Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Salam Aidilfitri 2013 !!!
Sunday, August 11, 2013 • 8:43 PM • 0 comments


Alhamdulillah, aidilfitri tahun ni agak meriah untuk aku. Ye, ye, bagi aku je. Bagi korang aku tak tahu lah kan. Kalau meriah, Alhamdulillah. Selepas kes kehilangan kucing aku hari tu aku terus mendiamkan diri kan. Last post 09 Jun 2013. Wow ! Dah masuk 2 bulan tak update blog. Bukan taknak update, kebelakangan ni aku seriously busy with work and, aku takde mood nak blog sebab masih kemurungan sebab hilang kawan baik, Mojo :( Dan, aku pun tidur sorang. Kadang-kadang aku boleh pulak tersasul panggil Garfield dengan nama Mojo. Aku masih rindukan Mojo, kalau aku ambik feel layan lagu-lagu sedih kat phone, memang akan terkenang benda-benda yang menyedihkan. Semua yang lama aku boleh flashback. Tak kiralah, sesedih mana pun kenangan tu, kalau dah flashback, no turnback haha ! Bodo tol la. 

AVON The Company For Women. Sepatutnya letak la AVON The company for Women and Men. Sebab ada gak jual barang Men's kan. Macam bapak aku pulak owner Avon, sesuka hati bagi idea. Tapi tak salah kan ? Kan ? Kan ? Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Dulu kan aku mula bekerja kat Avon sebagai store keeper je. After 8 months bersabar working as a store keeper. Aku dilatih bekerja sebagai Salesgirl/Promoter oleh Boss aku. Even aku tak mintak nak jadi promoter ni, tapi boss asyik dok paksa aku training jadi promoter ni. Mulut nak kena aktif bercakap ngan customer, nak kena pandai ambik hati orang, "Mulut kena manis" macam yang boss cakap.. Ye, saya dilatih untuk berbuat sebegitu ketika bekerja sahaja. Even aku ni seorang yang pendiam bila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, tapi bila kerja, aku terpaksalah bukak mulut pot pet pot pet cakap ini, cakap itu, promote perfume, promote collagen, bla bla bla. Kadang-kadang bila aku naik fed up, aku bawak semua fail-fail kerja aku kat store, aku duduk dalam stor, buat kerja stor. Haha ! Walaupun aku seorang promoter Avon yang pakai heels, pakai baju korporat yang agak panas even dalam ofis yang berhawa dingin tetap jugak panas, pakai make up, pakai cantik-cantik. Still aku bekerja kat stor. It's part of my job. Stor tu, milik aku. Kalau aku tak kasi kebenaran untuk masuk stor, 3 orang promoter senior tak leh masuk. Sebab stor tu, aku dah organize by MYSELF ! Stocks dah dikira, dah stack ikut urutan, ikut size, ikut jenis, pendek kata, memang dah kemas ! Kalau sebelum ni, stor tu langsung takde yang organize macam yang aku buat. Organisation stor tu, aku buat sendiri ! Okay ! Boss sendiri dah cakap, aku sekarang ni bekerja sebagai Promoter and at the same time, I'm the Store Manager. Sebab aku yang manage semua yang kurang dan lebih kat stor tu. Kalau ada masalah stok, semuanya aku yang handle. But still, with a little bit of help lah from stor senior, Kak Miey. Kak Miey sekarang dah jarang nak masuk stor, sebab mostly, dia yang buat sale yang paling tinggi mengalahkan supervisor kat situ, Aifen adik boss. Oh ye, bercakap pasal Aifen ni, dia dah tak macam dulu dah. Dia ngan aku dah okay dah. And aku rasa dia dah faham keadaan aku. Dulu, memang asyik nak cari gaduh ngan aku je. Memang nak je aku lempang minah tu. Tapi sekarang, masih jugak menyakitkan hati aku, tapi tak lah sesakit dulu. Nak marah aku ? Sorry lah nak masuk stor aku ! Haha !! Ye lah kan, aku rasa dia pun penat gaduh ngan aku. Haha ! Sekarang, dia selalu back up aku. Sekarang ni, masalah dia Yuliang pulak. Dia ni baru 2 tahun lebih je kerja kat Avon tu, dah sombong mengalahkan senior macam Kak Miey & Aifen yang dah kerja lebih 10 tahun kat situ. Tak respect supervisor langsung.. Aku kalau gaduh, aku ada point. Aku takkan marah kalau aku betul-betul salah. Aku marah, mesti ada sebab yang munasabah, barulah korang tengok aku mengamuk kat situ.. Hahaha.. Aku kadang-kadang hot tempered jugak, tapi macam yang aku cakap tadi, apa-apa yang menyebabkan aku hilang sabar, memang ada sebab yang munasabah. Hehe, anyways. Alhamdulillah. Syukur dengan gaji yang sekarang ni. Even tak banyak, tapi alhamdulillah. Yang aku tak tahan bila boss asyik-asyik nak aku capai target 10k untuk satu kempen. WTH ? 1 bulan ada 2 kempen. 1st kempen dari 1hb sampai 15hb. Pastu 2nd kempen dari 16hb sampai hujung bulan. Tak ke naya aku ? Seriously, starter/newbie/trainee macam aku ni, layak ke capai 10k untuk 1 kempen ? Entah-entah tak sampai 5k aku buat untuk 2 kempen. Tapi seriously, kalau aku boleh capai 10k untuk 1 kempen, boss akan naikkan gaji aku 2x ganda daripada Yuliang yang dah 2 tahun bekerja tapi masih 10k untuk 2 kempen. Ish ish ish. Taklah aku nak cakap dia jahat, but seriously, bila Aifen takde, dia langsung tak buat kerja, apatah lagi nak tolong aku. Lepas tu, bila dengar boss recommend suruh aku buat sales, semenjak itu, Yuliang tak suka kat aku. Kesian saya. Sebab mulut orang lain, saya dibenci. Tapi takpe, aku kerja bukan dia yang bayar gaji. Nak benci kat aku, aku peduli ke ? Haha ! Awak kejam, saya lagi kejam. Terima Kasih !!! :D
Hari raya saya ditemani seseorang istimewa kali ini. Dan Alhamdulillah, Mak dan abah saya restu. Hehe. Aku sebenarnya betul-betul tak ready dia nak datang beraya dirumah jumpa mak and abah aku. Sebab aku tahu abah aku tu tegas orang nya when it comes to his daughter and his daughter's boy friend. And, itulah kali pertama aku dapat lelaki yang brave enough nak jumpa abah and mak and family aku. Abah aku tak garang, cuma dia care and aku faham.. And alhamdulillah jugak, buah hati pun faham :) Thank god, he says my parents and my families are okay ! And on that day jugak lah aku met his younger brother and sister, and his Mom... Jeng jeng jeng.. Hehe, mak dia okay lah. Fun actually. The whole family is fun. Diorang memang suka gelak. And suka tengok diorang gelak. Betul sangat lah tu. Kena sangat. Haha ! Aku tak cakap banyak around family dia. Baru kenal lah kan. Haha. Seriously aku rasa cam pucat sangat, tapi sebenarnya tak. Eh ? Haha. Alhamdulillah, sepanjang perkenalan aku dan buah hati, takde apa-apa yang buruk berlaku. Yeay :)

Actually, aku kenal ngan dia dah lama gak. Lepas aku break bulan Februari 2012, aku terus tak layan mana-mana lelaki. Haha ! Tak sombong, menyampah actually. Mulut manis, semut pun boleh darah tinggi, kalau gigit mulut diorang terus mati ditempat kejadian. Haha. Yelah kan, dah nama patah hati. Budak tu tak tinggalkan aku, budak tu tak reti nak hargai pemberian aku, tak reti nak mengenang budi, entah lah. Mungkin tu memang cara bercinta dengan budak-budak. Ye, die muda setahun dari aku. Bodo kan aku ? Hehe. Bodo-bodo pun aku, aku tahu kenang budi. Aku tinggalkan kau, dah, takyah buang masa dengan kau lagi.. Takyah sakit hati lagi dah. Lega dah.. And then, September 23rd 2013 aku pun kenal la dengan buah hati.. Mula-mula aku tak layan. Memang seriously aku tak suka masa tu. Masih sakit hati dengan nama Lelaki ni. Memang masih anti. Aku pun layan macam biasa. Biasa lah kan, kalau dah dalam facebook ni, memang macam-macam je jenis orang yang akan chat dengan kita. Yang chat  keluar lirik lagu raya ada, chat terus mintak number phone ada, chat bahasa asing ada, chat maki aku terus sebab tak layan ada, chat terus ajak kawen pun ada. Aku pernah kena, sebab tu aku berani cakap ada jenis macam tu. HAHAHAHA ! Yang ajak kawen tu aku tak tahan. Haha ! Kalau lah chat ajak aku kawen, tetiba betul-betul yang diajak kawen tu bini orang, tak ke naya ?! Haha. Tapi buah hati ni lain sikit, mula-mula chat dah bergurau. Haha ! That's why interested pulak nak terus layan. Tapi aku tak overexcited nak layan. Layan cam member biasa. Yupe, chatting-chatting via facebook, sampai satu masa dia nak number phone aku. Memang aku tak kasi ! Haha. Ye, aku nak betul-betul kenal ngan dia. Tapi lama-kelamaan, berkenalan, few months later, aku pun baik hati miss call number dia, sebab sebelum ni dia memang dah bagi number dia kat aku. In case aku setuju nak bagi number phone kat dia, miss call je number dia hahaha ! Since then, contact guna phone, tapi seriously aku takde masa ngan phone. Kan boss train aku buat sales. So aku busy. Aku serious tak pegang phone. Sampai phone aku tinggal kat rumah pun aku wat bodo je. Haha ! Maklum lah dah lama menyingle, so bawak phone ke tak aku dah tak kisah, small matter untuk aku ketika itu. hahahahahaha. Tapi buah hati nak sangat contact aku masa tu, aku pun tak tau kenapa. Aku layan dia nak taknak je, sebab aku BUSY ! Sampai satu masa, kite stop contacting each other. Masa tu aku memang separuh mati training sales ni, so aku memang tak peduli lah orang contact aku ke tak. Dia pun dah stop call aku.. Lama jugak la kitorang tak contact. Tapi sampai satu masa, aku tetiba teringat kat dia, aku nampak kat chatbox aku, dia online. Aku tetiba tergerak hati kacau dia kat chat facebook. Gatal jugak aku kan ? haha. Tapi serious, aku memang niat nak kacau dia je cakap "Hi" kalau dia respon aku cakap "Bye" terus, lepas tu blah. Tapi dia nak sambung chat. Aku pun dah abis training masa tu, nak tido lewat pun takpe masa tu dah. So, aku layan :) 


p/s : Satu je cukuplah kan. Sorry agak blur Haha !

Kitorang of course berkawan dulu lah !!! Tak gelojoh, harus kenal hati budi masing-masing. Serious takde niat nak couple. After a year aku single, aku pun perasan, boleh tahan gak aku menyendiri kan. I can live with or without love. But at least, if I fall in love this time. Just make sure, it's not going to hurt myself anymore. And yes, I fell in love with this guy. Masa tu memang dah texting bunga-bunga, tapi tak declare lagi haha. Buah hati pun nak buat relationship status kat facebook. Tak penting sebenarnya, tapi aku tak kisah :) Asalkan dia happy, itu sudah memadai. He's happy, I'm happier lah. Kan kan kan ? So, June 28th 2013 tarikh keramat hahahahahahhahaha. Alhamdulillah, takde apa-apa yang tidak diingini berlaku. Setakat hal kecik gaduh-gaduh biasa tu memang ada. Sensitivity mesti ada kan. Kalau bawak bincang elok-elok takde ape yang buruk berlaku. Taman aku baru nak tumbuh daun, member aku dah sibuk pasal nasi minyak. Sabar lah weh. Jauh lagi nak sampai nasi minyak tu. Wat sendiri kat rumah, pastu makan sensorang. Kenyang jugak. Haha. Okay lah, anyways

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
Salah silap saya sepanjang tahun ni, mohon maaf
Jika terkasar bahasa blogging, mohon ampun ye.
Typo sememangnya harus. Haha. 
Salam Aidilfitri buat semua pembaca.


Labels: , , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen