Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
AKASIA : Setia Hujung Nyawa
Friday, January 11, 2013 • 9:45 PM • 0 comments


SETIA HUJUNG NYAWA


Sape ade tengok ?! Haha ! Aku ade ! Naik ketagih aku tengok drama TV3 kali ni. Aritu aku gile dok tengok drama Julia, kali ni ; Setia Hujung Nyawa. Mula-mula tengok terus jatuh cinta dengan Nelydia Senrose yang muka nya sangat cantik dan berpasangan dengan Amar Ashraf. Kalau nak dibandingkan dengan Emma Maembong, I prefer Nel. Nel ni lebih berbakat. Aku first tengok Nel dalam drama Spa Q. Rindu nak tengok drama tu lagi. Best ! Tapi kite citer pasal Setia Hujung Nyawa ye. 

Biasa lah kan. Dah nama drama, mesti lah ada klimaks yang TOP ! Mula-mula tengok diorang pasangan husband and wife ni, bukan main happy lagi kan. Pepagi buta dah husband die nak bergurau dengan wifey tercinta. Macam real pulak yang orang selalu cakap, bercinta lepas kawin memang best. Diorang lakon nampak betul-betul best. Maklumlah drama tv. Kalau betul-betul tak tau lah bahagia ke tak. Kalau dijamin bahagia aku rela suruh parents aku cari jodoh. Hahaha ! InshaAllah, kerja tuhan. Kita hanya merancang, Allah Taala yang tentukan. Tapi tu lah kan. Nel dengan Amar betul-betul macam husband & wife. Nel pulak manje betul ! Cemburu aku nengok. Maklumlah aku takde yang punya lagi. Still saya bahagia ! Haha ! Betul-betul tau, aku tak tipu, aku memang bahagia. SANGAT ! Pastu kalau korang yang da tengok drama ni perasan kan. Mesti diorang pakai wardrobe yang sepasang warna depa. Suka pulak !!! Dahla Amar pun hengshemmmm sangat ! Mula-mula aku tengok drama tu, aku dok fikir, laki ni belakon dalam drama ape ek. Oh ! Yang drama Dalam Hati Ada Taman. Rambut die je yang new look. Sangat HOT ! Aku suka Amar Ashraf. Hehe. Kalau lah watak yang Amar pegang dalam drama tu jadi husband aku, Ya Allah ; syukur sangat-sangat kalau lelaki macam tu jodoh aku. Amin. Eh, eh. Ape yang aku bebel kan pulak ni ? Kan ? Takpe-takpe. Blogger tegar kan ? Tegar ke ? Boleh jadik lah kan..

Wuw ! Tak sabar tunggu Isnin ni ! Kesian L (watak Nelydia). Tak pasal-pasal si Zain (Amar) ni dera die. Mula-mula aku pun ingat die kene rogol pastu mengandung. Mana tak mengamuk husband die. Sebab diorang tak pernah tidor sebilik. Malam husband dah asah taji jugak lah si wife die ni boleh pulak jatuh tangga, pastu kantoi dah mengandung. Kalau aku kan, aku pun seriau jugak macam L. Mana tak, dah kawin lepas tu baru dapat tahu yang die mengandung. Mak L pun satu. Die dah tahu yang L tu dah mengandung, yang die pergi sembunyikan & tak bagitau kat L buat ape ? Dahtu, terima pulak lamaran mama si Zain. Kesian kat Zain. Kan dah tuduh L sengaja buat die jadi Pak Sanggup. Tapi bila tengok Zain marah-marah kat L, kesian pulak kat L. 90% kesian kat L, 10% lagi kesian kat Zain. Huhu ! Kalau iye pun L buat salah, maafkan je lah kan. Benda dah jadi. Pastu ade pulak batu api, talam 2 3 4 5 6 7 8 1000 muka dalam drama ni. Mestilah ada kan. Kalau tak, tak kemana klimaks nye pun adui ! Si Ady ni ade ati pulak kat wife Zain. Hok aloh ! Nak dijadikan cerita, Ady ni BFF si Zain. Punyalah BFF, sampai si Zain dok cerita kat Ady pasal wife die mengandungkan anak orang. Fuh ! Dah salah tu. Tu masalah rumah tangga kan, takyah lah nak  Jom Heboh kat orang lain. Aku pulak terlebih emo ni apsal ? Korang punya pasal lah ! Haha ! Dah-dah. Kang minggu depan aku update lagi ! haha ! Tunggu episode yang akan datang ye. Sama-sama kita tengok Isnin-Khamis tv3 setiap 7 malam. Tengok jangan tak tengok ye ! 
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan.

Labels: , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen