Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Kena Kacau Lagi ?
Thursday, January 24, 2013 • 9:09 PM • 0 comments


Ataupun cuma perasaan aku je? Ke gangguan fikiran ? Ke, aku ni paranoid sangat ? Siapa kacau aku ? Betul ke nak tahu ? Kang aku bagitau korang seriau pulak. Taknak tahu pun, aku kene bagitau. Haha ! Tapi sebelum aku citer, aku nak bagitau yang my mum tak berapa sihat, so aku takyah citer detail sangat lah ye. Nak kene jenguk my mum selalu. Kesian mum. Tu lah kan. Akhir-akhir ni ramai yang sakit. Deman, pening, mual pastu muntah-muntah. Minggu lepas pun aku ada rasa-rasa nak demam. Tapi tak menjadi, maklumlah kerja. Kalau ada rasa nak demam tu, act don't know je. Keluarkan peluh, inshaAllah panas tu lari. Aminn.. So, to my beloved mum, I love You ! 


Okay, aku kena kacau pada tarikh 21 Januari 2013. Siapa kacau ? Jeng jeng jeng. HANTU ! Kat mana ? Kat AVON. Not sure lah, hantu or what. Masa tu orang dok heboh pasal UiTM Lendu. Aku pun tak tau apa yang kecoh sangat pasal UiTM tu masa tu. Kat tempat kerja aku pun tanyalah kat member aku. Diorang pun tak tahu. So, kitorang pun Google lah mana tau ade blog yang dok citer pasal UiTM tu sampai heboh. Bila dah Google, rupa-rupanya ; Ooo, ada gangguan makhluk halus kat UiTM Lendu tu. Not sure betul ke tak. Allah Taala jer yang tahu kebenarannya. Nak link blog tu ? Alaa, sorry kali ni aku tak sharp macam blog-blog lepas. Tak ingat la link die. Korang Google je, UiTM Lendu Berhantu. Hahaha ! Mungkin ade kuar kot. Dahtu, klik la mana-mana blog yang korang interested nak baca. Okay, sambung cerita aku. Lepas je aku baca entry pasal UiTM tu, aku pun naik seram lah. Korang ingat aku ni berani sangat ke ? Serious penakut ! hahaha. Maybe kalau aku dah kawen kang, confirm taknak jauh ngan husben neh. haha. Kesian future husben aku nanti dapat bini penakut nauzubillah macam aku ni kan. Haha !


Dari tadi cakap nak citer ape yang jadi, tak jugak citer. Okay, camni citer die... Pada suatu hari (21 Januari 2013), kitorang keje cam biasa. Hari tu pun okay. Lepas jer baca blog yang berkenaan diatas, fikiran aku ni meracau. Asyik dok fikir pasal hannnnnnntu je. Tengah fikiran aku bercelaru masa tu dok kira stock yang datang, hilang lah sikit perasaan yang dok fikirkan benda tu. Dalam kesibukkan aku, Aifen pun panggil aku, " Noe, You tolong saya ambik bra ni ". Ambik kau, satu list bra dia suruh aku cari, tak banyak dalam 5 jenis bra seingat aku. Whatever, who cares anyway ? Haha ! So, aku pergilah kat stor bra, macam biasa pergi cari and memang takde ingat pasal UiTM tu lah masa tu. Tapi perasaan aku tetiba bagitau, jangan masuk stor tu. Aku pun stop depan pintu stor. Nak pasang mp3. Sebab tak endahkan perasaan susah hati aku tu, aku pun masuk tanpa mp3. Memang sunyi sepi masa tu. Yelah stor bra tu mana ada apa-apa pun, kecuali kotak-kotak bra and bunyi kipas yang memang disediakan dalam stor tu. Masa tu aku rasa dalam pukul 4.30 p.m. Aku pun carilah macam biasa sambil berdehem. Haha ! Aku suka menyanyi untuk hilangkan rasa takut, tapi kali ni aku berdehem je. Tak tahu berdehem ? Hampeh lah kau ! Pergi cari lah. And then selesai cari bra, ada satu jenis panty yang memang takde stock, tapi aku still not sure and aku selongkar kotak panty tu skali lagi untuk kepastian. Lepas selongkar, aku sure panty tu memang takde stock. So, niat aku nak simpan balek lah kotak tu ketempat asal. And then, masa aku nak simpan balik kotak tu, aku diganggu dengan satu hembusan nafas ditelinga kanan aku and pipi kanan aku pun terasa kepanasannya secara tiba-tiba seolah-olah disentuh dengan benda panas. Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Aku pun baling kotak tu dekat rak, and aku lari pecut 100 meter dengan bra and panties tadi. Seriously bila aku sampai kat depan, jantung aku rasa nak pecah ! Aku rasa masa tu muka aku pucat, rasa kaku tubuh aku bila sampai kat depan. Tangan aku menggeletar macam orang sakit parkinson ! Haha ! Seriously aku penakut ! Lemah semangat. Nasib baik aku tak pengsan kat situ. Gile tak takut ! Aku sorang dalam stor tu ! Mana datang boleh dengar nafas orang dihembus kat telinga kanan aku pulak. Seriously memang bunyi " Haahh~" kat telingat aku, aku dengar dengan jelas ! Sumpah ! Aku tak tipu ! Sampai sekarang aku takut nak masuk stor bra tu senseorang. Aku tak citer kat member-member Avon situ agi. Sorang je yang dah tau, Kak Yuliang. Die pun takot masa mula-mula aku citer kat die yang aku kena kacau kat stor tu. Pastu die tak takut dah. Aku je yang masih seriau masuk stor tu, sebab aku yang kene ! Tu dah masuk 2 kali dah aku kene kacau/dengar benda camtu. Aritu kan aku ade citer kat korang kat SINI 

Okay lah. ape-ape pun jadi, Allah je yang tahu. InshaAllah, Die bagi petunjuk. Tapi, harap-harap benda tu tak kacau aku lagi, sebab ; Kenapa aku yang mesti kena kacau dek benda tu ? Ada apa-apa special ke aku ni ? Maybe banyak sangat dosa aku kot, and benda tu nak aku ingat Tuhan selalu. WallahHu Alam. InshaAllah, dengan berkat doa mak dan abah aku, terbuka jugak pntu hati aku ni suatu hari nanti, korang pun doa-doakan lah aku berubah suatu hari nanti. Allah Taala je yang akan balas jasa korang. Terima kasih ye. Korang memang baik. 


Labels: , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen