Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Memoir One Stop Superstore, Sri Aman 2010-2011
Monday, January 14, 2013 • 10:01 PM • 0 comments


Tetiba nak blogging. Maybe sebab aku terjumpa sesuatu. Sebenarnya, tadi aku dok perhatikan album photo's aku kat laptop. Laptop baru, haruslah aku organize elok-elok. Gambar lama-lama yang meninggalkan kenangan pahit, aku delete lah kan. Yang elok lagi ofkos aku simpan. Then, tengah syok-syok mendelete dan syok sendiri tengok gambar, aku terjumpa SATU gambar Best Friend aku masa kerja kat One Stop Superstore suatu ketika dahulu. Ini dia :


Ye, saya agak kecik kat sini. Skinny bitch ! hahaha ! Tetiba tengok gambar ni muncul, aku terus rindu kat dia. Nama dia Freddy. Ter-flash back pulak masa kerja OSS dulu. Kalau dia ni tak datang/ponteng kerja, sumpah ! Aku boring giler. Sebab masa dia ada die confirm borak-borak, sama-sama mengumpat ngan aku. Takde idea nak borak pun, ada-ada je topik yang dia ni nak bualkan. Kalau part dia nak gurau kasar kat aku, suka hati die je, habiskan kredit aku call wife die. Tapi aku tak kisah. Dah macam abang aku dah. haha ! Walau mamat sewel ni slalu flying kiss kat aku masa aku nak balik kerja. Die tak peduli aku dah ada pakwe ke dah kawin ke. Die buat aku macam orang rumah die. Kalau aku dah elok-elok kemas rambut aku kan, confirm kalau budak ni datang die rosakkan rambut aku balik. Die tak peduli aku kejar die satu kedai, sampai die lari pergi kedai cina kat sebelah pun die boleh, asalkan boleh larikan diri daripada aku. Kadang-kadang kan, kalau die tengok aku marah, die tak mintak maaf. Die akan sedaya upaya buat aku gelak. Memang macam couple, tapi kitorang best friend. Tak lebih daripada itu. Lagi pun, die da kawin. Hok aloh ! Haha. Tak serious, die dah kawin. Tak tau lah nak cakap camana. Die ni memang sporting. Tapi apakan daya, supervisor kitorang tak puas hati. Masa kerja, die pisahkan kitorang supaya tak dekat, tak bergurau senda, tak buat bising, tak main-main masa kerja. Curse you sell fish supervisor.

Aku ingat lagi masa kitorang masih kerja. Supervisor OSS masa tu tak sombong & besar kepala macam tu. Die sangat merendah diri, sangat rajin, sangat baik hati, sangat happy sebab die pekerja biasa macam kitorang. Tapi bila dia naik pangkat jadi Supervisor tu lah perangai die makin lama makin sial. 3 hari pertama die jadi supervisor kalau korang nak tau, die nak suruh Freddy organize stor pun die cakap camni " Freddy, kau organize stor lepas ni eh. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab mengarahkan kau camni ". Die cakap dalam bahasa Iban lah, aku translate untuk korang je. Sampai nak sorry-2 ni. Lepas sebulan, Freddy berhenti kerja sebab minah gedebak ni mengarah-ngarah tak tentu pasal ! Freddy naik gile, tak tahan. Die ambik keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan aku bersama supervisor gila tu. Lepas Freddy berhenti, sangat bosan. Aku hari-hari menatap muka Si penyangak yang menyebabkan best friend aku ni berhenti kerja. Mula-mula okaylah masa aku kerja kat situ. Tapi, lama-kelamaan, supervisor gila ni naik atas kepala aku ! Lepas tu kalau aku taknak dengar cakap die kan, mula lah die nak pulaukan aku. Die wat bodo je. Sebenarnya aku pernah 2 kali cakap kat Manager aku nak berhenti. Tapi manager tak kasi. Lepas tu, supervisor ni manis mulut, text aku, pujuk aku supaya tak quit kerja. Aku punyalah bodoh, termakan jugak kata-kata supervisor gila ni. Aku masih gak kerja sampai hujung bulan Januari kalau tak silap. Haha ! Sebabnya aku berhenti, aku dipulaukan dan dituduh tak buat kerja. Sial punya supervisor ! Kalau aku tak buat kerja, kedai tu macam reban ayam kalau kau nak tau ! Aku harap sangat kau baca entry aku kali ni Pauline Simba ! Biar kau sedar sikit kau tu siapa. Aku tak suka perangai bongkak kau ! Kau lah penyebab Freddy berhenti kerja ! Kau pisahkan kitorang berdua ! Kau tak suka kan, tengok aku rapat ngan Freddy. Tak tak tak, kitorang tak couple, sumpah kitorang Best Friend. Kalau korang kat tempat aku acano ek ?

Aku ada simpan number phone Freddy, tapi kang die tak pakai number ni lagi, acano ? Lagi lah susah aku nak cari budak ni, apatah lagi nak jumpa. Dulu sebelum aku berhenti kerja, die pernah datang balik kat OSS tu, masa tu die masih pakai number yang die kasi tu, so kitorang suruh die datang kedai. Lepak, sebab lama tak jumpa. Masa tu die datang bawak berita yang die dah bercerai ngan wife die. Aku nampak muka die sedih, sebab kitorang tau, die ni sayang and manja kat wife die. Wife die study nursing kat Serian. Bercerai sebab apa aku tak tau. And satu lagi, die bagitau kat kitorang die sekarang (masa tu) dah jadi Askar Wataniah. Masa sampai kedai lepas lama tak jumpa tu, die pakai helmet KHI. Kan helmet tu ade cover. Die dok atas moto, dok perhatikan aku. Aku pun pelik lah kan, apsal mamat ni tengok aku kan. Aku tak selesa, lepas tu die bukak cover helmet die, punyalah aku menjerit happy ! hahah ! Serious, aku rasa nak nangis masa tu, yelah kan. Best friend, lama tak jumpa. Tetiba depan mata. haha ! Mula-mula die berdiri sebelah aku kan, die tak bukak helmet. Aku pun ketuk helmet tu, apsal ta bukak helmet. Die cakap, kang aku gelak kat die. Aku pun blur lah kan. Nak gelak ape, lain lah kalau die wat lawak. Lepas tu die terpaksa bukak helmet. MasyaAllah, gelap semacam kulit die. Lagi gelap dari kulit aku ni ha. Rambut die yang lap top tu ! Ya Allah, nak je aku gelak. Haha ! Tapi memang aku gelak pun. Punyalah banyak cerita. Sampai aku tak terlayan customer. haha ! Sebab tu lah aku suka sangat berkawan ngan die. Sampai sempat mengumpat pasal Pauline nih, lepas tu gelak sampai pecah perut sebab gelak tak keluar suara. Kang gelak jerit-jerit Pauline dengar pulak. Hahaha !


Tapi bila aku tengok gambar ni betul-betul kan, tak sangka pulak aku boleh berkawan dengan budak ni. Aku ingat ni mamat jiwang, rupa-rupa nya satu kepala ngan aku ni. Perangai lebih kurang ni. Jantina je yang lain ! Haha ! Kesitu pulak dah. Betul-betul rindukan die ni. Nak borak lagi ngan die. Aritu masa auntie aku kerja part-time kat OSS tu, auntie aku ada cakap yang Freddy ada pergi sana. Buat apa aku tak tahu lah. Tapi auntie aku cakap, masa Freddy datang tu, Freddy ada tanya aku kat mana. Auntie aku mestilah cakap aku dah berhenti kerja. Lepas tu Freddy cakap camni " Mesti sebab perempuan (supervisor) tu ". My best friend. Memang betul apa yang Freddy cakap. Sebab dulu aku ngan Freddy pernah cakap pasal perubahan Pauline. Kitorang sama-sama tak suka Pauline jadi supervisor. Tapi apakan daya, manager dah naikkan pangkat die. Kepala die pun naik pangkat jugak. Aku dengan Freddy jugak yang jadi mangsa buli si Supervisor berkepala besar tu. Tapi alhamdulillah, kitorang kedua-dua nya dah tak kerja kat situ lagi. Masing-masing bawak haluan sendiri. Aku masa tu sebok dengan Boyfriend keparat aku. Sampai aku sanggup tak contact Freddy sebab boyfriend keparat aku tak kasi. Tuih ! Kalau ku tau kekeparatan mu, tidak ingin ku turut perintah mu ! Bugima ! Haha ! Kalau lah aku tak dengar cakap Boyfriend keparat aku masa tu, mesti aku masih dapat contact Freddy sampai sekarang. Anyone yang dari Sri Aman yang baca blog aku ni, kalau korang tengok muka Freddy ni, kalau korang kenal dia, korang bagitau kat aku ek. Korang inbox Facebook  or direct message kat Twitter aku. Thnaks Freddy, for being my unbiological brother. 

STRANGERS think I'm quiet, MY FRIENDS think I'm out-going, MY BEST FRIENDS knows that I'm completely insane. 


Labels: , , , , , , , , , , , ,


EXample & EXplanation
Monday, September 17, 2012 • 10:48 PM • 0 comments



Ambek kau ! Panjang giler title aku ! HAHA !! Ada orang tunggu aku update blog ke ? Hew hew hew. Terima kasih kerana membaca ! Ha ha ha ! Ade jugak pembaca setia. Tapi, buat apa baca kalau nak sakitkan hati sendiri ? Aku memang sengaja der, nak perangkap kau ! Tak guna aku nak puji kauu, buat ape aku nak puji orang yang tak reti nak berterima kasih & orang yang tak reti nak hargai pemberian orang kan ? Kalau Tuhan dah kasi kite sorang pasangan untuk disayangi, jangan disia-siakan dengan perkara yang boleh memutuskan hubungan tu. Kan ? Kena batang hidung sendiri. Sekarang ni kau nak marah kat siapa, nak marah kat aku ? Kalau nak marah kat aku baik kau fikir masak-masak dulu. Sebab semua tu bukan salah aku. Bukan aku yang mulakan. Sebelum ni, tak pernah ade exbf aku dok sindir-sindir aku dalam laman sosial, belum pernah exbf aku 'HACK' privacy aku ! Kau tau kau siapa. So tak payah aku nak bagitau kat kau biar kau sedar. Ye !? Pedulilah kau nak kata aku ne berlagak or perasan cantik ke ape ke, itu hak aku. & kau pun ade hak. Hak untuk tidak menganggu hidup saye ! Tak payah susah-susah text dahtu, explain kat auntie aku cakap yang bukan-bukan ! Tak payah FAHAM ? Aku tak teringin nak percaya kata-kata budak macam kau. Cukuplah dulu hari-hari kau tipu aku. Okay, MAYBE tak hari-hari. he he he. Pergi online gaming kat rumah member sama kampung konon nye. Padahal pergi online kat hotel. Kacau orang keje. Kau ingat aku suke ke ? Aku tipu je cakap "okay, pegi lah sana :) Enjoy ye". Demi menjaga hati kau (kononnye) aku biarkan. Tapiiiii, tu lah kan. Orang cakap, bila dah diberi muka, dibaik sangat. Kepala kite nak dipijaknye pun adui ! Mula-mula seminggu sekali keluar malam. Lepas tu keluar malam balik lewat, lepas tu keluar malam 3-5 kali, lepas tu keluar malam, bila aku suruh balik, cakap okay then text kat aku cakap dah sampai kat rumah padahal....... boleh pulakkkkkkk tak balik rumah, tapi cakap dah balik kat rumah. Tuan punya badan dok syok-syok online, gaming dating ngan Poker. Mak aiii, happy nye. Mula-mula taknak dengar kata, pastu dah pandai pulak ni nak menipu ! Sekarang nahhh, hambek kau ! Aku break dengan kau, kau enjoy lah puas-puas dengan poker kau ! Jangan kacau aku lagi ! Tapi, kau punyalah main palat kat aku, aku takde sindir-sindir kau dalam facebook, kau melebih-lebih pasal apa ? Dah aku cakap taknak, taknak lah. Tak payah lah kau cakap, yang takde orang yang boleh terima diri aku yang tak perfect ne.. Takyah der. Mak & abah aku dari kecik sampai ke besar terima aku, takde pulak complain ape-ape pasal aku. Kau kenal aku baru je 4-5 bulan (aku rasa lah). Dah tikam aku dari belakang. Hok aloh ! Baik nye kau ! Baik sesangat ! 
Malam tu aku nak log in 2nd acc aku tu sebab nak check ade inbox dari member yang takde dalam 1st acc tu. Aku log in, berkali-kali die cakap camni, Sorry, something went wrong. Pastu aku try lah log in berkali-kali, masih gak takleh. & then aku dapat tahu facebook tu dah kene hack bila ade notifications cakap someone log in acc aku guna device lain. Wah ! Bila aku dapat tahu facebook aku takleh log in, aku pakai acc first & maki 'hacker' facebook tu. Dahtu bila aku cuba view facebook aku yang kene hack tu balik. Rupa-rupa nya dah dideactivate. Fuiyoo ! Cepat nye ! Memang tangkas ! Konon nye orang tu cakap, die tak hack. Okay, mana kata kau lah kan. Whateverrrrr...! Orang tu cakap, facebook aku takleh log in aritu, sebab ade orang report facebook aku tu. Hm.. Selalu nye kalau nak report account Facebook someone tu, die akan minta kita send message macam ni kat beberapa orang untuk tolong report account aku tu, at least 10 more facebook users. 

Okay, ni aku try je. Aku report one of facebook users yang agak annoying, & aku send message ni kat facebook aku yang satu agi tu. Okay kite sambung, 10 orang tu sebagai saksi lah yang facebook aku tu, facebook orang 'jahat'. Hmm, jahat nye saya sampai ade orang report. Aku tak kacau orang pun, orang kacau aku adelah ! Pulak aku yang kene report ? Ape kata aku report kau jugak, nak ? Gurau-gurau. Ha ha ha.. Bila dah ramai yang setuju or ramai yang tolong report facebook aku tu, baru boleh pihak facebook tutup account aku. Takde orang report pun itu olang cakap wa punya facebook kina lepot woh. Aiya, punya bengap itu alasan.. Alasan kuat lapok leyyyy. Saya tada percaya deyyyyy ! Lagipun, kalau orang report facebook aku, takkan die tunjuk macam ni 
Device mane pulak yang sesuka hati nye masuk ni pun ? Akaii. Lagi kau nak talk shit ngan aku ? Hello, aku tak study menda ni pun aku reti macam mana rupa orang hack macam mana rupa orang report. Dah-dah ! Takyah explain. Takyah kasi bullshits ngan aku. Sorry, I am allergic to your bullshit ! Telinga aku dah pekak dah nak dengar alasan/text sedih kau tu. Kalau kau nak tahu, selama aku break ngan kau kan, aku langsung takde fikir pasal kau lagi lepas tu. Boleh dikatakan kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku. Dah takde makna agi dah. Tiada arti nya pun. Ha ha ha ! Tak ! Aku tak tipu. Kau lah number 2 yang paling senang aku lupakan. Yang sebelum ni, Joshua budak iban tu yang pertama aku paling senang lupakan. Korang 2 orang lah paling senang aku lupakan. Sebab korang 2 orang jahat ! Jahat kat aku sedangkan aku tak pernah jahat kat korang 2 orang. Nak duit, aku kasi duit. Nak top up, aku kasi top up. Ape lagi yang aku tak pernah kasi ? Fikir lah elok-elok sebelum maki aku. Yang Joshua tu pun aku ade dengar pasal die pun dari member die yang pernah sama keje ngan aku dulu. Kan aku pernah citerkan dulu. Okay lah. Malas dah aku. Babai !!


p/s : Tapi aku tak maksudkan semua ex aku lah. Sorang je. Ha ha ha ! Yang tidak berkenaan, jangan terasa ye. Kalau terasa ape boleh buat. Ha ha ! Aku kan jahat, kuat mengata orang :)

Labels: , , , , , ,


Semoga Berbahagia
Wednesday, May 16, 2012 • 3:51 PM • 0 comments






Hello you all ! Hahaha, lama nya dah tak berblogging. Sampai YouTube player dah tak leh transparent ag pon aku tak sedar. Aku takde nak cite ape-ape pon. Saje je nak blogging. Dah lama tak blogging kan, tak salah lah aku nak blogging balek. Oke, kalau korang nak tau, aku naik fed up dengan Facebook aku. Dulu aku fed up dengan satu account. La ni, aku fed up dengan dua-dua account aku tuh. Tak tau la pesal. Maybe aku memang dah serik dengan facebook yang semakin memboringkan & memeningkan kepala. Elok lagi aku main Twitter. Peramah, lagi pon diorang sporting eh !! Tak macam kat facebook tu. Semua nak tekan "Like". Ditanyak soalan pun Like gak. Aku cakap "Jangan Like status ini" pon diorang Like gak. Tak paham lah aku. That's why aku lebih suka jalan-jalan tegur orang kat Twitter. Mesti ade respon wo ! Kalau yang takde respon tu maybe standard diorang bkn mcm kite-kite kot. Lagipun kat Twitter ramai Artis. Tu lah pasal nak kena hati-hati kalau tegur diorang. Tegur elok-elok ye, kang makan pelempang pulak ! Hahahahah !!

Oh ye, kelmarin aku & Makcik aku keluar jenjalan. Lagipun die ajak aku carikan hadiah untuk Hari Guru. So, die ajak aku pegi tempat keja aku yang dedolu, kat OneStop. Takde tempat lain agi dah nak g. Masa g kat sana, biasa lah kawan lama banyak. Ade sorang kawan aku panggil die Gabriela. Tapi die ni jantan. Nama betol die Gabriel jer. Aku saje kacau die. Die ni suke sangat menyampaikan berita kat aku. Lebih-lebih lagi pasal exbf aku yang keje kat Fair Price tu. Allah, kalau boleh aku taknak amik tau pasal mamat tu. Aku dah serik dengar nama die, apatah lagi nak nengok muke die. Aku dah lama maafkan mamat tu. Tapi, tak bermakna aku nak kawan dengan die balek. Aku tak suka ! Aku takkan jilat benda yang aku ludah. Eyucks ! Tu lah, Gab cakap kat aku camni :

Gab : "Noe, kau tau tak story Jos?"
Aku : "Story Joshua ? Apesal ?"
Gab : "Kau tau ke die dah buntingkan anak orang ?"
Aku : (terkejut) "Ai, die dah kawen ke?"
Gab : "Dah, aritu die ade jemput aku & pauline & Tam, tapi kitorang tak leh datang sebab kitorang keje."
Ana : "Elok lah tu, tak lah die menggatal lagi ngan betina lain, jaga lah bini & anak die pasni."
Aku : (gelak tengok ana) "Laaa, kau ni Gab. Die dah kawen, tak salah la nak buntingkan anak orang. Apelahhh."
Gab : "Tapi, die buntingkan sebelum kawen."
Aku : "Minah mane tu ? Minah Shrek yang aritu ke ?"
Gab : (gelak besar) "Gile kau ! Tak, ngan minah yang sama keje ngan die kat FP tu."


Aku sebenarnye taknak dengar citer tu, tapi disebabkan die dah cite, ape lagi kan ?? ahhaha.. YOLO !! Lepas tu, aku takleh sambong cerita. Ahahah ! Agak peribadi untuk aku ceritakan kat sini. Huahahah !! Dahtu, aku ngan Ana tunggu diorang balut hadiah tu, kitorang jalan-jalan kat dalam kedai tu, Al-maklum lah, dah lama tak keje kat situ, rindu pulak !! Kah kah kah ! yeke rindu !? Lepas je abis semua balut bayar, kitorang pun chow. Lepas tu, singgah pulak kat OneStop satu lagi. Jumpa kakak sorang lagi, kakak tu dah lama keje situ. Kakak tu baik, so aku & ana pun lepak kat sana kejap. Tanye ape cite best lepas kitorang brenti. Fuh, bila dengar cerita akak, sedih pulak aku ! Hahaha ! Ye lah, jadi mangsa buli Supervisor kat situ. Tak paham aku ngan Supervisor tu. Aku brenti keje dulu sebab minah S'visor tu lah ! Tiba-tiba die moody ngan aku. Tah pape tak tegur aku 4 hari. Aku pun bengang lah ! Malas nak sakitkan hati orang, aku brenti lah ! Biar puas hati die ! Ambek kau ! Kan sekarang susah nak carik pkerja lagi ! Padan muke kau ! Jahatnye saye. Kalau orang dah jahat kat kite, kite jahat kat die balik ! Aku takleh simpan dendam neh !!!!!!! Hahhaha. Ha ! Satu lagi hal. Aku tak suka kalau barang yang aku kasi, orang kasi balek. Oke, aku tak kisah. Just jangan nak cakap aku burok siku pulak ! Aku tak pernah nak mintak balik benda tu, tapi kalau kau dah bagi balik, Time kaceh bebanyak. Hahaha !! Kau nak aku maafkan kau ? Aku dah lama maafkan kau. Baru ingat nak tegur kau. Tapi bila benda tu datang balek kat aku. Wah ! Orang ni tak ikhlas lah selama ni. Alhamdulillah. Banyak nye belang kau yer. Amboi amboi amboi. Takpe-takpe. Tukar prinsip. Aku dah maafkan kau, tapi jangan ingat aku nak tegur kau yer.. Kalau kau tegur aku, inshaAllah aku tegur balek kalau aku nak :)

Doa saya untuk anda, Semoga berbahagia disisi yang tercinta & tersayang. Umuah !

p/s : need a boost ? Fuck off :)



Labels: , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen