Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Memoir One Stop Superstore, Sri Aman 2010-2011
Monday, January 14, 2013 • 10:01 PM • 0 comments


Tetiba nak blogging. Maybe sebab aku terjumpa sesuatu. Sebenarnya, tadi aku dok perhatikan album photo's aku kat laptop. Laptop baru, haruslah aku organize elok-elok. Gambar lama-lama yang meninggalkan kenangan pahit, aku delete lah kan. Yang elok lagi ofkos aku simpan. Then, tengah syok-syok mendelete dan syok sendiri tengok gambar, aku terjumpa SATU gambar Best Friend aku masa kerja kat One Stop Superstore suatu ketika dahulu. Ini dia :


Ye, saya agak kecik kat sini. Skinny bitch ! hahaha ! Tetiba tengok gambar ni muncul, aku terus rindu kat dia. Nama dia Freddy. Ter-flash back pulak masa kerja OSS dulu. Kalau dia ni tak datang/ponteng kerja, sumpah ! Aku boring giler. Sebab masa dia ada die confirm borak-borak, sama-sama mengumpat ngan aku. Takde idea nak borak pun, ada-ada je topik yang dia ni nak bualkan. Kalau part dia nak gurau kasar kat aku, suka hati die je, habiskan kredit aku call wife die. Tapi aku tak kisah. Dah macam abang aku dah. haha ! Walau mamat sewel ni slalu flying kiss kat aku masa aku nak balik kerja. Die tak peduli aku dah ada pakwe ke dah kawin ke. Die buat aku macam orang rumah die. Kalau aku dah elok-elok kemas rambut aku kan, confirm kalau budak ni datang die rosakkan rambut aku balik. Die tak peduli aku kejar die satu kedai, sampai die lari pergi kedai cina kat sebelah pun die boleh, asalkan boleh larikan diri daripada aku. Kadang-kadang kan, kalau die tengok aku marah, die tak mintak maaf. Die akan sedaya upaya buat aku gelak. Memang macam couple, tapi kitorang best friend. Tak lebih daripada itu. Lagi pun, die da kawin. Hok aloh ! Haha. Tak serious, die dah kawin. Tak tau lah nak cakap camana. Die ni memang sporting. Tapi apakan daya, supervisor kitorang tak puas hati. Masa kerja, die pisahkan kitorang supaya tak dekat, tak bergurau senda, tak buat bising, tak main-main masa kerja. Curse you sell fish supervisor.

Aku ingat lagi masa kitorang masih kerja. Supervisor OSS masa tu tak sombong & besar kepala macam tu. Die sangat merendah diri, sangat rajin, sangat baik hati, sangat happy sebab die pekerja biasa macam kitorang. Tapi bila dia naik pangkat jadi Supervisor tu lah perangai die makin lama makin sial. 3 hari pertama die jadi supervisor kalau korang nak tau, die nak suruh Freddy organize stor pun die cakap camni " Freddy, kau organize stor lepas ni eh. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab mengarahkan kau camni ". Die cakap dalam bahasa Iban lah, aku translate untuk korang je. Sampai nak sorry-2 ni. Lepas sebulan, Freddy berhenti kerja sebab minah gedebak ni mengarah-ngarah tak tentu pasal ! Freddy naik gile, tak tahan. Die ambik keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan aku bersama supervisor gila tu. Lepas Freddy berhenti, sangat bosan. Aku hari-hari menatap muka Si penyangak yang menyebabkan best friend aku ni berhenti kerja. Mula-mula okaylah masa aku kerja kat situ. Tapi, lama-kelamaan, supervisor gila ni naik atas kepala aku ! Lepas tu kalau aku taknak dengar cakap die kan, mula lah die nak pulaukan aku. Die wat bodo je. Sebenarnya aku pernah 2 kali cakap kat Manager aku nak berhenti. Tapi manager tak kasi. Lepas tu, supervisor ni manis mulut, text aku, pujuk aku supaya tak quit kerja. Aku punyalah bodoh, termakan jugak kata-kata supervisor gila ni. Aku masih gak kerja sampai hujung bulan Januari kalau tak silap. Haha ! Sebabnya aku berhenti, aku dipulaukan dan dituduh tak buat kerja. Sial punya supervisor ! Kalau aku tak buat kerja, kedai tu macam reban ayam kalau kau nak tau ! Aku harap sangat kau baca entry aku kali ni Pauline Simba ! Biar kau sedar sikit kau tu siapa. Aku tak suka perangai bongkak kau ! Kau lah penyebab Freddy berhenti kerja ! Kau pisahkan kitorang berdua ! Kau tak suka kan, tengok aku rapat ngan Freddy. Tak tak tak, kitorang tak couple, sumpah kitorang Best Friend. Kalau korang kat tempat aku acano ek ?

Aku ada simpan number phone Freddy, tapi kang die tak pakai number ni lagi, acano ? Lagi lah susah aku nak cari budak ni, apatah lagi nak jumpa. Dulu sebelum aku berhenti kerja, die pernah datang balik kat OSS tu, masa tu die masih pakai number yang die kasi tu, so kitorang suruh die datang kedai. Lepak, sebab lama tak jumpa. Masa tu die datang bawak berita yang die dah bercerai ngan wife die. Aku nampak muka die sedih, sebab kitorang tau, die ni sayang and manja kat wife die. Wife die study nursing kat Serian. Bercerai sebab apa aku tak tau. And satu lagi, die bagitau kat kitorang die sekarang (masa tu) dah jadi Askar Wataniah. Masa sampai kedai lepas lama tak jumpa tu, die pakai helmet KHI. Kan helmet tu ade cover. Die dok atas moto, dok perhatikan aku. Aku pun pelik lah kan, apsal mamat ni tengok aku kan. Aku tak selesa, lepas tu die bukak cover helmet die, punyalah aku menjerit happy ! hahah ! Serious, aku rasa nak nangis masa tu, yelah kan. Best friend, lama tak jumpa. Tetiba depan mata. haha ! Mula-mula die berdiri sebelah aku kan, die tak bukak helmet. Aku pun ketuk helmet tu, apsal ta bukak helmet. Die cakap, kang aku gelak kat die. Aku pun blur lah kan. Nak gelak ape, lain lah kalau die wat lawak. Lepas tu die terpaksa bukak helmet. MasyaAllah, gelap semacam kulit die. Lagi gelap dari kulit aku ni ha. Rambut die yang lap top tu ! Ya Allah, nak je aku gelak. Haha ! Tapi memang aku gelak pun. Punyalah banyak cerita. Sampai aku tak terlayan customer. haha ! Sebab tu lah aku suka sangat berkawan ngan die. Sampai sempat mengumpat pasal Pauline nih, lepas tu gelak sampai pecah perut sebab gelak tak keluar suara. Kang gelak jerit-jerit Pauline dengar pulak. Hahaha !


Tapi bila aku tengok gambar ni betul-betul kan, tak sangka pulak aku boleh berkawan dengan budak ni. Aku ingat ni mamat jiwang, rupa-rupa nya satu kepala ngan aku ni. Perangai lebih kurang ni. Jantina je yang lain ! Haha ! Kesitu pulak dah. Betul-betul rindukan die ni. Nak borak lagi ngan die. Aritu masa auntie aku kerja part-time kat OSS tu, auntie aku ada cakap yang Freddy ada pergi sana. Buat apa aku tak tahu lah. Tapi auntie aku cakap, masa Freddy datang tu, Freddy ada tanya aku kat mana. Auntie aku mestilah cakap aku dah berhenti kerja. Lepas tu Freddy cakap camni " Mesti sebab perempuan (supervisor) tu ". My best friend. Memang betul apa yang Freddy cakap. Sebab dulu aku ngan Freddy pernah cakap pasal perubahan Pauline. Kitorang sama-sama tak suka Pauline jadi supervisor. Tapi apakan daya, manager dah naikkan pangkat die. Kepala die pun naik pangkat jugak. Aku dengan Freddy jugak yang jadi mangsa buli si Supervisor berkepala besar tu. Tapi alhamdulillah, kitorang kedua-dua nya dah tak kerja kat situ lagi. Masing-masing bawak haluan sendiri. Aku masa tu sebok dengan Boyfriend keparat aku. Sampai aku sanggup tak contact Freddy sebab boyfriend keparat aku tak kasi. Tuih ! Kalau ku tau kekeparatan mu, tidak ingin ku turut perintah mu ! Bugima ! Haha ! Kalau lah aku tak dengar cakap Boyfriend keparat aku masa tu, mesti aku masih dapat contact Freddy sampai sekarang. Anyone yang dari Sri Aman yang baca blog aku ni, kalau korang tengok muka Freddy ni, kalau korang kenal dia, korang bagitau kat aku ek. Korang inbox Facebook  or direct message kat Twitter aku. Thnaks Freddy, for being my unbiological brother. 

STRANGERS think I'm quiet, MY FRIENDS think I'm out-going, MY BEST FRIENDS knows that I'm completely insane. 


Labels: , , , , , , , , , , , ,


EXample & EXplanation
Monday, September 17, 2012 • 10:48 PM • 0 comments



Ambek kau ! Panjang giler title aku ! HAHA !! Ada orang tunggu aku update blog ke ? Hew hew hew. Terima kasih kerana membaca ! Ha ha ha ! Ade jugak pembaca setia. Tapi, buat apa baca kalau nak sakitkan hati sendiri ? Aku memang sengaja der, nak perangkap kau ! Tak guna aku nak puji kauu, buat ape aku nak puji orang yang tak reti nak berterima kasih & orang yang tak reti nak hargai pemberian orang kan ? Kalau Tuhan dah kasi kite sorang pasangan untuk disayangi, jangan disia-siakan dengan perkara yang boleh memutuskan hubungan tu. Kan ? Kena batang hidung sendiri. Sekarang ni kau nak marah kat siapa, nak marah kat aku ? Kalau nak marah kat aku baik kau fikir masak-masak dulu. Sebab semua tu bukan salah aku. Bukan aku yang mulakan. Sebelum ni, tak pernah ade exbf aku dok sindir-sindir aku dalam laman sosial, belum pernah exbf aku 'HACK' privacy aku ! Kau tau kau siapa. So tak payah aku nak bagitau kat kau biar kau sedar. Ye !? Pedulilah kau nak kata aku ne berlagak or perasan cantik ke ape ke, itu hak aku. & kau pun ade hak. Hak untuk tidak menganggu hidup saye ! Tak payah susah-susah text dahtu, explain kat auntie aku cakap yang bukan-bukan ! Tak payah FAHAM ? Aku tak teringin nak percaya kata-kata budak macam kau. Cukuplah dulu hari-hari kau tipu aku. Okay, MAYBE tak hari-hari. he he he. Pergi online gaming kat rumah member sama kampung konon nye. Padahal pergi online kat hotel. Kacau orang keje. Kau ingat aku suke ke ? Aku tipu je cakap "okay, pegi lah sana :) Enjoy ye". Demi menjaga hati kau (kononnye) aku biarkan. Tapiiiii, tu lah kan. Orang cakap, bila dah diberi muka, dibaik sangat. Kepala kite nak dipijaknye pun adui ! Mula-mula seminggu sekali keluar malam. Lepas tu keluar malam balik lewat, lepas tu keluar malam 3-5 kali, lepas tu keluar malam, bila aku suruh balik, cakap okay then text kat aku cakap dah sampai kat rumah padahal....... boleh pulakkkkkkk tak balik rumah, tapi cakap dah balik kat rumah. Tuan punya badan dok syok-syok online, gaming dating ngan Poker. Mak aiii, happy nye. Mula-mula taknak dengar kata, pastu dah pandai pulak ni nak menipu ! Sekarang nahhh, hambek kau ! Aku break dengan kau, kau enjoy lah puas-puas dengan poker kau ! Jangan kacau aku lagi ! Tapi, kau punyalah main palat kat aku, aku takde sindir-sindir kau dalam facebook, kau melebih-lebih pasal apa ? Dah aku cakap taknak, taknak lah. Tak payah lah kau cakap, yang takde orang yang boleh terima diri aku yang tak perfect ne.. Takyah der. Mak & abah aku dari kecik sampai ke besar terima aku, takde pulak complain ape-ape pasal aku. Kau kenal aku baru je 4-5 bulan (aku rasa lah). Dah tikam aku dari belakang. Hok aloh ! Baik nye kau ! Baik sesangat ! 
Malam tu aku nak log in 2nd acc aku tu sebab nak check ade inbox dari member yang takde dalam 1st acc tu. Aku log in, berkali-kali die cakap camni, Sorry, something went wrong. Pastu aku try lah log in berkali-kali, masih gak takleh. & then aku dapat tahu facebook tu dah kene hack bila ade notifications cakap someone log in acc aku guna device lain. Wah ! Bila aku dapat tahu facebook aku takleh log in, aku pakai acc first & maki 'hacker' facebook tu. Dahtu bila aku cuba view facebook aku yang kene hack tu balik. Rupa-rupa nya dah dideactivate. Fuiyoo ! Cepat nye ! Memang tangkas ! Konon nye orang tu cakap, die tak hack. Okay, mana kata kau lah kan. Whateverrrrr...! Orang tu cakap, facebook aku takleh log in aritu, sebab ade orang report facebook aku tu. Hm.. Selalu nye kalau nak report account Facebook someone tu, die akan minta kita send message macam ni kat beberapa orang untuk tolong report account aku tu, at least 10 more facebook users. 

Okay, ni aku try je. Aku report one of facebook users yang agak annoying, & aku send message ni kat facebook aku yang satu agi tu. Okay kite sambung, 10 orang tu sebagai saksi lah yang facebook aku tu, facebook orang 'jahat'. Hmm, jahat nye saya sampai ade orang report. Aku tak kacau orang pun, orang kacau aku adelah ! Pulak aku yang kene report ? Ape kata aku report kau jugak, nak ? Gurau-gurau. Ha ha ha.. Bila dah ramai yang setuju or ramai yang tolong report facebook aku tu, baru boleh pihak facebook tutup account aku. Takde orang report pun itu olang cakap wa punya facebook kina lepot woh. Aiya, punya bengap itu alasan.. Alasan kuat lapok leyyyy. Saya tada percaya deyyyyy ! Lagipun, kalau orang report facebook aku, takkan die tunjuk macam ni 
Device mane pulak yang sesuka hati nye masuk ni pun ? Akaii. Lagi kau nak talk shit ngan aku ? Hello, aku tak study menda ni pun aku reti macam mana rupa orang hack macam mana rupa orang report. Dah-dah ! Takyah explain. Takyah kasi bullshits ngan aku. Sorry, I am allergic to your bullshit ! Telinga aku dah pekak dah nak dengar alasan/text sedih kau tu. Kalau kau nak tahu, selama aku break ngan kau kan, aku langsung takde fikir pasal kau lagi lepas tu. Boleh dikatakan kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku. Dah takde makna agi dah. Tiada arti nya pun. Ha ha ha ! Tak ! Aku tak tipu. Kau lah number 2 yang paling senang aku lupakan. Yang sebelum ni, Joshua budak iban tu yang pertama aku paling senang lupakan. Korang 2 orang lah paling senang aku lupakan. Sebab korang 2 orang jahat ! Jahat kat aku sedangkan aku tak pernah jahat kat korang 2 orang. Nak duit, aku kasi duit. Nak top up, aku kasi top up. Ape lagi yang aku tak pernah kasi ? Fikir lah elok-elok sebelum maki aku. Yang Joshua tu pun aku ade dengar pasal die pun dari member die yang pernah sama keje ngan aku dulu. Kan aku pernah citerkan dulu. Okay lah. Malas dah aku. Babai !!


p/s : Tapi aku tak maksudkan semua ex aku lah. Sorang je. Ha ha ha ! Yang tidak berkenaan, jangan terasa ye. Kalau terasa ape boleh buat. Ha ha ! Aku kan jahat, kuat mengata orang :)

Labels: , , , , , ,


Hari Raya Aidilfitri 2012 (Episod II)
Friday, September 7, 2012 • 10:41 PM • 0 comments


What a day.. Iya, dahla aku tengah demam, flu pun attack sekali gus. Dahtu, 2nd Facebook account aku ada budak hack, pastu dideactivate lah pulak. Kan, memang sesuai peribahasa "sudah jatuh, ditimpa tangga". Kesian kat diri sendiri. Aku tak buat jahat kat sesapa pun, aku elok-elok dok rumah wat hal sendiri, acane pulak orang boleh tak puas hati ngan aku ne ? Takpe, kau ambiklah facebook tu, aku tak mati kalau takde facebook tu. Jadi kepunyaan kau selama-lamanya pun takpe oke. Mekasih bebanyak, tak lah aku buang masa pi jenguk 2 account. It's all yours. Harap puaslah hati kau ye even though aku tak tau ape yang kau nak. Tuhan nampak ape kau buat kat orang.  Kalau aku ade wat salah kat kau, meh lah face to face kalau tak puas hati. Kite settle lek lok. Okay. Tapi kalau nak money, sorry lah aku bkn bnyk harta. Harta Ismet Ulam Raja banyak, pi mintak kat dia. Haha !

21 Ogos 2012 / 3 Syawal 1433h

Raya kedua ! Haha, aku sebenarnye takde mood nak blogging sebenarnye. Yelah kan, aku tak sihat, dahtu facebook tak pasal-pasal kena hack, lepas tu kena deactivate pulok ! Haiya.. So, untuk melupakan peristiwa tersebut dan menghilangkan perasaan marah, kite flashback Hari Raya sebelum ne. Tapi kali ni aku wat sampai raya kelima je lah ye. Takyah sampai habis Syawal. Syawal ke 6 dah macam takde apa-apa jadi je. hmm.. Okay, back again ! ahahaha Raya ketiga :) Leopard Print Dark Pink


Baju ne dah lama, aku pakai balek na tengok muat agi ke tak muat. Wow ! Muat lagi, so aku pakai le. hehe. Takde ape yang jadi hari ketiga tu. So aku malas lah nak story bebanyak.. Kepala aku tension sesangat ne, pening bebeno. Dahla, better aku tengok fantastic 4. Selamat Malam. Doakan kesihatan saya ye. :) 


Labels: , , , ,


14 Ramadhan : Oh, my Facebook !
Friday, August 3, 2012 • 9:11 PM • 0 comments


Apa khabar kalian ? Aha ! Kan, aku dah cakap, menstrual aku memang tak betoi ! Minggu lepas aku dah tinggalkan puasa seminggu. Minggu ni pulak datang balek. Hampeh punya menstrual ! Kau ingat senang ke nak tunggu bulan Ramadhan datang lagi ? Korang ingat senang ke kaum hawa ni nak puasa penuh ? Masih gak korang berlagak tak puasa bila takde masalah macam kitorang. Apesal ha ? (sorry merapu, sebab bengang sangat tak puasa 2 minggu). Tak kesian ke kat aku ? Takpe lah, aku tak mintak simpati sesapa pun. Yelah kan. Kadang-kadang masih ada yang takde halangan berpuasa taknak puasa. Jangan ingat takde yer. Sedangkan yang sakit agi masih bertungkus-lumus nak berpuasa. Yang sihat walafiat, ape cer ? Maafkan saye ye. Saya tak cakap semua. Sesetengah sahaja yang tak reti nak menghargai erti Ramadhan. Korang ingat Ramadhan kali ni same ke dengan yang lepas ? Tak sama der. So, pandai-pandailah korang ye. Ni aku hope, menstrual aku lepas ni dalam keadaan normal. Amiin :) And Alhamdulillah aku dah 100% sihat. Takde hape-hape fenyakitt pungggg XD hahaha

Kepada mana-mana facebook users yang add aku kat facebook pertama aku tu, aku mintak maaf sangat-sangat. Bukan aku suka-suka taknak approve sampai korang inbox aku, marah-marah cakap aku sombong sebab aku tak approve request korang. Ni haaaaaa, penyebab nye :-


Facebook cakap, TOO MANY FRIEND REQUESTS. Satu gi, aku tak suka Allow subscribers nih. Takde makne nye. So, jangan salahkan saya. Bukan saye suke-suki taknak approve. Harap maklum ye. Yang add pun mereka-mereka yang saye tak kenal. It's my page, so sukahati saya kalau nak approve korang ataupun tak. hehehe. Bukan sombong. Cuma tak biasa. Maaf ye. Saya mintak maaf bebanyak kalau facebook ni menyusahkan anda untuk berhubungan dengan saye. Kalau korang nak kenal gak, better buat account twitter. Dan boleh follow Nonoe Muhammys on Twitter disini. Saya sentiasa Follow back & unfollow kalau kalian meng-unfollow saye. Terimakasih. hehehe. Bukannye ape, Twitter takde limit request/followers macam facebook. FYI, saya nak remove mereka yang langsung tak tegur kat facebook tu. Buat apa simpan and kasi yang betul-betul nak kenal dalam request kan. 

1. Bagi yang saja-saja add, confirm takkan dilayan.
2. Saya cuma approve mereka-mereka yang saya kenal and yang saye nak kenal je.
3. Kalau add sekadar nak memenuhkan Friend List baik takyah.
4. Tak guna profile picture sendiri.
5. Menyemak wall saye and asyik-asyik inbox.
6. Sekadar nak jadi stalker member-member, sorry sikitttt !!
7. Wall yang penuh dengan sumpah seranah, bye bye !! haha.

That's it. Itu kategori yang akan diremove and yang tak akan diapprove langsung. Harap maklum ye. Tak sombong, takut kena sabotaj. HAHAHAHA !!



Labels: , , , , , ,


Budak Sekolah
Thursday, May 24, 2012 • 2:50 PM • 0 comments


La la la la laaaaaa. Aku bosan tul dok kat rumah. Dahla tak keje agi neh. Duit pon tak masok, ergh. Yang lepas punyo pon nak abeh dah. Aku tak risau sangat lah pasal duit. Handphone aku tak top up pon takpe. Takde sape yang aku nak text or call. Kalu nak call pun aku pakai telefon rumah. Susah carik duit sekarang. Ada duit pun, sekelip mata aku habiskan hahahahahahahhahahaha. Aku tak boros, cuma aku habiskan duit tu untuk beli makanan.Hahahaha ! ARGH ! Seriously aku bosan dok rumah. Aku nak kene masak, kemas rumah, sidai pakaian, sapu menyapuuuuu menyampah ! Haktuih ! Sampai bila aku nak buat keje ni semua ? Aku nak sambung study, lepas tu grad, lepas tu kalau boleh, aku nak sambung lagi sampai degree, kalau boleh lagiiiii, aku nak studyyyyyyyyyy je sampai aku mati. InshaAllah. Pulakk dah kan ? Nak keje yang elok, boleh tolong mak abah aku lepas ni. Asyik-2 dorang jer yang tolong anak-2 kan, aku nak gak tolong dorang. Dulu, kalu aku tak masok PLKN, aku tak fikir semua ni kot. Lepas aku PLKN, aku boleh fikir pulak semua ni. Haha ! 

Aritu, aku bukak facebook, aku tengok gambar bebudak sekolah you !!! Aku ada benda nak kasi tau kat korang. Budak-2 yang masih di alam persekolahan tu, takyah la fikir nak kapel-2 ne. Tak elok. Betul, akak tak tipu. Masa akak study dulu, mana de kapel-2 ne. Maklumlah, akak kapel ngan study. Kuang3. Kene tipu. Kapel tu boleh, tapi jaga-2 lah sikit, awak tu study agi, takyah nak menunjuk-2 kat orang yang awak tu ada buah hati, Satu lagi hal, kalau pergi sekolah tu, takyah touch-up macam mak nyah. Benci akak nengok, yang mak nyah tu, biar lah mak nyah, dorang dah abis study, akak maksud kan korang yang masih sekolah tu. Aku ade lah gak nengok bebudak sekolah kat sini, lebih-2 upper 6. Ya Allah ! Pakai eye liner tebal soploh inci der. Blusher merah mengalahkan opera cina. Lipstick/Lip balm yang menyilaukan mata, kalah Angelina Jolie kauuu hahahahahahh ! Cikgu tak ambil tindakan pulak !? Kalau zaman aku dulu, dah kene tonyoh ngan arang kot. Korang pergi sekolah ke, nak pergi Prom neh ? Agak-2 la sikit. Watpe nak pakai mekap pergi sekolah, lepas sekolah kan boleh pakai. Takyah gedik sangat boleh tak ? Orang lain menyampah nengok kau tau tak ? Cakap pasal fashion. Tudung budah sekolah. Macam tak cukup kain, lepas tu, lilit-lilit. Mak aiii ! Fashion ke dik oi !? Study dulu barulah fashion-memashion neh. Akak and akak-2 yang lain menyampah tengok adik. Takyah tunjuk gangster ye, kang akak lempang baru padan mukeng. Seriously dek, tapak tangan ad tubuh akak dua atau tiga kali ganda daripada adik tau. Akak-akak tak suke nengok yer. Lepas tu, kain sekolah tu dah elok panjang tutup semua, takyah lah nak selak-2 nak angkat-2 masa jalan tuh. Takde sape nak hidu bau kangkang adek tuh. Boleh pengsan akak tau !? Takde makna nye seksi, seksa ade lah akak nengok. Kalu study seksi takpe gak, kembang hidung sampai pecah pun takpe. Kan kan kan ? Beg sekolah lagi. Fuhhh, study bawak buku pegi sekolah, adek tu akak nengok, nipis semacam je beg sekolah. Beg sekolah tak macam beg sekolah pulak tu, macam purse akak yang kering tu ade lah. Kecik gile kau beg die. Boleh pulak pakai handbag pegi sekolah. Kalau aku jadi cikgu kat sekolah tu, memang aku baling kat sungai ar beg die tu. Pergi sekolah bawak ape dek beg cemtu ? Buku letak kat mana ? dah scan dalam kepala eh, ade memory ke ? Berapa gig eh ? Ohh, buku teks letak bawah meja. Kang hilang sape nak tanggung ? Nak salahkan sape ? Kat rumah tak wat homework ke kalu semua buku teks simpan bawah meja. Ohhhh, kalau datang sekolah bawak beg kecik, swag... Asal tak pakai baju kecik je datang sekolah, swag kan ?? Bodoh tul lah. Bangang banyak. Entahlah, budak-2 zaman sekarang ne, dorang tak peduli semua tu. Sesetengah cikgu pun tak ambil tindakan. Apesal ek ? Maju sangat dah ke ? 


Labels: , , , , , , , , ,


Hantu ?
Thursday, April 26, 2012 • 1:07 PM • 0 comments





Hai ! Dah tengok tajuk die kan ? Mesti nak tahu cerita pulak. Okay, last nite aku ada satu pengalaman yang sedikit mengerikan. Benda ni tak pernah terjadi kat aku. But malam tadi, it happened dawg ! But I'ma make it quick. Sebab aku tak suka cerita benda seram ni. Aku geli lagi nih.

Okay, macam biasa. Malam-malam aku ni memang susah sikit nak tidur. Aku tak pernah tidur sebelum pukul 10 p.m. Aku selalu sangat tidur lewat. Kebelakangan ni, aku selalu tidur dalam pukul 12 tengah malam cemtu. Sebab aku addict dengan youtube dah sekarang. Last night aku layan The Jerry Springer Show. Rancangan ni pelik tau. Nak kata acting, nampak macam real. Nak kata real, nampak pulak macam acting. Tapi seriously lah, rancangan ni aku pernah dengar dulu, tapi aku baru tengok. Teehee. Tapi memang pelik lah rancangan tu. Macam-macam ada ; straight, bi-sexual, transexual, gay, lesbian huh ! Puas gelak tengok diorang gadoh dawg ! YOLO !! Aku bukan nak story pasal rancangan tu sebenar nye. Disebalik cerita tu lah aku khayal dengan online aku sampai tak tengok jam. Masa aku layan gelak terbahak-bahak sorang diri gelap gelita dalam bilik, aku tengok jam " Wah ! pukul 12 lalu dah !? Nak tidur lah ". Ha'ah, mulut je cakap nak tidur. Aku shutdown laptop, then baring atas katil, pejam mata. TAPI ! Aku tak tidur lagi tau. Aku tak leh tidur lah. Laptop tu macam memanggil-manggil suruh aku sambung online sampai ngantok. Tapi nak tunggu die on, lame pulak kan. So, aku tak jadi tidur, & aku ambik handphone lepas tu aku layan games kat handphone. ( masih atas katil tuh )

Korang tau tak games dalam Nokia C3-00 ? Alaaa, game Diamond Rush tu. Dulu ex-balak aku cakap nak habiskan game tu untuk aku, tapi setengah jalan. Tak sempat habis game, kitorang yang habis dulu. Teehee ! Aku pun tengok cam syok jer game tu kan, sebelum ni aku tak sentuh game Diamond Rush tu, tetiba pulak aku tergerak hati nak try main. Okay-okay, aku skip je lah ek. Sebab lepas ni, aku ade keje nak wat. Aku main game tu sampai aku tak leh nak stop, mata aku pun semakin active ! Alamak ! Tak tidur lah aku nampak nye. But it doesn't end there. Masa aku tengah syok tu lahhhhhh, aku terdengar bunyi pelek ! ( naik bulu roma aku dawg ! ) Mula-mula aku terdengar bunyi tu aku wat dek jer. Aku ingat kakak aku yang tidur kat sebelah aku tu yang berdengkur. Bila aku light up kat muka dia yang tengah tidur tu, takde pulak. Aku wat dek je lah. Aku sambung main game aku. Then, bunyi tu kedengaran lagi. Aku pun naik seram sebab bunyi macam bunyi budak perempuan dok menghela nafas masa nangis. Bulu roma aku menegak untuk kali kedua. Again, aku wat dek. Aku anggap tak bunyi lagi. But kali ketiga, bunyi tu aku dengar lagi and the seram part is, bunyi tu macam semakin dekat. Seriau aku ! Aku tutup games, locked phone, aku ambik bantal letak kat telinga so that aku tak dengar bunyi tu agi. Tapi aku tak tidur agi. Mata aku masih dok kelip-kelip dalam kegelapan. Bunyi tu dah tak kedengaran lagi, aku pun alihkan bantal tu, aku peluk and aku terus tertidur. Teehee. Penakut kan aku ? Mane tak nye, aku geli lah bila terdengar benda yang pelik-pelik pukul 2.37 pagi ! Sebelum ni aku pernah gak tidur pukul 4 a.m. takde dengar benda camtu, sebab aku pakai headphones and main lagu kuat-kuat kat laptop. Mana nak dengar. Malas lah aku nak stay awake sampai pagi agi lepas ni. Geli dawg !! Pagi tadi aku bangun tidur pun insecure pulak rasa nya ! Bukak je mata, terus bangkit dari katil and mandi. Bunyi kucing aku dok main kat ruang tamu pun aku cepat-cepat lari. So, apa yang aku masih nak tahu sekarang ni, adakah apa yang aku dengar semalam cuma, gangguan orang yang tak dapat tidur, atau HANTU ?? Teehee. Hanya Tuhan yang tahu, sepatutnya kita jangan takut, mereka ciptaan Tuhan. apa-apa pun lepas ni, YOLO !! Okay lah, setakat ni je lah ye. Bye~

Labels: , , , , , , ,


Hello
Sunday, April 22, 2012 • 9:10 PM • 0 comments


Haik ?! Facebook mcm babun, blog mcm sial ? Sejak bila dashboard bertukar wajah ni ? Baru 2 minggu aku tinggalkan, dah lain ? Nasib baik aku reti pakai. Kalau tak, memang aku bengang eh. Nak buat entry pun takde pakai emoticons comei agi dah. Semua dah set up baru. Blogger.com, kau nak jadi Facebook.com gak ke ? Boring kan takde emoticons comel bila buat entry baru. Aku nih membosankan. Aku tak banyak idea nak dikeluarkan. Aku blogging pun sebab aku tengah boring sekarang ni. Takpe kan aku menyemak kat buletin korang ? Theehee..




Haaa, nak tauuu  apesal ? Oke, ni nak story.. Aku baru je sembuh dari penyakit demam yang bersiaran secara langsung selama 3 hari. Fuhh, lahir bulan 3, demam pun 3 hari. Ape lahhh nasib kan ? Tak teruk pun. Selalu nye kalau aku demam, memang tak leh nak bangun beb, confirm aku tido je dari pagi sampai malam. Kali ni aku demam ringan dengan extra flu disease je. Mula-mula aku diserang ulser kat kerongkong pada hari Rabu. Sakit sangat-sangat, sampai aku takde selera nak makan. Yelah, kalau dah aku makan takde rase ape-ape, pahit je. Fed up lah nak makan agi. Nak telan saliva pun pedih der. Ko ingat senang ke hidup kalau demam. Aku ni, kalau dah demam dengan selsema sekali, confirm 2 penyakit ni invite Asma aku. Oh, redha je lah. Manusia mana yang tak sakit kan ? Masa demam tu aku tak gi mana-mana klinik, tak gi mana-mana hospital. Aku just perlu Panadol Soluble (sebab aku tak suka telan panadol biasa, kalau actifast takpe), tuala basah, Cool Fever and Minyak Cap Kapak. Haaaa, takyah nak gi klinik bagai. Antibodi aku kuat agi. Tapi demam gak kan ? 

Oke lah, takde benda lagi dah aku nak cakap. Setakat ni je lah okay ? Nanti kalau bosan and ade cerita menarik aku share kat korang ek :) Yang ade youtube channel, please subsribe me Multinonoe. Thanks love.

Labels: , , , ,


Move On People !
Thursday, March 15, 2012 • 7:47 PM • 0 comments


Lama dah tak berblogging. Apesal ek ? Sebab aku tension kebelakangan nih. Tertekan sesangat. Nak pura-pura happy lame sangat pun susah, sakit otak gak kan. Sesape yang dah pernah try wat cam aku, memang tau ape rase die kan ? :face36: Hurm, but life must move on. Satu agi ni nak citer. Aritu Facebook Account aku kena hack. Aku tau sape yang hack tu, sebab orang yang hack tu sendiri bagitau. Takpe, buat lah ape die suke kat dalam tu. Pasal tu lah aku rasa cam fed up dah nak bukak account first tu. Boys and girls, kalau dok kapel tu, takyah la kasi password & email kat pasangan yer. Itu untuk kebaikkan anda, aku ni tolong nasihatkan jer. Lepas je kejadian tu, Cik Nor korang nih, makin tension pulak. Tak tau apesal. Maybe aku rase terancam kot walaupun tak diancam. Sebab, sebelum nih, tak pernah pulak ade yang cube hack, tak pasal-pasal aritu kena hack pulak. :122: Nasibbb lahh nasib. Tak best pulak kan. Kite tak wat camtu kat orang, orang wat kat kite pulak. Nak aku wat jahat kat orang, nanti orang lain wat jahat kat kite balik kan ?? Nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Takde teman susah, ade teman lagiiiii-lah susah. Baik menyendiri dulu buat sementara waktu. Bukan senang nak sembuh nih. Tapi, kalau relaks sure cepat kan ? Aku punya hati, memang dah sembuh, 100% sembuh :face64: Happy sesangat. Happy untuk aku sendiri and happy untuk korang yang survive dengan keadaan yang sama macam aku. It's ok kan. Aku pernah cakap dulu kan ;


Allah sengaja temukan kita dengan pasangan yang salah sebab nak uji kita. Tapi, die dah sediakan pasangan yang sebenar bila masa nya dah tiba

So, takyah risau lah kan. Kalau ade jodoh tak kemana nye pun. Ceh ! Bunyi macam Ah Chai pulokk ! :face50: Miaahahaha. Takyah hipokrit sangat, dok post dalam facebook/twitter bagitau kat member. Takyah cakap " aku tak leh hidup kalau kau takde ". Jangan cakap cemtu, Allah dah tentukan sape die jodoh kite. If it's not me, maybe it's someone else kan ? Don't worry la guys & babes sekalian. Semua jodoh dah ditentukan oleh-Nya. Kadang-kadang, yang lame pun boleh datang balik kan ? Hope you guys faham ape yang aku maksudkan :face40: Ade yang best nye kalau dok single nih, aku dah list down dah :-

  1. First of all when korang single, korang memang Awesome.
  2. Korang tak perlu risau sejauh mana hubungan korang akan pergi.
  3. Tak perlu risau kalau kena reject dengan mamat kabaret atau nak mereject mamat spoil.
  4. Takyah gaduh-gaduh, buang masa je.
  5. Takyah update kat member pasal hubungan korang kalau member dok tanye.
  6. Takde nangis-2 dah. Nangis pun time korang gelak sampai pecah perut.
  7. Takyah risau kalau sama-2 kolej.
  8. Kua dengan sesape pun takde orang nak jeles or marah. Unless korang keluar dengan hak milik orang. Never ever oke !
  9. Boleh cuci mata. Takde sape nak larang dah. Tengok jer, jangan pegang.
  10. Ade masa nak pakai phone. Takyah tukar-2 phone ngan pasangan dah. Sendiri punya, sendiri pakai lah.
  11. Takyah nak auta. Tak kena tipu.
  12. Takde yang larang kite wat keje yang kite suka buat tapi Si Dia tak suke kite buat. Harap-2 korang paham ek.
  13. Tak lah korang boring keluar dengan one person yang sama jer. Dapat gak keluar ngan member ramai-2, keluar ngan Family is the best !
  14. Takyah nak melaram. Just be yourself.
  15. Bebas !

Haaaaa. Mana yang tak betul tu, tolong betulkan saye. Mana yang nak tambah tu, boleh comment, terima kasih :face44:

Labels: , , ,


Hai Kawan !?
Monday, February 13, 2012 • 5:20 PM • 0 comments


Semakin hari, followers wa semakin banyakTerima Kasih banyak-banyak kat korang yang follow ek. Bagi yang belum follow tu, sudi-sudi lah followSurely aku follow korang balik. Aku tak sombong lahAku suka bila tengok dashboard, followers aku meningkat. Kenape ek. Dulu takde pulak bloggers nak follow

TERIMA KASIH FOLLOWERS !!!!
Im sure, nanti ada idea best aku share ngan korang untuk baca yer

Adakah sebab aku guna templates dari Blogskins ? Okay-2. Sebenarnya kan, as korang tengok aku punya blog " very the pinky " kan ?? Aku tak berapa minat ngan pink sebenarnye. Aku lebih suka warna-warna yang eco friendly ; macam, warna hijauTapi, template nih aku suka tengok, so aku apply la. Adakah itu bermaksud aku minat dengan pink ?Kalau yer pun aku minat tak salah kan ? Sedangkan lelaki pun boleh minat dengan warna pink ( tak semua ). Blog aku memang membosankan kan ? Aku tak banyak nak keluarkan idea nak berblogging neh. Aku suka blog, sebab cantik. Aku suka edit blogDulu, aku main-main kat Friendster, dulu kan Friendster tempat kitorang main-main sebelum ada nya FacebookTapi sekarang aku tengok Friendster tuh, dah lain lah. Macam tempat main game online pulakDahlah games die macam game bebudak sekolah rendah. Mula-mula aku rasa aku main kat Myspace kot, lepas tu users pindah kat Friendster, then Facebook, next Twitter & now Blog. Satgi kitorang tengok, kalau betul lah Facebook tutup 15th March nih, mesti ramai pindah Twitter pulak. Yang tak reti main Twitter pun, leh pandai main kang. HahahaMacam aku nih. Bukan reti sangat nak main Twitter. Kalau bab retweet or reply tweets korang tu reti lah. Yang lain, dalam proses. Lepas twitter ape pulak eh ? Youtube ? Semua nak nyanyi dalam youtubeMacam-macam kan ? Naik pening dah weh. 


Okay, sebelum aku terlupa. Aku nak gtau. Kalau korang klik kat sidebar aku yang penuh dengan link account social sites aku kan, ada satu link yang tak direct pergi web die. 1st Facebook Account aku tuh. Aku tak tau nape tak leh g direct ke web die. Anyway, korang kalau nak add aku, korang add 2nd Facebook Account tu je lah. Aku tak approve sesape lagi dalam 1st Account tuh. Lagi bagus, korang follow aku kat Twitter jer :D Kan senang. Hahaha. Dah lah, aku nak santap dulu !

Labels: , , , , ,


4 bulan berlalu
Saturday, February 11, 2012 • 10:19 PM • 0 comments




Happy 4th Monthsary dear. Tapi monthsary kali neh, tak best. Sebab, dahla aku takde jumpa die, dahtu tadi aku dapat berita dari Si Buah Hati, cakap die Accident petang tadi Terkejut and sedih sesangat. Patutlah aku rasa cam tak senang duduk jer dari petang tadi. Satu lagi, hari ni langsung aku takde mood. Die busy for the whole day. Nak sms pun kejap ade, kejap busy. Dahtu petang aku kesian kat die takut-2 die letih pagi tadi, so,  aku kasi die take a nap Lepas bangun dari tidur, aku text kat die, nak wake him up. Tak jugak sedar-2Sabor je lah. Then he woke up, tapi cam nak taknak je text ngan aku. Aku pun iyer-2 je lah cakap die. Aku pun moody kalau orang layan aku cengitu. Aku cukup tak suka. Tapi aku rindu die Kalau lah, hari-2 aku boleh tengok muke die kan best. Hari-2 dok gurau ngan die, hari-2 tengok die gelak, tengok senyuman die yang buat aku cair uh. OMG~Aku sayang sesangat kat engkau tau !

Nih, tengok facebook, tadi dok elok-2 chat tetiba hilang pulok. Chatbox kejap on then off. On balik off. Stupid facebook chatbox Aku pun naik pening. Die sendiri main-2 on off ke, memang chatbox baru nih masalah ? Lepas tu main kat wall. Balas punya balas comments die. Dahtu tetiba ilang jugakaku pun blur. Aku malas arh aku nak kacau agi. Lepas abis jer blogging nih, aku nak off. Nak marah salah, tak marah lagi lah salah. Tu anak orang, belum lagi milik aku yang sah. Aku takleh nak control die macam die laki aku kan ? So, it's up to him la. Pandai-2 la die fikir mana betul and mana salah.

But anyway, die cakap die okayHarap-2 camtu lah iyer.


Labels: , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen