Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Saya Sudah Bertunang !
Sunday, December 28, 2014 • 8:26 PM • 2 comments



I am now officially engaged ! Pada tarikh 27 Disember 2014 bersamaan dengan 5 Rabiulawal 1436h, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar, Alhamdulillah !! Syukur sesangat. One step closer lagi nak pergi stage yang seterusnya. Inn Shaa Allah, lambat laun, pejam celik kami akan bergelar pasangan suami isteri. Doakan kebahagiaan kami jugak ye. (Tak malu nak orang doakan. Doa pun kan satu sedekah.)
Eventhough, masa majlis tu berlangsung hujan turun agak lebat. Mana tak nye, jiran yang tinggal tak jauh dari kawasan tempat tinggal aku tu ada orang wat majlis kahwin. Ape lagi, karaoke lah jawabnya, daripada malam sampai siang. Tapi tak salahkan diorang lah. Aku melawak je. Nak wat macam mana kalau hari nak hujan. Hujan tu kan rahmat. Tak lah cuaca panas sangat. Majlis pun went well. Pagi tu, rombongan lelaki berangkat dari Saratok (Probably 2 hours dari Sri Aman), pukul 11 pagi camtu. Pukul 1.30 tengah hari macam tu kot diorang dah sampai Sri Aman. Hujan kat area Betong (1/2 hours dari Sri Aman) yang melambatkan sikit perjalanan diorang. Masa tu kat Sri Aman tak hujan lagi, tapi cuaca memang dah gelap. Ape lagi, sekejap lepas tu terus hujan. Nasib baik takda angin ribut. Kalau tak, memang tumbang terbang lah kanopi-kanopi kat luar haha ! Masa rombongan lelaki sampai pun memang hujan tengah turun. Nak taknak, bila hujan dah reda sikit, rombongan lelaki pun redah je hujan dengan 5 buah kereta sampai kerumah aku. Majlis yang sepatutnya mula pukul 2 petang, terpaksa start pukul 2.30 petang sebab tunggu hujan reda. Aku kat rumah tunggu dengan hati yang berdebar-debar. Nervous giler kau nak jumpa & nak tunjuk muka dekat rombongan lelaki yang semestinya ahli keluar bakal tunang aku hehehe.


Macam yang aku cakap tadi, everything went well. Happy sesangat. Ape lagi bila tunang puji pelamin tu cantik. Simple, sweet and just nice. Alhamdulillah !! Actually, pelamin ni aku tengok kat internet. Nak buat sendiri aku takde material, takde talent nak wat. So aku hire sorang wedding planner yang memang asal orang Sri Aman, and he's good dalam deco pelamin orang yang berkahwin/bertunang ni. Memang tiru internet, cuma abang tu ubah warna and material die sikit. Takkan nak 100% sama macam yang dalam internet. Masa die pasang ni kat rumah, aku takde kat rumah. So kakak & mak aku lah yang layan diorang. Nasib baik die kenal ngan kakak aku. Tak lah kekok sangat dia dirikan pelamin tu kat rumah kan. Aku terpaksa kerja halfday haritu. Sebab takde orang tolong akak boutique assistant kat boutique. Aku kerja halfday sebab tunggu sorang lagi amoi datang. Amoi tu datang, aku bolehla balik. Bila balik rumah, pelamin dah siap. Ya Allah, cantik ! Suka sangat ! Simple sebab sesuai untuk majlis pertunangan.



Makeup and hairdo done by Irene Bridal, Sri Aman. Seriously aku cakap, Cukup puas hati ! Mula-mula dia touch up, aku susah hati sebab takut, makeup yang dia buat tak matching dengan warna kulit aku yang gelap dan berbekas jerawat ni. Tapi pelikla kalau ada salun tapi tak pandai mix & match colors. Dan tengok lah, hasilnya. Jerawat & acne scars aku langsung tak nampak ! Flawless kan ? Memang skill si Irene ni, tip top. Saya kasi 4.5 bintang ! Tunang pun puji cantik. Wah, besarnye bunga kat hati kite *kelip-kelip mata*. hehehe Sape tak suka bila kena puji. Lebih-lebih lagi kalau si tunang/bakal suami puji. Alhamdulillah. Masa tak mekap tak cantik kan ? Huhu *nangis sambil lari*. Masa Irene dok makeup and buat rambut aku, asyik-asyik puji. Bulu mata aku cantik sebab lebat and lentik and panjang. Rambut aku hitam pekat and tebal. Muka aku macam hindustan. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak. Semua tuhan bagi aku pinjam. Cuma aku mintak tolong Irene tu cantikkan lagi sikit lah kan. Takkan aku nak nampak pale masa majlis pertunangan aku sendiri. Kalau majlis orang lain takpe lah. Aku boleh makeup sendiri. Tapi tak sehebat Irene. Bayar mahal sikit pun Alhamdulillah, berbaloi dengan hasil yang die bagi kat aku. Suka sangat-sangat. Thank you for making me look prettier and flawless dear Irene Bridal. Kahwin nanti nak makeup and buat rambut kat situ lagi. Hehe.








                      


     

     

Masa duduk kat atas pelamin tu, punya lah aku malu dan sedikit gementar. Mana tak nye, all eyes on me. Sepupu sepapat, pakcik makcik tunang aku masa tu semua tengok aku. Haha. Tunang hantar 7 dulang, aku balas balik 9 dulang. And aku add on extra 2 barang, as a gift untuk family tunang. Masa sarungkan cincin tu hatiku berbunga-bunga sebab cincin seriously cantik giler !! Pandai Encik Tunang pilih. Size tak kecik tak besar, just nice. betul-betul ngam dengan jari manis ni. hehe. So, ni lahSedikit sebanyak gambar yang akan dijadikan memori manis sekali seumur hidup, that is getting engaged to a guy named Aqmar Shahzada bin Rajali. 2 tahun berkawan, dan setahun bercinta, kitorang berdua ready nak pergi ke peringkat seterusnya. Inn Shaa Allah kalau takde aral melintang, kitorang bakal mendirikan rumah tangga that is, berkahwin setahun selepas pertunangan ni. 


dear Encik tunang, Aqmar Shahzada bin Rajali, a warm welcome from my family. I love you as much as you love me. And now, I love you even more than before. Much more love from me to you. Hoping you'll become a better person in the future to me and to your kids. Help me and guide me in everything I do. And please sayang, I want you to take a really good care of our relationship, no matter what. Another step awaits. We're one step closer to marriage. Inn Shaa Allah soon. Alhamdulillah, I fell in love with you, and I'm so happy that we're engaged now. And I hope you do too. I love you Gedeng :) You're the best !


Labels: , , , , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen