Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Memoir One Stop Superstore, Sri Aman 2010-2011
Monday, January 14, 2013 • 10:01 PM • 0 comments


Tetiba nak blogging. Maybe sebab aku terjumpa sesuatu. Sebenarnya, tadi aku dok perhatikan album photo's aku kat laptop. Laptop baru, haruslah aku organize elok-elok. Gambar lama-lama yang meninggalkan kenangan pahit, aku delete lah kan. Yang elok lagi ofkos aku simpan. Then, tengah syok-syok mendelete dan syok sendiri tengok gambar, aku terjumpa SATU gambar Best Friend aku masa kerja kat One Stop Superstore suatu ketika dahulu. Ini dia :


Ye, saya agak kecik kat sini. Skinny bitch ! hahaha ! Tetiba tengok gambar ni muncul, aku terus rindu kat dia. Nama dia Freddy. Ter-flash back pulak masa kerja OSS dulu. Kalau dia ni tak datang/ponteng kerja, sumpah ! Aku boring giler. Sebab masa dia ada die confirm borak-borak, sama-sama mengumpat ngan aku. Takde idea nak borak pun, ada-ada je topik yang dia ni nak bualkan. Kalau part dia nak gurau kasar kat aku, suka hati die je, habiskan kredit aku call wife die. Tapi aku tak kisah. Dah macam abang aku dah. haha ! Walau mamat sewel ni slalu flying kiss kat aku masa aku nak balik kerja. Die tak peduli aku dah ada pakwe ke dah kawin ke. Die buat aku macam orang rumah die. Kalau aku dah elok-elok kemas rambut aku kan, confirm kalau budak ni datang die rosakkan rambut aku balik. Die tak peduli aku kejar die satu kedai, sampai die lari pergi kedai cina kat sebelah pun die boleh, asalkan boleh larikan diri daripada aku. Kadang-kadang kan, kalau die tengok aku marah, die tak mintak maaf. Die akan sedaya upaya buat aku gelak. Memang macam couple, tapi kitorang best friend. Tak lebih daripada itu. Lagi pun, die da kawin. Hok aloh ! Haha. Tak serious, die dah kawin. Tak tau lah nak cakap camana. Die ni memang sporting. Tapi apakan daya, supervisor kitorang tak puas hati. Masa kerja, die pisahkan kitorang supaya tak dekat, tak bergurau senda, tak buat bising, tak main-main masa kerja. Curse you sell fish supervisor.

Aku ingat lagi masa kitorang masih kerja. Supervisor OSS masa tu tak sombong & besar kepala macam tu. Die sangat merendah diri, sangat rajin, sangat baik hati, sangat happy sebab die pekerja biasa macam kitorang. Tapi bila dia naik pangkat jadi Supervisor tu lah perangai die makin lama makin sial. 3 hari pertama die jadi supervisor kalau korang nak tau, die nak suruh Freddy organize stor pun die cakap camni " Freddy, kau organize stor lepas ni eh. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab mengarahkan kau camni ". Die cakap dalam bahasa Iban lah, aku translate untuk korang je. Sampai nak sorry-2 ni. Lepas sebulan, Freddy berhenti kerja sebab minah gedebak ni mengarah-ngarah tak tentu pasal ! Freddy naik gile, tak tahan. Die ambik keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan aku bersama supervisor gila tu. Lepas Freddy berhenti, sangat bosan. Aku hari-hari menatap muka Si penyangak yang menyebabkan best friend aku ni berhenti kerja. Mula-mula okaylah masa aku kerja kat situ. Tapi, lama-kelamaan, supervisor gila ni naik atas kepala aku ! Lepas tu kalau aku taknak dengar cakap die kan, mula lah die nak pulaukan aku. Die wat bodo je. Sebenarnya aku pernah 2 kali cakap kat Manager aku nak berhenti. Tapi manager tak kasi. Lepas tu, supervisor ni manis mulut, text aku, pujuk aku supaya tak quit kerja. Aku punyalah bodoh, termakan jugak kata-kata supervisor gila ni. Aku masih gak kerja sampai hujung bulan Januari kalau tak silap. Haha ! Sebabnya aku berhenti, aku dipulaukan dan dituduh tak buat kerja. Sial punya supervisor ! Kalau aku tak buat kerja, kedai tu macam reban ayam kalau kau nak tau ! Aku harap sangat kau baca entry aku kali ni Pauline Simba ! Biar kau sedar sikit kau tu siapa. Aku tak suka perangai bongkak kau ! Kau lah penyebab Freddy berhenti kerja ! Kau pisahkan kitorang berdua ! Kau tak suka kan, tengok aku rapat ngan Freddy. Tak tak tak, kitorang tak couple, sumpah kitorang Best Friend. Kalau korang kat tempat aku acano ek ?

Aku ada simpan number phone Freddy, tapi kang die tak pakai number ni lagi, acano ? Lagi lah susah aku nak cari budak ni, apatah lagi nak jumpa. Dulu sebelum aku berhenti kerja, die pernah datang balik kat OSS tu, masa tu die masih pakai number yang die kasi tu, so kitorang suruh die datang kedai. Lepak, sebab lama tak jumpa. Masa tu die datang bawak berita yang die dah bercerai ngan wife die. Aku nampak muka die sedih, sebab kitorang tau, die ni sayang and manja kat wife die. Wife die study nursing kat Serian. Bercerai sebab apa aku tak tau. And satu lagi, die bagitau kat kitorang die sekarang (masa tu) dah jadi Askar Wataniah. Masa sampai kedai lepas lama tak jumpa tu, die pakai helmet KHI. Kan helmet tu ade cover. Die dok atas moto, dok perhatikan aku. Aku pun pelik lah kan, apsal mamat ni tengok aku kan. Aku tak selesa, lepas tu die bukak cover helmet die, punyalah aku menjerit happy ! hahah ! Serious, aku rasa nak nangis masa tu, yelah kan. Best friend, lama tak jumpa. Tetiba depan mata. haha ! Mula-mula die berdiri sebelah aku kan, die tak bukak helmet. Aku pun ketuk helmet tu, apsal ta bukak helmet. Die cakap, kang aku gelak kat die. Aku pun blur lah kan. Nak gelak ape, lain lah kalau die wat lawak. Lepas tu die terpaksa bukak helmet. MasyaAllah, gelap semacam kulit die. Lagi gelap dari kulit aku ni ha. Rambut die yang lap top tu ! Ya Allah, nak je aku gelak. Haha ! Tapi memang aku gelak pun. Punyalah banyak cerita. Sampai aku tak terlayan customer. haha ! Sebab tu lah aku suka sangat berkawan ngan die. Sampai sempat mengumpat pasal Pauline nih, lepas tu gelak sampai pecah perut sebab gelak tak keluar suara. Kang gelak jerit-jerit Pauline dengar pulak. Hahaha !


Tapi bila aku tengok gambar ni betul-betul kan, tak sangka pulak aku boleh berkawan dengan budak ni. Aku ingat ni mamat jiwang, rupa-rupa nya satu kepala ngan aku ni. Perangai lebih kurang ni. Jantina je yang lain ! Haha ! Kesitu pulak dah. Betul-betul rindukan die ni. Nak borak lagi ngan die. Aritu masa auntie aku kerja part-time kat OSS tu, auntie aku ada cakap yang Freddy ada pergi sana. Buat apa aku tak tahu lah. Tapi auntie aku cakap, masa Freddy datang tu, Freddy ada tanya aku kat mana. Auntie aku mestilah cakap aku dah berhenti kerja. Lepas tu Freddy cakap camni " Mesti sebab perempuan (supervisor) tu ". My best friend. Memang betul apa yang Freddy cakap. Sebab dulu aku ngan Freddy pernah cakap pasal perubahan Pauline. Kitorang sama-sama tak suka Pauline jadi supervisor. Tapi apakan daya, manager dah naikkan pangkat die. Kepala die pun naik pangkat jugak. Aku dengan Freddy jugak yang jadi mangsa buli si Supervisor berkepala besar tu. Tapi alhamdulillah, kitorang kedua-dua nya dah tak kerja kat situ lagi. Masing-masing bawak haluan sendiri. Aku masa tu sebok dengan Boyfriend keparat aku. Sampai aku sanggup tak contact Freddy sebab boyfriend keparat aku tak kasi. Tuih ! Kalau ku tau kekeparatan mu, tidak ingin ku turut perintah mu ! Bugima ! Haha ! Kalau lah aku tak dengar cakap Boyfriend keparat aku masa tu, mesti aku masih dapat contact Freddy sampai sekarang. Anyone yang dari Sri Aman yang baca blog aku ni, kalau korang tengok muka Freddy ni, kalau korang kenal dia, korang bagitau kat aku ek. Korang inbox Facebook  or direct message kat Twitter aku. Thnaks Freddy, for being my unbiological brother. 

STRANGERS think I'm quiet, MY FRIENDS think I'm out-going, MY BEST FRIENDS knows that I'm completely insane. 


Labels: , , , , , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen