. Hahaha.. Aku kadang-kadang hot tempered jugak, tapi macam yang aku cakap tadi, apa-apa yang menyebabkan aku hilang sabar, memang ada sebab yang munasabah. Hehe, anyways. Alhamdulillah. Syukur dengan gaji yang sekarang ni. Even tak banyak, tapi alhamdulillah. Yang aku tak tahan bila boss asyik-asyik nak aku capai target 10k untuk satu kempen. WTH ? 1 bulan ada 2 kempen. 1st kempen dari 1hb sampai 15hb. Pastu 2nd kempen dari 16hb sampai hujung bulan. Tak ke naya aku ? Seriously, starter/newbie/trainee macam aku ni, layak ke capai 10k untuk 1 kempen ? Entah-entah tak sampai 5k aku buat untuk 2 kempen. Tapi seriously, kalau aku boleh capai 10k untuk 1 kempen, boss akan naikkan gaji aku 2x ganda daripada Yuliang yang dah 2 tahun bekerja tapi masih 10k untuk 2 kempen. Ish ish ish. Taklah aku nak cakap dia jahat, but seriously, bila Aifen takde, dia langsung tak buat kerja, apatah lagi nak tolong aku. Lepas tu, bila dengar boss recommend suruh aku buat sales, semenjak itu, Yuliang tak suka kat aku. Kesian saya. Sebab mulut orang lain, saya dibenci. Tapi takpe, aku kerja bukan dia yang bayar gaji. Nak benci kat aku, aku peduli ke ? Haha ! Awak kejam, saya lagi kejam. Terima Kasih !!! :D
Hari raya saya ditemani seseorang istimewa kali ini. Dan Alhamdulillah, Mak dan abah saya restu. Hehe. Aku sebenarnya betul-betul tak ready dia nak datang beraya dirumah jumpa mak and abah aku. Sebab aku tahu abah aku tu tegas orang nya when it comes to his daughter and his daughter's boy friend. And, itulah kali pertama aku dapat lelaki yang brave enough nak jumpa abah and mak and family aku. Abah aku tak garang, cuma dia care and aku faham.. And alhamdulillah jugak, buah hati pun faham :) Thank god, he says my parents and my families are okay ! And on that day jugak lah aku met his younger brother and sister, and his Mom... Jeng jeng jeng.. Hehe, mak dia okay lah. Fun actually. The whole family is fun. Diorang memang suka gelak. And suka tengok diorang gelak. Betul sangat lah tu. Kena sangat. Haha ! Aku tak cakap banyak around family dia. Baru kenal lah kan. Haha. Seriously aku rasa cam pucat sangat, tapi sebenarnya tak. Eh ? Haha. Alhamdulillah, sepanjang perkenalan aku dan buah hati, takde apa-apa yang buruk berlaku. Yeay :)

Actually, aku kenal ngan dia dah lama gak. Lepas aku break bulan Februari 2012, aku terus tak layan mana-mana lelaki. Haha ! Tak sombong, menyampah actually. Mulut manis, semut pun boleh darah tinggi, kalau gigit mulut diorang terus mati ditempat kejadian. Haha. Yelah kan, dah nama patah hati. Budak tu tak tinggalkan aku, budak tu tak reti nak hargai pemberian aku, tak reti nak mengenang budi, entah lah. Mungkin tu memang cara bercinta dengan budak-budak. Ye, die muda setahun dari aku. Bodo kan aku ? Hehe. Bodo-bodo pun aku, aku tahu kenang budi. Aku tinggalkan kau, dah, takyah buang masa dengan kau lagi.. Takyah sakit hati lagi dah. Lega dah.. And then, September 23rd 2013 aku pun kenal la dengan buah hati.. Mula-mula aku tak layan. Memang seriously aku tak suka masa tu. Masih sakit hati dengan nama Lelaki ni. Memang masih anti. Aku pun layan macam biasa. Biasa lah kan, kalau dah dalam facebook ni, memang macam-macam je jenis orang yang akan chat dengan kita. Yang chat  keluar lirik lagu raya ada, chat terus mintak number phone ada, chat bahasa asing ada, chat maki aku terus sebab tak layan ada, chat terus ajak kawen pun ada. Aku pernah kena, sebab tu aku berani cakap ada jenis macam tu. HAHAHAHA ! Yang ajak kawen tu aku tak tahan. Haha ! Kalau lah chat ajak aku kawen, tetiba betul-betul yang diajak kawen tu bini orang, tak ke naya ?! Haha. Tapi buah hati ni lain sikit, mula-mula chat dah bergurau. Haha ! That's why interested pulak nak terus layan. Tapi aku tak overexcited nak layan. Layan cam member biasa. Yupe, chatting-chatting via facebook, sampai satu masa dia nak number phone aku. Memang aku tak kasi ! Haha. Ye, aku nak betul-betul kenal ngan dia. Tapi lama-kelamaan, berkenalan, few months later, aku pun baik hati miss call number dia, sebab sebelum ni dia memang dah bagi number dia kat aku. In case aku setuju nak bagi number phone kat dia, miss call je number dia hahaha ! Since then, contact guna phone, tapi seriously aku takde masa ngan phone. Kan boss train aku buat sales. So aku busy. Aku serious tak pegang phone. Sampai phone aku tinggal kat rumah pun aku wat bodo je. Haha ! Maklum lah dah lama menyingle, so bawak phone ke tak aku dah tak kisah, small matter untuk aku ketika itu. hahahahahaha. Tapi buah hati nak sangat contact aku masa tu, aku pun tak tau kenapa. Aku layan dia nak taknak je, sebab aku BUSY ! Sampai satu masa, kite stop contacting each other. Masa tu aku memang separuh mati training sales ni, so aku memang tak peduli lah orang contact aku ke tak. Dia pun dah stop call aku.. Lama jugak la kitorang tak contact. Tapi sampai satu masa, aku tetiba teringat kat dia, aku nampak kat chatbox aku, dia online. Aku tetiba tergerak hati kacau dia kat chat facebook. Gatal jugak aku kan ? haha. Tapi serious, aku memang niat nak kacau dia je cakap "Hi" kalau dia respon aku cakap "Bye" terus, lepas tu blah. Tapi dia nak sambung chat. Aku pun dah abis training masa tu, nak tido lewat pun takpe masa tu dah. So, aku layan :) 


p/s : Satu je cukuplah kan. Sorry agak blur Haha !

Kitorang of course berkawan dulu lah !!! Tak gelojoh, harus kenal hati budi masing-masing. Serious takde niat nak couple. After a year aku single, aku pun perasan, boleh tahan gak aku menyendiri kan. I can live with or without love. But at least, if I fall in love this time. Just make sure, it's not going to hurt myself anymore. And yes, I fell in love with this guy. Masa tu memang dah texting bunga-bunga, tapi tak declare lagi haha. Buah hati pun nak buat relationship status kat facebook. Tak penting sebenarnya, tapi aku tak kisah :) Asalkan dia happy, itu sudah memadai. He's happy, I'm happier lah. Kan kan kan ? So, June 28th 2013 tarikh keramat hahahahahahhahaha. Alhamdulillah, takde apa-apa yang tidak diingini berlaku. Setakat hal kecik gaduh-gaduh biasa tu memang ada. Sensitivity mesti ada kan. Kalau bawak bincang elok-elok takde ape yang buruk berlaku. Taman aku baru nak tumbuh daun, member aku dah sibuk pasal nasi minyak. Sabar lah weh. Jauh lagi nak sampai nasi minyak tu. Wat sendiri kat rumah, pastu makan sensorang. Kenyang jugak. Haha. Okay lah, anyways

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
Salah silap saya sepanjang tahun ni, mohon maaf
Jika terkasar bahasa blogging, mohon ampun ye.
Typo sememangnya harus. Haha. 
Salam Aidilfitri buat semua pembaca.


Labels: , , , , , , , , ,


Trash Talk.
Thursday, March 7, 2013 • 10:12 PM • 0 comments



Welcoming March with an open heart ! Mestilah kan ? Actually, dah seminggu kan ? Tapi, takpe. Still awal bulan. Teehee ! Kelmarin birthday beloved man, Abah :D Selamat ulang tahun ke 52 abah tersayang ! We love you so much ! Mudah-mudahan, Allah Taala panjangkan umur abah kesayang aku ni sampai bila-bila ! Sayang sangat kat abah sehingga tak terkata. Aku rasa sebak pulak :'D Tak sangka umur abah aku dah 52. Allah Taala panjangkan umur engkau darling. Hehehe. Father to daughter lah katakan. Anak abah ! Peduli lah ape orang nak kata :D

Okay, and then the next day lepas hari jadi abah (7th March 2013, today 4.29p.m) aku mendapat panggilan daripada Kolej Harina, Kuching. Mula-mula tengok number kat skrin phone, 082-XXXXXX hehehehe. Aku pun teragak-agak nak jawab. Tapi aku jawab jugak. Aku jawab dengan bisu. Hahaha ! Tunggu kuar suara "hello" dulu barulah aku balas balik. Hahaha ! Kenapa ? Entah, mungkin aku terlebih berhati-hati. Hahaha ! Tak ke begitu ? LOL ! Apa benda yang LOL aku tak pasti, maybe apa yang aku taip ni aku sendiri tak paham. And aku malas nak backspace. Duhhhh ! And awek ni cakap-cakap lah dengan aku dalam phone, aku muda lagi, masa depan panjang lagi, so why not aku further study kat kolej dorang. Aku naaaaaaaaaaaaaaaaakkkk sangat further studies neh. Tapi masalah nya, kos yang die kasi kat aku kos yang aku langsung tak minat (Pengurusan Perhotelan). Seriously aku tak minat dok hotel layan guest yang tah pape. Urgh.. Seriously, kenapa tak kasi aku IT ? Aku nak IT !!!!! Aku nak belajar wat web sendiri, aku nak belajar tentang software, nak hack wifi, nak multimedia, nak ini nak itu bla bla bla.. Pepaham ko mpunnnnn ! haha ! And then habis borak, yang aku jawab ye, ye, okay, okay, aok, kelaklah, okay. Mekasih :D Die nak aku call kul 10a.m esok untuk berikan kata putus. Uhuhuhuhuhu. Aku dah tanya member-2 kat facebook and search kat Google. Location die kat Batu Kawa sana. Jauh jugak lah bagi aku yang dok Sri Aman neh. Nak taknak, jadi warga asrama. And aku tak suka asrama. Miahahahah ! So, aku tau ape yang aku nak jawab esok. Hahah ! 

Esok jugak lah boss datang menjenguk kami di Avon. Haritu dah datang, datang lagi ! Tak sampai sebulan die datang jenguk kitorang lepas Chinese New Year aritu. Rindu ke ? Pijak kepala aku kalau die rindu kitorang. Seriously, tokey die langsung taknak ambik tau pasal pekerja die. Yang die nak tau, sales and keadaan kedai je. Aritu, die nampak aku busy check stock, boleh pulak die suruh aku pergi beli lampu. Cilaka punya tokey ! Nak taknak, aku pegi beli yang mahal. Hambek kau ! Jangan tanya kenapa tak beli yang murah. Kau akan sepak aku kalau aku jawab soklan macam tu. HAHAHA ! Lepas tu aku gado lagi ngan tokey. Lepas tu aku kena buang. Lepas tu aku merempat lagi. hahaha ! Tak kisah. Aku still tunggu peluang belajar. Kesian kan ? Hmm.. Nak mintak Politeknik, diorang sepak aku sampai ke Poli Johor. Pulakkkkkkkkkkkk dah. Dah ada peluang, tapi kejauhan. Kang raya aku bawak lagu Dendang Perantau pulak kang sebab tak balik raya. Aku tak pernah tak raya ngan family, entah acano rasa die. Mesti jeles tengok member lain boleh balik. Dah-dah. Takyah fikir. Buat semak otak je. Kalau dah ready, dah ada chance sambung, HARUS ku terima. Selamat Yalan Lomeo ! hahahah XD


Labels: , , , , , , , , ,


Kena Kacau Lagi ?
Thursday, January 24, 2013 • 9:09 PM • 0 comments


Ataupun cuma perasaan aku je? Ke gangguan fikiran ? Ke, aku ni paranoid sangat ? Siapa kacau aku ? Betul ke nak tahu ? Kang aku bagitau korang seriau pulak. Taknak tahu pun, aku kene bagitau. Haha ! Tapi sebelum aku citer, aku nak bagitau yang my mum tak berapa sihat, so aku takyah citer detail sangat lah ye. Nak kene jenguk my mum selalu. Kesian mum. Tu lah kan. Akhir-akhir ni ramai yang sakit. Deman, pening, mual pastu muntah-muntah. Minggu lepas pun aku ada rasa-rasa nak demam. Tapi tak menjadi, maklumlah kerja. Kalau ada rasa nak demam tu, act don't know je. Keluarkan peluh, inshaAllah panas tu lari. Aminn.. So, to my beloved mum, I love You ! 


Okay, aku kena kacau pada tarikh 21 Januari 2013. Siapa kacau ? Jeng jeng jeng. HANTU ! Kat mana ? Kat AVON. Not sure lah, hantu or what. Masa tu orang dok heboh pasal UiTM Lendu. Aku pun tak tau apa yang kecoh sangat pasal UiTM tu masa tu. Kat tempat kerja aku pun tanyalah kat member aku. Diorang pun tak tahu. So, kitorang pun Google lah mana tau ade blog yang dok citer pasal UiTM tu sampai heboh. Bila dah Google, rupa-rupanya ; Ooo, ada gangguan makhluk halus kat UiTM Lendu tu. Not sure betul ke tak. Allah Taala jer yang tahu kebenarannya. Nak link blog tu ? Alaa, sorry kali ni aku tak sharp macam blog-blog lepas. Tak ingat la link die. Korang Google je, UiTM Lendu Berhantu. Hahaha ! Mungkin ade kuar kot. Dahtu, klik la mana-mana blog yang korang interested nak baca. Okay, sambung cerita aku. Lepas je aku baca entry pasal UiTM tu, aku pun naik seram lah. Korang ingat aku ni berani sangat ke ? Serious penakut ! hahaha. Maybe kalau aku dah kawen kang, confirm taknak jauh ngan husben neh. haha. Kesian future husben aku nanti dapat bini penakut nauzubillah macam aku ni kan. Haha !


Dari tadi cakap nak citer ape yang jadi, tak jugak citer. Okay, camni citer die... Pada suatu hari (21 Januari 2013), kitorang keje cam biasa. Hari tu pun okay. Lepas jer baca blog yang berkenaan diatas, fikiran aku ni meracau. Asyik dok fikir pasal hannnnnnntu je. Tengah fikiran aku bercelaru masa tu dok kira stock yang datang, hilang lah sikit perasaan yang dok fikirkan benda tu. Dalam kesibukkan aku, Aifen pun panggil aku, " Noe, You tolong saya ambik bra ni ". Ambik kau, satu list bra dia suruh aku cari, tak banyak dalam 5 jenis bra seingat aku. Whatever, who cares anyway ? Haha ! So, aku pergilah kat stor bra, macam biasa pergi cari and memang takde ingat pasal UiTM tu lah masa tu. Tapi perasaan aku tetiba bagitau, jangan masuk stor tu. Aku pun stop depan pintu stor. Nak pasang mp3. Sebab tak endahkan perasaan susah hati aku tu, aku pun masuk tanpa mp3. Memang sunyi sepi masa tu. Yelah stor bra tu mana ada apa-apa pun, kecuali kotak-kotak bra and bunyi kipas yang memang disediakan dalam stor tu. Masa tu aku rasa dalam pukul 4.30 p.m. Aku pun carilah macam biasa sambil berdehem. Haha ! Aku suka menyanyi untuk hilangkan rasa takut, tapi kali ni aku berdehem je. Tak tahu berdehem ? Hampeh lah kau ! Pergi cari lah. And then selesai cari bra, ada satu jenis panty yang memang takde stock, tapi aku still not sure and aku selongkar kotak panty tu skali lagi untuk kepastian. Lepas selongkar, aku sure panty tu memang takde stock. So, niat aku nak simpan balek lah kotak tu ketempat asal. And then, masa aku nak simpan balik kotak tu, aku diganggu dengan satu hembusan nafas ditelinga kanan aku and pipi kanan aku pun terasa kepanasannya secara tiba-tiba seolah-olah disentuh dengan benda panas. Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Aku pun baling kotak tu dekat rak, and aku lari pecut 100 meter dengan bra and panties tadi. Seriously bila aku sampai kat depan, jantung aku rasa nak pecah ! Aku rasa masa tu muka aku pucat, rasa kaku tubuh aku bila sampai kat depan. Tangan aku menggeletar macam orang sakit parkinson ! Haha ! Seriously aku penakut ! Lemah semangat. Nasib baik aku tak pengsan kat situ. Gile tak takut ! Aku sorang dalam stor tu ! Mana datang boleh dengar nafas orang dihembus kat telinga kanan aku pulak. Seriously memang bunyi " Haahh~" kat telingat aku, aku dengar dengan jelas ! Sumpah ! Aku tak tipu ! Sampai sekarang aku takut nak masuk stor bra tu senseorang. Aku tak citer kat member-member Avon situ agi. Sorang je yang dah tau, Kak Yuliang. Die pun takot masa mula-mula aku citer kat die yang aku kena kacau kat stor tu. Pastu die tak takut dah. Aku je yang masih seriau masuk stor tu, sebab aku yang kene ! Tu dah masuk 2 kali dah aku kene kacau/dengar benda camtu. Aritu kan aku ade citer kat korang kat SINI . 

Okay lah. ape-ape pun jadi, Allah je yang tahu. InshaAllah, Die bagi petunjuk. Tapi, harap-harap benda tu tak kacau aku lagi, sebab ; Kenapa aku yang mesti kena kacau dek benda tu ? Ada apa-apa special ke aku ni ? Maybe banyak sangat dosa aku kot, and benda tu nak aku ingat Tuhan selalu. WallahHu Alam. InshaAllah, dengan berkat doa mak dan abah aku, terbuka jugak pntu hati aku ni suatu hari nanti, korang pun doa-doakan lah aku berubah suatu hari nanti. Allah Taala je yang akan balas jasa korang. Terima kasih ye. Korang memang baik. 


Labels: , , , , , , ,


Chapter 1/2013 Begins
Tuesday, January 1, 2013 • 10:01 PM • 0 comments



Selamat tahun baru bloggers. Amacam ? Ada celebrate new year's eve ? Tipu lah kalau cakap tak celebrate kan ? Aku semestinya ada. Tapi celebrate biasa-biasa je. Celebrate with family kat rumah grandparents aku. Baca doa selamat, lepas tu menjamu selera and having so much fun. Tapi, malam new year's eve boleh hujan pulak kan. Takde fireworks. Haha ! Oh well, you can't stop mother nature. Redha je lah ape yang jadi. 


Okay, move on. Selalu tahun baru mesti ada yang tanya, apa azam baru. Ni lah aku nak bagitau. Azam lama dah tercapai. Aku dah owned laptop sendiri. Berkat usaha kerja aku bertungkus-lumus selama ini, saya sudah ada Sony Vaio Windows 8. Hahaha ! Alhamdulillah. Syukur. Tak payah lah aku gaduh ngan abang aku lagi pasal laptop selalu shut down. Tu hal dia dengan laptop lama tu lah. Asyik-asyik download games. Dahtu aku nak download movie bising pulak ! Sekarang dia dah bahagia ngan laptop mabuk tu. Tu pun masih tak syukur lagi. Berlagak macam dia yang beli. Semua folder aku dia nak delete. Ekkkkk elehh.. Sesen pun dia tak kuarkan duit nak beli barang sendiri, ada hati pulak nak own laptop abah. Dah-dah, kenapalah aku nak cerita pasal dia. 

p/s : Gambar diatas ditaja oleh Instagram aku @nonoemuhammys. Follow ye. Ty.

Nah, aku ada 2 azam baru untuk 2013.Satu, aku taknak buat jahat. Dua, Iphone. Haha ! Yang dua tu best kan ? InshaAllah maybe dalam bulan Jun/2013 ni iPhone jadi milik saya. Tak kira lah iPhone 4s atau iPhone 5. Apa yang penting, kerja keras dan jimat cermat. Hebat kan saya. Kerja store keeper Avon je, ada hati pulak nak pakai iPhone. Kenapa iPhone ? Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab design dia yang sama dengan taste aku. Okay lah, inshaAllah, iphone akan datang. Amin.. Berusaha ye. Tolong doa kan usaha saya agar tidak disia-sia kan. Terima kasih bagi yang akan mendoakan saya, meskipun saya tahu tiada siapa yang akan bantu saya. Muahahaha. 

Sempena tahun baru 01 Januari 2013 : Saya genap 4 bulan bekerja dan bertahan di Avon, Sri Aman. Alhamdulillah. Penyabar jugak aku ni ye. Yelah kan. Kalau korang kat tempat aku, mesti korang pun bengang dengan boss aku tu. Asyik-asyik nak mengarahkan orang. Kalau pasal kerja takpe nak mengarahkan aku. Ni tidak, sampai nak beli tapau dia pun aku jugak yang pergi. Nasib baik ada keai mamak sebelah je. Kadang-kadang kalau dia datang mengidam Kopi KFC, hah, siaplah. Dah sudah mengomel pasal Avon. Haha ! New Year dah, laptop baru dah, azam baru dah, mengomel dah. Okay, esok hari seperti biasa ! The end. 



Labels: , , , , , , , , , , , , ,


Happy 24th Birthday Les Twins !
Thursday, December 6, 2012 • 10:13 PM • 0 comments


Wohoo ! It's been 3 months I'm working with Avon. Aku bertahan dengan perangai boss aku yang agak bossy tu. Ahh ! Dah nama boss, mestilah bossy. Tapi kebossy-an die neh, dah melampau sesangat. Aku ni dah macam servant die. Eh, no. Maid !!! She makes me boil ! She always asks stupid favors from me. Dayuuuummm ! It's not that I hate her. It's just, she's too, tooo, tooooo much ! I like her, she's friendly. It's just, sometimes she pissed me off. Like, for real. On purpose ! But at least, I stayed there (Avon) for 3 months straight. I don't even know how long will I be working there. It's okay lah, if she asks me to packed her dealers orders. But then, she asks me to buy her lunch and stuffs that's not even my job ! Yupe, she freakin' piss me off ! But still, 3 months been working there. And I'm okay with that somehow. Thank you.  


December 6th, Laurent Nicolas Bourgeois and Larry Nicolas Bourgeois, also known as Les Twins, Criminalz Crew turned 24. Dah-dah, takyah nak speaking sangat pun. Biarlah orang kite je yang faham dah elok. Bukan aku je yang blogging sal diorang. Aku tak tau kenapa lah aku boleh minat sangat kat Les Twins ni. Kalau korang nak tau, everyday aku bukak youtube and search videos diorang. Kalau dah dapat, confirm aku download. Takyah tunggu buffering youtube tu. Lama sangat. Actually, aku tak tau nak update entry apa. Aku just nak wish Birthday Les Twins je. Hehehe. "Anyways, Happy Birthday Les Twins. No matter what you do, what you gave to entertain us, we will always support you. I was just hoping that someday Larry or Laurent will read any of my entries about you two. I'm just so into you ! Well, Les Twins of course. Duhhhhh ! Okay. There's not much to talk about. Gotta work tomorrow. Bye. God bless Les Twins. Get married soon guys !" (*^3^)/~☆ 

p/s Larry : Loving your tattoos so much ! They're freakin' HOT ! I followed your Twitter & Instagram, please follow me back (〜 ̄△ ̄)〜 *I know, it's kinda freaky when I'm begging you to follow me back. But for real tho~ :)

Labels: , , , , , , , , , , , ,


November - Life as a storekeeper & ★ LT ★
Thursday, November 29, 2012 • 9:18 PM • 0 comments



Tak tau apsal mood nak blogging. Hahaha ! Besok, lusa, nak masuk bulan Disember ! Yahoo ! Akan genaplah 3 bulan aku bekerja di Avon ! Sangat berbangga. Even though ada perselisihan faham sikit dengan manager a.k.a boss punya adik daa. Mana tak geram, almost semua barang dealer die aku yang handle. Asal die tak handle sendirik ! Dahla pemalas nak mampos ! Nak packing barang dealer die sendiri pun nak kena aku jugak yang buat ! Tapi takpe. Aku sabar jer. Tapi ada satu lagi masalah aku keje kat situ. Aku dah nak masuk 3 bulan dah keje kat situ, boss belum nak approve cuti aku ! Argh ! Aku nak gak cuti panjang. Nak cuti ngan family. Tapi kan, kalau aku dapat cuti panjang, pastu abis cuti, confirm aku malas nak masuk keje balik. Macam masa aku kat One Stop dulu. Tapi kat sana lagi lah nak mampos aku keje. Aku dengar One Stop, Sri Aman sekarang dah banyak orang complain. Pekerja die ramai yang tak layan customer, pastu dok gedik-gedik kacau anak bujang orang. Wei, tak malu ke ? Aku pulak yang dapat malu, sebab ada yang ingat aku masih keje kat sana. Memanglah, tapi tu dulu. Dulu aku takde lah nak menggatal kacau mamat-mamat macho yang pegi kat One Stop tu. Aku tau aku perempuan, takkan lah nak tunjok perangai tak tau malu kat orang. Diorang yang dah kena complain pun masih gak cenggitu. Tak tau lah, boss/manager dorang tak ambik tindakan or diorang yang keras kepala. Mintak naik gaji bukan main lagi depa. Aku tau sebab aku pernah keje kat sana. Aku tau perangai dorang. Tambahan ramai pekerja baru. And satu lagi aku dengar. Dorang punya sales girl tu jugak tau nak buat muka masam je. Customer lempar senyuman pun, nak jeling-jeling. Hei, pompuan ! Aku dulu lagi dari engkau keje kat sana, aku tau nak balas senyum customer. Kau kang aku lempar batu, berdarah pulak ! Menyampah pulak aku nak jejak kaki kat sana agi. Tu lah last aku pegi kat kedai tu. Yelah kan, orang dah elok-elok senyum, tak salah kalau balas balik. Bukan aku mintak duit kat kau pun ! Dahla, aku apsal pulak leh cite pasal tempat keje lama ni ? Hahaha ! Salah siapa sekarang ? Huhu. Dah-dah. Aku nak citer sal "member" baru aku sekarang. 

Ai Fen : She's the Boss Assistant. Die ne adik kepada Boss. Nama boss aku David. David abang kepada Ai Fen. Ada faham ? Haha ! Suka-suka nak belitkan cerita. Budak Ai Fen ni suka sangat ambik cuti. Dahla kalau cuti gaji die tetap jalan. Yelahkan, adik boss. Kang kitorang report kat abang die, abang die bukan boleh wat ape pun. Abang die nak sangat marahkan die. Tapi lepas tu, confirm si Ai Fen ne report balik kat mak die. Terpaksa lah abang die tu, wat tak tau je ngan perangai adik die. Abang die tu anak yang taat & setia dengan perintah mama die. So, abang die lebih suka diamkan diri daripada berdarah telinga dengar mak die membebel. Ai Fen dah kawen. 3 orang anak, semua perempuan. Takyah tau, budak lagi. And macam yang aku bagitau tadi. Pompuan ni pemalas ! Nak angkat bontot pegi ambik order dealer sendiri pun nak suroh aku ! Tak kira lah aku tengah makan ke, tengah busy check stock ke, tengah busy post DO ke, memang die wat camni "Nor.. Tolong saya". Hm, memandangkan kau boss aku, aku turut je. Kalau kau pekerja biasa macam pekerja lain, memang aku tak angkat punya kalau penting mana pun dealer kau tu. Aku kerja kerana duit ! Bukan kerana kau. Ada paham ? Lagi, boss aku ne, aku rasa ada masalah sikit kat otak die. Kadang-kadang barang dealer yang die sendiri packing pun, tak ingat. Pastu missed barang dealer, aku pulak yang kena marah. Takkan aku nak biarkan die malukan aku depan customer lain. Aku jawab balik. Pastu korang nak tau, tuan punya badan (dealer) yang berurusan dengan Fen ni tadi tunjuk jari kat Fen  and cakap camni "kamu sendiri yang packing barang saya haritu Fen, bukan die". TU MAKAN DIE ! Malu kan ? Lagi kau, nak malukan aku depan customer. Tu ha, ambik kau. Dealer terhormat & tersayang malukan kau balik. Lain kali, order dealer punya copy tu, simpan leklok ! Jangan salah kan aku ! Selidik betul-betul. Tapi sekarang okay dah die. Tak berapa sangat nak arahkan aku. Tipu much ! hahah ! Tak kisah dah sekarang. Duit ade masyukkkk ! 

Kak Mie & Yu Liang : Kak Mie ni senior store keeper & promoter. Die okay. Yu Liang ni akak aku sorang lagi. She's Chinese. Dorang ni lah member rapat aku sekarang. Kalau sorang takde, sorang lagi ade. Muahahah ! Teman ketawa aku Kak Mie. Aku suka dengar die gelak. Haha ! Kak Yang pulak, teman bertanya. hahah ! Kalau ade benda yang aku tak tau, aku tanya die mesti ada jawapan. haha ! Sangat best ! Lagipun dorang 2 orang ni, lucu gak orang nye. Peramah pulak tu. Macam magnet. Banyak customer suka wat appointment ngan dorang ne. Aku tak tau lah sampai bila aku boleh bertahan keje kat Avon ni. Kalau setahun maybe boleh, tapi kalau seumur hidup ; mampos aku ! Tapi aku harap sesangat aku dapat kerja yang better dari ni. Kalau tak pun, aku still nak sambung study. Nak sangat-sangat sambung study. Haha ! Dah-dah. Lupakan pasal kerja. 

Move on. Aku terpaksa bertahan kerja kat Avon. Salah satu sebab, abah aku tak kasi aku berhenti. & secondly, aku nak pakai duit ! Hope korang tak bengang tengok aku membebel pasal keje kat facebook/twitter. Tu je cara aku lepaskan geram aku. Tak dapat nak bom boss. Kang tak pasal-pasal "You Are Fired !". Taknak aku. Kang mak abah aku jugak yang malu. Dahla mak aku pun member kat Avon. Kalau kat tempat keje lama, takpe lah. Kenal pun idok ngan mak abah aku. Dahla supervisor jahat ! Baru naik pangkat sikit dah besar kepala. Keje malas, tapi mintak naik gaji hebat betul minah tu. Naik menyampah aku ngan die. Seba die lah aku benti keje aritu. Nak sangat aku bengang kan. Ha, ambik kau, aku benti keje, hiduplah kau kat sana ngan pekeje baru kau ! Pastu sekarang, aku dengar, ramai yang benti keje sebab supervisor baru tu, asyik nak marah orang je. Sendiri punya keje tak buat. Asyik nak arahkan orang je. Tak guna punys supervisor. Sedarlah diri sikit ! Kau tu pompuan, aku pompuan, takde makna nye aku nak takut kat kau. Aku makan nasi, kau makan nasi. Bukan kau makan besi. Kalau kau makan besi, baik kau duduk dalam hutan je. Bahaya kalau orang makan besi hidup sama ngan manusia makan nasi. Kalaulah aku membebel pasal die ni, duit gaji die tetiba masuk dalam peti surat aku kat luar tu, Ya Allah.... nak je aku bebel sal die. Hari-hari aku nak maki die. hahaha ! Dahla, onto my next entry. Haha !

Presenting Les Twins, Criminalz Crew

Tumblr_lw8aydpbkd1qlo9qyo2_500_large

Les Twins. Aku suka sangat kat dorang ni ! Dah addict sangat kat depa. Almost semua video dorang aku download. Maklumlah malas tunggu Youtube buffering lama gila ! So better aku download, & aku boleh tengok hari-hari. Tak pernah bosan aku tengok dorang ni. Selalu nya aku akan bosan kalau dah selalu sangat tengok. Les Twins ni aku tengok hari-hari tak pulak bosan. Buat aku semakin syok tengok lagi ade. Aku cuma tau sedikit sebanyak pasal dorang dari wikipedia. Dorang ni asal dari Paris. And yang buat aku ternganga, dorang ada 18 brothers & sisters. And 9 daripada dorang boleh menari, termasuk dorang gak. Yes, aku agak jakun. Sebab aku baru realize yang dorang ni memang dah terkenal since 2009 I guess. Nak tau lebih lanjut, korang just Google It. okay ! It's easy. Easier way is to look up for them in youtube. Better ! Kalau korang betul-betul fans LT, korang takkan bosan tengok video dorang. Macam aku ! Hahaha. Their sick moves makes you wow ! Dengan watak lucu dorang. Afro, TINGGI ! Sexiness dorang, and most adorable thing is that, they love babies. Awwwww~ French dorang. Sangat sempurna ! The best thing is, aku boleh bezakan yang mana abang (Laurent) and yang mana adik (Larry). Huhu ! Nak sangat jadi kawan dorang. Aku tengok video workshop dorang, dorang ni nampak sangatttt friendly. Teringin lah nak tengok dorang depan mata. Aku ni suka sangat mamat yang tinggi-tinggi. Dorang ni jugak terkenal dengan fashion backward pants & black beads. Aku terfikir gak. Selesa pulak dorang ni pakai seluar terbalik ? Kalau aku, memang aku dah terkinja-kinja adjust seluar tu. Haha ! Tapi tu lah. Kadang-kadang, seluar pun boleh pilih owner dorang. Imma let y'guys watch this video. Bye ! 



Thanks for watching ! 

Labels: , , , , , , , , , , , , ,


Oktober 2012
Monday, October 1, 2012 • 9:59 PM • 0 comments



Jyeah ! Hari ini genap sebulan aku bekerja di Avon. Bukan pangkat besar pun. Biasalah kan, kite yang baru masuk ni. Aku store keeper je. Korang ingat senang ke jadi store keeper ne ? Gile susah ! Aku nak kene hari-hari update barang. Kalau diorang suruh aku kira dari 1 sampai habis, takkan habis punya ! Naik gile aku keje kat sana. Mula-mula keje tu memang tak tahan lah. Terasa nak quit pun ade. Mana tak nye, korang nakke tengok list yang dalam kiraan 1000 setiap hari ? Aku nak, tapi tu lah kan. Pening sikit. Tapi, yang best nye. Keje camtu dalam keadaan yang ber-aircondition. Hehehehe. Tak lah susah sangat kalau kira barang yang banyak. Tapi hari ni tadi, aircond wat hal pulak. Bikin kacau je. Tapi nasib baik tak banyak barang yang nak kena kira. Tapi, customer boleh tahan ramai nye ! Tak putus-putus datang. Maklumlah campaign baru. And, banyak perfume & barang-barang baru yang offer. Babtu lah depa dok berduyun-duyun datang tu. Anyways, hoping that aku keje lama kat situ. 

Wuah ! Dah masuk Oktober dah kan ? Cepat nye masa berlalu. 2 bulan agi dah 2013. Sangat cepat ! But at least aku tak sia-sia kan masa 2012 dok rumah je. Aku dah keje. hehe. InshaAllah aku akan keje kat situ at least a year. Takpe lah gaji 400+ pun, aku terima seadanya. Aku keje ni pun aku tak tahu duit gaji tu aku nak wat ape. Maybe kumpul saje-saje. haha ! Dah banyak kang aku perabis duit tu.. Tak pun aku kumpul banyak-banyak pastu aku beli tiket flight pergi Kelantan. Aku terus dok sana ngan nenek aku. Keje kat sana maybe. But trust me lah, abah aku takkan kasi aku pergi sorang punye. Tapi, aritu pun abah aku ade tanya aku boleh ke pergi sorang. Aku cakaplah kat die dengan confident "BOLEH !" hahaha. Aku ingin nak tinggal kat tempat orang, keje kat tempat orang. Tapi, jangan harap lah. Aku dah cukup happy dah dok Sri Aman, asal usul aku. I'm happy as long as I'm not interrupting someone's privacy. If you what I mean. Haha ! 


p/s : Kiss goodbye to breast cancer *wink


Labels: , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen