Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
18th Ramadhan : Shopping Raya
Tuesday, August 7, 2012 • 10:10 PM • 0 comments


Around 2 more weeks and then Raya ! Wehuu ! Hari ahad lepas, aku and family main-main kat Kuching. Aku temankan depa je. Aku takde nak beli baju raya sebab aku dah beli. hueheheh. Tinggal nak pakai je agi. Aku harap raya tahun ni, raya paling best. InshaAllah. Hehehe. Korang pulak, amacam ? (sekarang aku tengah tengok tv, maaflah kalau aku ada merapu sikit. Tak concentrate neh but still, nak jugak blogging.)


Nak kete ni boleh ? hahah ! Parking kat tepi jalan. Cool lah !! Aku relax je jalan-jalan kat sana. Panassssss. Family aku je lah. Dorang puasa, takkan aku nak melantak depan depa. Tapi, kalau setakat minum air mineral tu adelah sikit. Mana tak, sebelum berangkat aku tak makan & tak minum ape-ape pung. Lapar lah jugak. Aku rela tak makan. Kesian dorang. Mula-mula sampai sana, cuaca okay lah jugak. Cerah, tapi panassssss engkauu ! Singgah kat India Street, aku ingatkan nothing special. Bila sampai jejak kaki kat sana, fuhhhh ! Ramai nye manusiaaaaaaa ! "tak betah" aku dok sana lama-lama. Lagi pun, aku tak suka sangat kalau ramai sangat orang. Nak jalan pun susah. Sampai nak terlanggar hidung neh. Terlampau sempit jalan die. Ya Allah, masa jalan tu, dahla orang kanan kiri tak pedulikan orang lain. Kalau boleh, nak je aku pijak-pijak kaki dorang. Apakan daya, kang aku pulak yang kene belasah. hahaha ! Extra lagi, ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Cilakak punya manusia. Nasib baik aku tak lempang. And tak lupe gak. Bau-bauan yang memualkan ! Senak lubang hidung aku..! I just want to get out of there ! Hahahaha ! 


Lepas India Street, singgah Boulevard & then Kuching Sentral. Bila sampai Sentral, punyalah khayal shopping shirts & jeans. Keluar je dari Bangunan Kuching Sentral, mak aiiiiii !! Hujan lebat !! 



Ce korang tengok sign sign kat bawah ni. Benda ni dorang letak atas meja tau. Tengok lah berapa banyak "customer" die. Termasuk aku ! hahahah !



Hahaha ! Someone keeps asking me, taknak ade boyfriend ke ? Sape taknak dik oi ? Aku nak sangat. Cuma sekarang aku, bukan lah nak kata aku anti-lelaki. Aku berkawan. Kalau dah aku berkawan, aku sayang kawan aku & susah untuk aku jatuh hati kat member sendiri. Yep, that someone memang ade. Tapi die kawan aku. Macam lagu Jason Mraz tu, "lucky I'm in love with my own bestfriend.". Kalau aku tak. Aku tak sampai hati nak jatuh hati kat bestfriend sendiri. Nak, tapi tak sampai hati. Ni penyebab die.


Sebab tu lah aku taknak benda ni jadi. Bila dah gadoh, masing-masing taknak tegur, sedangkan dulu berkawan a.k.a Bestfriend nih.. Kalau hubungan berpanjangan alhamdulillah. Kalau tak kesampaian kepanjangan die, ape leh buat. Aku kalau boleh, nak kawan je. Tapi hati mana yang tak ada perasaan suka kalau kawan tu baik kan ? Kalau selalu ditemani die. Best pulak. So, inshaAllah kalau aku dah berpunya, Imma let you know. Okay, bye darlings !!!!


Labels: , , , , , , ,


Family Day
Tuesday, June 26, 2012 • 8:13 PM • 0 comments



Pantai. Tempat yang aku paling suka. Sangat-sangat menenangkan jiwa aku. Kali ni, aku pergi 2 pantai kat Sarawak ni. Bukan tak pernah pergi, cuma pergi untuk kali kedua. Tapi kali ni, pergi dengan family & anak buah kesayangan aku ada sekali (Zaini, Zaim & Juel). Aku malas lah, nak blogging banyak-banyak. Takde benda yang nak story sangat. Kitorang pergi 4 buah kereta. Tak banyak sangat lah. Setakat yang mungkin jer. Mula-mula kitorang gather kat rumah cousin aku dulu. Lepas semua ade, kitorang pergi 1st stop ; Pasir Pandak.






Actually, before kitorang sampai kat sana, weather agak tak best. Hujan rintis-rintis. Nak main kat pantai pun tak syok sebab pasir lembab. So, aku cuma bawak budak main jer. Diorang nak sangat main kat tepi pantai tu. Lepas lepak kat tepi pantai, kitorang singgah kat rumah sepupu Pakcik aku yang dok kat Kampung Pasir Panjang, tepi pantai tu jugak. Beberapa langkah je dari rumah tuh. Fuh, mesti best dok situ. Hari-hari leh hilangkan tension. Mandi pantai ape lagi kan ? Lepas relax and makan-makan kat rumah depa, kitorang sambung pulak journey pegi Damai Beach Resort kat Santubong. Senang je nak locate tempat tu kalu korang nak pergi. Die betul-betul dok depan Kampung Budaya. Aku pernah lah pagi sana, tapi masa tu 2010. PLKN wat lawatan kat Kampung Budaya. Tapi masa tu, Resort ni tak siap agi. Masih dok ketuk-ketuk besi. Hahaha. Resort ni baru je siap. Buat masa sekarang, kitorang boleh masuk sukahati je kat situ. Bukan check-in ye. Dok main-main kat pantai tu je. Seriously, cantik !












Yang last tu favourite aku. hahaha. Anak-anak buah aku berlari bebas ! Aku nak mintak maaf, sebab kualiti gambar die tak best. Aku guna camera handphone je. Kang aku beli dslr, aku capture yang best-best. Hehehe. Yang ni pun best gak ape. Asalkan ado. Gi pun, kalau tengok dalam gambar tak puas kan. Nak puas ? Korang datanglah sendiri kat sini. Baru best. Okaylah. Aku malas nak taip banyak-banyak. Tengoklah sampai puas :)

Labels: , , , ,


2 Jun 2012 - It's A Blast !!
Sunday, June 3, 2012 • 7:21 PM • 0 comments


Hello bloggers yang kurindui selalu. hehehe. Ape korang buat tu ? Dah makan ? Aku baru je santap Mee Sedaap 2 bungkus sorang-sorang. Maklumlah, dari pagi tadi tak makan, nak diet konon nye. hehe. Wah ! Kelmarin aku attend Majlis Perkahwinan cousin aku kat Rebak, Kota Samarahan. Perjalanan agak panjang. And aku takleh nak tido, sebab jalan raya kat Sarawak neh, belum improve agi. Kitorang berangkat dari Sri Aman pukul 5 a.m. Sampai Kuching dalam pukul 8 a.m., drive slowly jer. Kan, dorang tengah Gawaii kat sini, so kitorang nak sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Alhamdulillah, selamat sampai dan pergi.

Rebak ni, dalam area Kota Samarahan kot kalau tak silap aku. Aku ingatkan dekat, rupa-rupa nye, setengah jam baru sampai. Family kitorang follow cousin aku sebab kitorang tak tau jalan nak pergi rumah pengantin tu. Kitorang belah pengantin lelaki, majlis buat kat rumah pengantin perempuan. 



 















Salinan kedua warna purple, aku datang pakai purple ! Weeeeee. Kannn, best sangat-sangat. Tapi kat sana, handphone takde line langsung ! hahaha ! Nak call nak online check-in foursquare pun takleh. Hehe. Aku kalau pergi kat tempat-2 yang aku tak pernah pergi, tak online pun takpe. Seriously aku tak pernah datang Rebak neh. Tapi kan, yang buat aku amazed kat sana, penduduk dia. Best, orang kampung semua datang tolong. Masing-masing bersedekah. Kalau ade ape-ape majlis, mesti dorang sedekah beras, gula, bawang macam-macam lagi lah. Tu semua untuk kenduri ni. Takyah pengantin nak kuarkan duit nak buat majlis ni, orang kampung dah tolong settle semua. Bangga weh. Best tol orang kampung Rebak. Sangat tolong-menolong. Aku suka, tak sangka pulak eh. Sebab kat tempat aku tak camni. Kalau kite wat kenduri, orang kampung datang makan je. Dorang tak, dorang yang datang bawak semua. Kan best kalau semua penduduk kampung camni. Aman sejahtera kan :)

Kelmarin 2 Jun 2012, besties aku baru je lepas bersalin. Die dapat baby girl. Wahh, seriously, baby die comel sesangat. Die cakap, kuar je kepala baby, baby terus nangis, Alhamdulillah. Berat baby 2.8kg. Alhamdulillah. Aku dengar member aku tu story masa die nak bersalin tu, meremang gile bulu roma aku. Harap-harap baby tu jadi anak yang baik. Okay lahh.. Selamat Pengantin baru buat sepupu aku & Happy Birthday buat newborn baby besties aku :) Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Korang pun sama. bye bye.

p/s : sesapa yg pakai follow button jenis INI. Harap maaf ye, saye tak leh nak  follow blog anda atas sebab-sebab tertentu :)


Labels: , , , , , , , , , , , ,


Journey to Kuching
Tuesday, April 3, 2012 • 11:00 AM • 0 comments


Hai korang. Lame dah tunggu aku update blog ? Ni lah aku nak update. Aku hilangkan tension kejap, babtu lah tak update, g pon aku tengah malas nak menaip :face12: Okay, after Birthday Bash aku aritu (bash ape nye, celebrate pun idakkkk), Kelmarin, aku & cousin-2 (Azie & Dedek with friends Azrik & Arwin) aku having a trip to Kuching. Takde ape lah, pergi main-2 jer. Pi anto pakwe/future husband Azie balik umah kat Kuching je. So Dedek ajak aku sekali. Aku tak kisah. So we begin our journey dalam pukul 11.45 pagi cemtu. Kalau tak kerana Si Dedek ambik Ujian Motosikal haritu, pukul 6 pagi agi kitorang dah berangkat. Oke, selalunye kalau journey jaoh-2 cemni, aku confirm tertido dalam kereta punye. Tapi, kali neh pergi dengan orang yang satu geng ngan aku, aku tak rase ngantok langsung, layan lagu yang setab-setub lagi. Kalau sorang yang nyanyi, yang lain pun nyanyi gak. Paham-2 je lah. Oke, aku malaslah nak panjangkan cerita neh. So aku skip terus ke hari kelmarin yer :face40: Takde wat pe pon. Macam biasa aku buat :face71: Relax jer



Oke, fun memang fun lahh. Tapi aku tak tipu lah, dalam perjalanan tuh, aku memang rindu kat parents aku doe. Serba salah pulakkkk pergi mase tuh :face21: Untuk hilangkan perasaan rindu kat someone tu, kitorang main lagu kat hp pastu bluetooth kat ke radio kete :face43: Pastu nyanyi bagai nak rak ! Oke, sampai je kat Kuching ; kitorang singgah kat satu pejabat Penjara Parol kat Kuching, sebab Arwin nak lapor diri kat tuan die. So, we wait dalam kete. Cute siot pejabat tu. Purple :face50: Dah-2 skip. Aku taknak story banyak pasal Penjara neh, tak pasal-2 kang aku kene panggil. Oke, lepas Arwin lapor diri ; kitorang pun jalan-2 pusing Kuching. Tempat yang kitorang belum pernah g agi ; Muara Tebas. Nama nya pernah ku dengar, tapi pergi nye belum. Mula-2 kitorang teragak-agak lah nak naik kat atas tuh, gerun gile aku nengok tangga die. No hal lah. Macam kat Batu Caves lah gak. Tangga die banyak, tapi 10x kurang daripada Batu Caves punya tangga. Aku ingat diorang tak jadi nak naik, lega lah jugak hati neh. Tapi diorang naik gak :face58: Kurus lagi lah aku pasni. Tapi, tak menyesal lah aku naik. Sampai kat atas, view die cantik gile. Tenang dijiwa. Dengan angin yang sepoi-2 bahasa. Indah bena ciptaan Tuhan ;







Stairs die, view die yang cantik. Betul-betul cantik. Tak sangka pulak kitorang bila dah naik kat atas dapat view cantik cemtu. Oke, aku tau tak jelas sebab kitorang masing-2 guna camera handphone. DSLR abeh battery pulok :face56: Tu lah pasal diorang tak bawak. So kitorang pun turun lah dari tempat tuh, mak aii. Naik bukan main lagi lutut neh berkobar-kobar, bila turun tangga, ketaq lutut engkauuuuu :face16: Hati-hati yer. Panas gile bila sampai kat bawah. So kitorang "ngirup" dulu. I mean, minummmmmmmm. Kalau dah dok tepi laut, mesti lah air kelapa kan, jeng jeng jeng :-


Manissssss, Kelapa Pandan kot :face54: ? Takpe lah, asalkan tekak yang kering nih dibasahkan. So kitorang teruskan perjalanan. Kitorang g Kampung Boyan, pastu naik perahu pergi seberang/ Waterfront Kuching. Best der :-





Saje je nak g menyeberang pergi waterfront. Aku sorang ni dah berbelas tahun tak naik sampan since nenek aku tak berkebun kat Kampung seberang di Sri Aman. Kalau tak, takyah aku naik perahu tambang neh. Tu pun cousin yang bayar :face75: Makasiihhhh. Geli lah jugak mase naik tu, mase pergi aku tak geli, bila balik ke Kampung Boyan tuh yang buat aku geli. Banyak gile doe uncle-uncle yang masok. Diorang pun dari Semenanjung. Ya Allah, macam nak tergolek sampan tuh masa kitorang keluar. Goosebumps ape agi. Aku skip story ek, aku rase cam panjang jer entry aku neh. Nanti korang taknak bace pulok. Lepas tuh, kitorang pergi jalan-2 Bandaraya Kuching, then sebelum balek, kitorang g The Spring. Saje jer, jenjalan nengok harta :face56: Kitorang pergi The Spring pun pergi Big Apple Donuts jer.


Lepas mengisi perut, kitorang pun balek. Aku rasa dalam pukul 8 lalu cemtu lahhhh kitorang balek dari Kuching ke Sri Aman. Sampai Sri Aman, dalam pukul 11 lebih kot :face50: Argh ! Seronok nyer. Gile tak seronok. Best gile gile giler derrrrrrrrrrrrrrrr. Korang yang tak pernah nak pergi Kuching tu, pergi lah. Aku yang dah beratus-ratus kali pergi neh nak pergi agi. InshaAllah lah, kalau ade rezeki lebih aku pergi tempat korang pulak :face64:

:face62:

Labels: , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen