Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Disayangi dan Hilang (Loved & Lost)
Sunday, June 9, 2013 • 11:04 PM • 0 comments


 

Ya Allah !!!! Betapa rindunya aku kat kucing-kucing aku. Bila dah sayang, dah kita jaga leklok, orang sibuk dok intai kucing kite.  

Kalau jahat, jahat sangat. Kalau dah baik, baiklah sangat. Terasa macam kehilangan kawan baik pun ada. Aku kesunyian, kesepian, keseorangan sekarang ni. Sebenarnya, kucing-kucing kesayangan aku dah hilang ! Aku betul-betul stressed, sad, pissed off !! Entahlah budak mana yang "catnap" kucing aku tu. Aku ni sayang sangat kat kucing. Maklumlah, takde adik, aku lah bongsu. Takde untuk aku bergurau. Hari tu, kucing aku Garfield kena langgar lari. Nasib baik panjang umur lagi Si Garfield tu. Alhamdulillah, Garfield sihat dah. Luka-luka da pun dah sembuh and tak nampak lagi dah. Parut pun tak nampak. Kuat pulak semangat kau ya Garfield. Sayang dia. Lepas kejadian Garfield accident tu lah kucing aku yang bernama Mojo tak balik rumah. Mula-mula aku ingatkan dia pegi cari makwe ke ape ke. Semalaman tak balik, aku taknak ambil kisah sangat lah kan. Garfield masa muda-muda dulu pun macam tu jugak bila cari bini. Semalaman dia tak balik. Tapi dalam hati ni, Tuhan je yang tahu, betapa susahnya hati aku bila Mojo tak balik semalaman. Bila semalaman Mojo tak balik, aku tunggu pagi. Mana tau kot-kot dia balik. Tapi, bila bangun pagi, tak jugak nampak kelibat Si Mojo ! Balik kerja kul 6 pun tak nampak jugak ! Family aku pun cakap langsung tak nampak kelibat Si Mojo seharian. Aku ape lagi, teriaklah panggl Mojo. Aku peduli ape dengan jiran. Suka hati aku lah nak memekak panggil kucing aku. Kau Ade ?? Dah penat jerit-jerit panggil dia, sampai aku ajak kakak aku pegi pusing kampung cari Si Mojo, tak jugak balik-balik. Aku dah rasa sebak didada dah ni. Astagh, aku istighfar bebanyak. So aku bertenang, and tunggu besok, Bila tunggu sampai besok tu, tak jugak balik ! Okay ! 3 hari dah Mojo tak balik ! Ah sudah ! Kucing gemuk aku tu kena culik ! Aku pun bertangisan 2 malam selepas tu. Sebab dia selalu tido sebilik dengan aku. Pastu, kalau dia tak tido sebilik ngan aku, tiap pagi aku dah biasa dengar dia mengiau depan pintu bilik sebab nak masuk tido dalam bilik aku. Yelah, pagi kan sejuk. So maybe sebab aku biasa cuddling ngan dia tiap pagi. Tengok tv dia kadang naik duduk atas riba aku mintak belai, tak pun dia duduk/tido atas bantal faourite dia. Sekarang, semua tinggal kenangan. Awal bulan (1 June 2013) lagi dah sedih. 



p/s : Mojo yang warna coklat putih yang gebu-gebu tu

Lepas tu sambung cerita 3 hari berikut nya pulak, 2 ekor anak kucing aku yang baru umur 2 bulan tu pulak yang hilang ! Baru nak pandai main-main and jalan-jalan luar rumah.. Sedey nye.. Kejam nye korang !! Pulangkan balik anak kucing aku tu !! Kesian kat mama kucing tu, hari-hari mengiau cari anak-anak dia. Dahla dua-dua anak kucing aku tu jantan. Kenapa ek, asal anak kucing jantan je, mesti tak bertahan lama kalau kita bela. Susah jaga kucing jantan. Yang betina pulak pandai jaga diri sendiri, tapi, perangai dia jahat (tak semua jahat). Aku hairan, kenapa nak curi kucing orang ? Orang dah bela elok-elok, dah gebu, dah gemuk, dah cerdik, bulu dah cantik, korang sedap-sedap je curi ! Tu lah aku cakap. Bila kita buat baik, orang senang-senang pijak kepala kita. Aku terkadang, seronok jugak tengok kucing orang, nak je aku culik bawak balik. Tapi aku tak jahat macam orang yang culik kucing aku tu ! Aku tau, mencuri tu dosa ! Tapi, kenapa ada jugak orang yang jahat nauzubillah curi kucing aku !!!? Tak tahu ke, kucing tu ada tuan nya ? Kalau kucing tak bertuan, nun sana kat pasar tamu kau boleh cari ! Ambik lah banyak mana kau nak ! Ni dalam kampung ! Dah sah-sah kucing tu ada tuan nya ! Ada yang sayang kat kucing tu ! Kau senang-senang curi sampai 3 ekor kucing aku !? Aku tak tau kau siapa ?


Walaupun  dah seminggu dah Mojo hilang, and 5 hari anak kucing aku (Emon & Etot) hilang, aku masih nangis everytime aku teringat kat diorang bertiga. Before tido, bangun tido pagi, terbangun dari tido tengah malam, masa tengok tv, bantal kuning yang diorang selalu guna untuk tido tu, mesti aku terfikir "Apa khabar lah agak nya Mojo, Emon & Etot." "Apa lah yang Mojo, Emon, & Etot buat sekarang ni.?" "Mojo, Emon & Etot dah makan ke belum ek ? Apa yang diorang makan ?" And yang paling penting, "Kucing aku yang hilang 3 ekor tu, hidup lagikah ???", lepas tu mesti aku drop, pastu nangis sampai penat. Aku rindu sangat-sangat at diorang. Lepas diorang hilang, rumah aku sunyi sangat.. Aku nangis setiap kali aku tengok gambar diorang. Tak tahu, betapa sayangnya aku kat diorang. Tapi sekarang aku ada rasa menyesal tau.. Sebab aku ingat lagi sebelum Mojo hilang, hari sebelumnya aku ada marah-marah & pukul Mojo. Ya, jahat saye. Sebab masa tu aku penat. Nak tido & bangun lewat sikit. Kan aku ada cakap tiap pagi Mojo ni mengiau depan pintu bilik. Hari tu, aku tak tahu kenapa aku kejam sangat. Sanggup pukul dia. Aku geram sangat pagi tu. Dia mengiau tu bising sangat.. Aku bukak pintu, dia tahu aku marah, aku kejar dia sampai bawah meja dapur, lepas tu aku tarik ekor dia, aku hempuk kepala dia guna tangan OKAY !!! Dia lari pulak pergi ruang tamu, pastu sembunyi bawah kerusi. Bila aku dah lepas geram, aku masuk tido balik. Awal lagi tu dia mengiau, kul 6 pagi tu.......! Lepas tu petang dalam kul 8 malam macam tu, dia ada lagi kat rumah. Dok baring-baring atas katil kakak aku. Malam sikit lagi, lepas kasi diorang makan, aku bukak lah pintu dapur, kot-kot diorang semua nak buang hajat ke ape ke. Masa tu Emon & Etot pun masih ada lagi. So, kitorang biasa biarkan pintu dapur terbuka. Bila nak masuk tido aku akan panggil diorang masuk, tido. Semua dah masuk, kecuali Mojo, & Mojo tak balik sampai ke hari ni ! Seriously aku rindu sangat-sangat kat Mojo. Emon & Etot pun aku rindu. Rindu sangat-sangat. (Sekarang ni aku rasa nak jerit-jerit nangis)



Tengok, betapa rindu nya aku tengok muka diorang dua beradik ni..FYI, 1st picture tu Emon, second picture tu pulak, Etot. Tolonglah pulangkan balik kucing-kucing aku tu. Puas aku doa, aku mintak tolong kat Tuhan supaya tolong pulangkan kucing-kucing aku tu. Mana tau diorang boleh balik rumah. Sebab aku percaya diorang hidup lagi.. Mungkin Mojo sesat, Emon & Etot kemungkinan besar tak tahu jalan balik, sebab diorang kecik lagi. Ahh ! Kesian nya anak-anak kucing akuuuuuuu !! Semua doa aku sia-sia je. Tuhan dah taknak tolong aku dah. Aku cuma boleh buat satu benda je, REDHA. Dah nasib aku kan, hilang something aku sayang. Lepas ni ape pulak yang hilang. WallahuAlam. Anyways, Alhamdulillah tak hilang nyawa sendiri lagi. Terima kasih Allah sebab kasi ujian yang macam ni ,"Hati kita dimain-Nya". Huhuhu. Lepas ni aku taknak bela kucing lagi. Cukuplah tinggal Garfield, Chombi (Mama anak kucing) & Uncle Bulat yang dah tua tu. Cukuplah kan. Taknak hilang anak kucing lagi. 

Aku penat sayangkan something/someone yang akan hilang sekelip mata tu je dah. Cukuplah aku bersedih. Aku harap bulan seterusnya, tak ada lagi terjadi benda macam ni. Oh ye, sebelum terlupa, Insha Allah, Hari Raya Qurban tahun ni, my family nak bertolak berhari raya haji di Kelantan !!! Yeay ! Sebab apa tak balik Hari Raya Puasa ? Sebab abah cakap, Hari Raya Qurban lebih meriah kat sana. Tak sabar pulak rasanya. Wow !! Tak sangka, lepas 3 tahun tak balik, akhirnya akan balik jugak. Kalau boleh aku nak je duduk sana sampai bila-bila, Yelah, 21 tahun dah dok Sarawak je. Nak jugak merasa bertahun dok Kelantan, pastu barulah balik Sarawak lagi. Hehehehe. Okaylah..


Labels: , , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen