Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
November - Life as a storekeeper & ★ LT ★
Thursday, November 29, 2012 • 9:18 PM • 0 comments



Tak tau apsal mood nak blogging. Hahaha ! Besok, lusa, nak masuk bulan Disember ! Yahoo ! Akan genaplah 3 bulan aku bekerja di Avon ! Sangat berbangga. Even though ada perselisihan faham sikit dengan manager a.k.a boss punya adik daa. Mana tak geram, almost semua barang dealer die aku yang handle. Asal die tak handle sendirik ! Dahla pemalas nak mampos ! Nak packing barang dealer die sendiri pun nak kena aku jugak yang buat ! Tapi takpe. Aku sabar jer. Tapi ada satu lagi masalah aku keje kat situ. Aku dah nak masuk 3 bulan dah keje kat situ, boss belum nak approve cuti aku ! Argh ! Aku nak gak cuti panjang. Nak cuti ngan family. Tapi kan, kalau aku dapat cuti panjang, pastu abis cuti, confirm aku malas nak masuk keje balik. Macam masa aku kat One Stop dulu. Tapi kat sana lagi lah nak mampos aku keje. Aku dengar One Stop, Sri Aman sekarang dah banyak orang complain. Pekerja die ramai yang tak layan customer, pastu dok gedik-gedik kacau anak bujang orang. Wei, tak malu ke ? Aku pulak yang dapat malu, sebab ada yang ingat aku masih keje kat sana. Memanglah, tapi tu dulu. Dulu aku takde lah nak menggatal kacau mamat-mamat macho yang pegi kat One Stop tu. Aku tau aku perempuan, takkan lah nak tunjok perangai tak tau malu kat orang. Diorang yang dah kena complain pun masih gak cenggitu. Tak tau lah, boss/manager dorang tak ambik tindakan or diorang yang keras kepala. Mintak naik gaji bukan main lagi depa. Aku tau sebab aku pernah keje kat sana. Aku tau perangai dorang. Tambahan ramai pekerja baru. And satu lagi aku dengar. Dorang punya sales girl tu jugak tau nak buat muka masam je. Customer lempar senyuman pun, nak jeling-jeling. Hei, pompuan ! Aku dulu lagi dari engkau keje kat sana, aku tau nak balas senyum customer. Kau kang aku lempar batu, berdarah pulak ! Menyampah pulak aku nak jejak kaki kat sana agi. Tu lah last aku pegi kat kedai tu. Yelah kan, orang dah elok-elok senyum, tak salah kalau balas balik. Bukan aku mintak duit kat kau pun ! Dahla, aku apsal pulak leh cite pasal tempat keje lama ni ? Hahaha ! Salah siapa sekarang ? Huhu. Dah-dah. Aku nak citer sal "member" baru aku sekarang. 

Ai Fen : She's the Boss Assistant. Die ne adik kepada Boss. Nama boss aku David. David abang kepada Ai Fen. Ada faham ? Haha ! Suka-suka nak belitkan cerita. Budak Ai Fen ni suka sangat ambik cuti. Dahla kalau cuti gaji die tetap jalan. Yelahkan, adik boss. Kang kitorang report kat abang die, abang die bukan boleh wat ape pun. Abang die nak sangat marahkan die. Tapi lepas tu, confirm si Ai Fen ne report balik kat mak die. Terpaksa lah abang die tu, wat tak tau je ngan perangai adik die. Abang die tu anak yang taat & setia dengan perintah mama die. So, abang die lebih suka diamkan diri daripada berdarah telinga dengar mak die membebel. Ai Fen dah kawen. 3 orang anak, semua perempuan. Takyah tau, budak lagi. And macam yang aku bagitau tadi. Pompuan ni pemalas ! Nak angkat bontot pegi ambik order dealer sendiri pun nak suroh aku ! Tak kira lah aku tengah makan ke, tengah busy check stock ke, tengah busy post DO ke, memang die wat camni "Nor.. Tolong saya". Hm, memandangkan kau boss aku, aku turut je. Kalau kau pekerja biasa macam pekerja lain, memang aku tak angkat punya kalau penting mana pun dealer kau tu. Aku kerja kerana duit ! Bukan kerana kau. Ada paham ? Lagi, boss aku ne, aku rasa ada masalah sikit kat otak die. Kadang-kadang barang dealer yang die sendiri packing pun, tak ingat. Pastu missed barang dealer, aku pulak yang kena marah. Takkan aku nak biarkan die malukan aku depan customer lain. Aku jawab balik. Pastu korang nak tau, tuan punya badan (dealer) yang berurusan dengan Fen ni tadi tunjuk jari kat Fen  and cakap camni "kamu sendiri yang packing barang saya haritu Fen, bukan die". TU MAKAN DIE ! Malu kan ? Lagi kau, nak malukan aku depan customer. Tu ha, ambik kau. Dealer terhormat & tersayang malukan kau balik. Lain kali, order dealer punya copy tu, simpan leklok ! Jangan salah kan aku ! Selidik betul-betul. Tapi sekarang okay dah die. Tak berapa sangat nak arahkan aku. Tipu much ! hahah ! Tak kisah dah sekarang. Duit ade masyukkkk ! 

Kak Mie & Yu Liang : Kak Mie ni senior store keeper & promoter. Die okay. Yu Liang ni akak aku sorang lagi. She's Chinese. Dorang ni lah member rapat aku sekarang. Kalau sorang takde, sorang lagi ade. Muahahah ! Teman ketawa aku Kak Mie. Aku suka dengar die gelak. Haha ! Kak Yang pulak, teman bertanya. hahah ! Kalau ade benda yang aku tak tau, aku tanya die mesti ada jawapan. haha ! Sangat best ! Lagipun dorang 2 orang ni, lucu gak orang nye. Peramah pulak tu. Macam magnet. Banyak customer suka wat appointment ngan dorang ne. Aku tak tau lah sampai bila aku boleh bertahan keje kat Avon ni. Kalau setahun maybe boleh, tapi kalau seumur hidup ; mampos aku ! Tapi aku harap sesangat aku dapat kerja yang better dari ni. Kalau tak pun, aku still nak sambung study. Nak sangat-sangat sambung study. Haha ! Dah-dah. Lupakan pasal kerja. 

Move on. Aku terpaksa bertahan kerja kat Avon. Salah satu sebab, abah aku tak kasi aku berhenti. & secondly, aku nak pakai duit ! Hope korang tak bengang tengok aku membebel pasal keje kat facebook/twitter. Tu je cara aku lepaskan geram aku. Tak dapat nak bom boss. Kang tak pasal-pasal "You Are Fired !". Taknak aku. Kang mak abah aku jugak yang malu. Dahla mak aku pun member kat Avon. Kalau kat tempat keje lama, takpe lah. Kenal pun idok ngan mak abah aku. Dahla supervisor jahat ! Baru naik pangkat sikit dah besar kepala. Keje malas, tapi mintak naik gaji hebat betul minah tu. Naik menyampah aku ngan die. Seba die lah aku benti keje aritu. Nak sangat aku bengang kan. Ha, ambik kau, aku benti keje, hiduplah kau kat sana ngan pekeje baru kau ! Pastu sekarang, aku dengar, ramai yang benti keje sebab supervisor baru tu, asyik nak marah orang je. Sendiri punya keje tak buat. Asyik nak arahkan orang je. Tak guna punys supervisor. Sedarlah diri sikit ! Kau tu pompuan, aku pompuan, takde makna nye aku nak takut kat kau. Aku makan nasi, kau makan nasi. Bukan kau makan besi. Kalau kau makan besi, baik kau duduk dalam hutan je. Bahaya kalau orang makan besi hidup sama ngan manusia makan nasi. Kalaulah aku membebel pasal die ni, duit gaji die tetiba masuk dalam peti surat aku kat luar tu, Ya Allah.... nak je aku bebel sal die. Hari-hari aku nak maki die. hahaha ! Dahla, onto my next entry. Haha !

Presenting Les Twins, Criminalz Crew

Tumblr_lw8aydpbkd1qlo9qyo2_500_large

Les Twins. Aku suka sangat kat dorang ni ! Dah addict sangat kat depa. Almost semua video dorang aku download. Maklumlah malas tunggu Youtube buffering lama gila ! So better aku download, & aku boleh tengok hari-hari. Tak pernah bosan aku tengok dorang ni. Selalu nya aku akan bosan kalau dah selalu sangat tengok. Les Twins ni aku tengok hari-hari tak pulak bosan. Buat aku semakin syok tengok lagi ade. Aku cuma tau sedikit sebanyak pasal dorang dari wikipedia. Dorang ni asal dari Paris. And yang buat aku ternganga, dorang ada 18 brothers & sisters. And 9 daripada dorang boleh menari, termasuk dorang gak. Yes, aku agak jakun. Sebab aku baru realize yang dorang ni memang dah terkenal since 2009 I guess. Nak tau lebih lanjut, korang just Google It. okay ! It's easy. Easier way is to look up for them in youtube. Better ! Kalau korang betul-betul fans LT, korang takkan bosan tengok video dorang. Macam aku ! Hahaha. Their sick moves makes you wow ! Dengan watak lucu dorang. Afro, TINGGI ! Sexiness dorang, and most adorable thing is that, they love babies. Awwwww~ French dorang. Sangat sempurna ! The best thing is, aku boleh bezakan yang mana abang (Laurent) and yang mana adik (Larry). Huhu ! Nak sangat jadi kawan dorang. Aku tengok video workshop dorang, dorang ni nampak sangatttt friendly. Teringin lah nak tengok dorang depan mata. Aku ni suka sangat mamat yang tinggi-tinggi. Dorang ni jugak terkenal dengan fashion backward pants & black beads. Aku terfikir gak. Selesa pulak dorang ni pakai seluar terbalik ? Kalau aku, memang aku dah terkinja-kinja adjust seluar tu. Haha ! Tapi tu lah. Kadang-kadang, seluar pun boleh pilih owner dorang. Imma let y'guys watch this video. Bye ! 



Thanks for watching ! 

Labels: , , , , , , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen