Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Jerawat Musuh Utama !!
Wednesday, August 20, 2014 • 12:28 PM • 0 comments


*PERINGATAN KERAS : Entri aku kali ini bukanlah nak mengaibkan mana-mana produk kecantikkan.*

Bila aku cakap pasal jerawat ni, dari dulu lagi muka aku ni memang dah berjerawat. Tapi tak seteruk sekarang ni. Aku ni sebenarnya jenis yang berani mencuba. Tak salah mencuba kalau nak tahu. Lebih-lebih lagi pasal kecantikkan. Perempuan mana yang tak nak cantik kan ? Dulu jerawat aku kecil-kecil je, comel-comel belaka. Pori-pori aku pun malu nak terbukak luas macam sekarang. Blackheads pun susah nak nampak !! Tu dulu, masa aku pakai Cream Collagen Vitamin E Plus. Aku guna dalam awal tahun 2013. Sebelum aku pakai cream tu pun memang jerawat aku agak visible lah jugak, yelah kan usia semakin meningkat, hormon pun tengah aktif kot. Tu lah pasal. Oleh kerana nak lebih cantik, member pun recommend lah cream collagen tu. Aku tengok testimoni masa pakai semua elok-elok, bersinar-sinar je muka diorang bila pakai. Jerawat pun takut nak naik timbul. 


Collagen Plus Vitamin E A.K.A. CPVE. Ni lah produk yang aku pakai, yang tengah hangat dipasaran. First time aku beli 1 set (Soap, Day & Night Cream) ni dengan harga RM35. Harga mati tu. Minggu pertama aku pakai memang dah nampak perubahan. I am working as a boutique assistant kat Butik Kecantikkan Avon dekat hometown aku. Duduk kat kaunter, bila customer masuk, diorang pun tegur. Antara teguran yang aku dapat :- 

"Kenapa aku tengok kau makin cantik ?" 
"Aku tengok semakin hari kulit kau ni makin bersinar-sinar."
"You pakai produk yang mana ?"
"Kulit kau makin cerah lah Noor."
"Eh, jerawat kau dah kuranglah."
"Jealousnya aku, aku nak pakai produk yang kau pakai."
"Morning, amoi cantik yang semakin cantik."

And banyak lagi you all !!!! Untuk orang yang memang mempunyai masalah kulit dan bekulit hitam manis macam aku, memang kembang setaman la lubang hidung aku bila orang puji aku macam tu. Punyalah bangga aku pun cakaplah aku guna CPVE tu. In one month, fuyooh kulit aku gila punya flawless ! Semakin cerah day by day. Jerawat memang ada timbul. Tapi cute-cute semuanya. Harini jerawat timbul, cuci guna sabun dia, pastu apply day cream pagi before pergi kerja and then apply night cream before tidur. Bangun je besok pagi, jerawat dah kecut dah ! Amazing ! Aku dah habis pakai 3 set. Dan masuk set ke 4, aku pun terdengar desas-desus tentang produk ni ada yang tiruan. Aku beli harga permulaan RM35 lepas tu, aku boleh beli dengan harga yang lebih murah RM20. Around April 2014 aku stop guna CPVE ni. Why, let me show you why. 


Sila klik gambar untuk tumbesaran. Yang kat atas ni cakap, krim yang berminyak tu adalah original. Yang kat bawah ni pulak cakap yang berminyak tu bukan original. Macam mana aku nak decide which one is real ?? OMAIGOD. 


And lagi aku search punya search kat google and buat aku terkejut beruk, dia punya krim malam, mengandungi MERCURY. Korang tahu apa itu mercury ?? Boleh KLIK SINI !!!!. Serious, aku tak tipu. Aku pernah terbeli produk tiruan ni. So, aku buang and beli yang baru. Before buat payment, aku mintak izin penjual nak bukak and tengok cream tu dulu. Bila dah sure okay, barulah aku beli. Mahal pun mahal lah, asalkan original. Taknak beli online sebab aku tak boleh nak bukak and tengok dulu walaupun murah. Nak taknak aku beli kat butik yang menjual barangan kecantikkan kat hometown aku ni. Bila dah senang hati tahu bezakan yang tiruan and original. Timbul pulak satu lagi kes yang menyatakan bahawa CPVE tu takde kelulusan KKM yang sah. Yang tu buat aku naik sawan. Aku pun decide, apa kata aku stop je pakai CPVE ni. And guess what ? Ini testimoni aku sendiri selepas aku guna CPVE dalam masa setahun, and aku stop atas sebab-sebab yang telah dinyatakan tadi.

*AMARAN KERAS: Anda berkemungkinan muntah hijau.*


Ew !! sangat disgusting kan ?? Inilah yang dikatakan SIDE EFFECTS. Aku pun geli-geleman tengok. Sebagai seorang boutique assistant kat Avon tu, aku malu tengok muka sendiri nak serve customer yang nak beli Avon Skincare. Aku takde confident nak recommend kat orang. Yelahkan, muka sendiri hancus macam ni nak recommend kat orang pulak. And now, ramai yang tegur. Kawan-kawan, customer, family, and even my boss kat tempat kerja pun tegur !! Antara teguran yang aku terima :-

"Banyak jerawat kau sekarang."
"Dulu muka kau okay je. Apesal sekarang jadi macam ni."
"What happened Noor ? Your face is getting worst day by day."
"Pakai produk apa sampai teruk macam ni."
"Muka kau makin teruk lah beb. Aku rasa elok kau pergi cek."
"You need help."

Ya Allah, dulu kembang hidung bila orang puji, sekarang aku dah taknak bernafas !! Dalam masa setahun aku pakai produk ni, bila aku stop, muka aku jadi macam ni. Ni lah side effects yang paling teruk aku dapat bila cuba sesuatu produk. Tu lah kan, kalau dah berani sangat. And, setahu aku, bukan aku sahaja yang mengalami masalah macam ni bila stop pakai CPVE. Pick any of these. And you guys will know. 



Ni testimoni kesan penggunaan CPVE yang aku search kat Google. Macam mana aku tak cemburu and teringin nak cuba produk tu. Tapi, tak fikir side effect sebelum cuba. Kenapalah dari mula lagi aku taknak buat research eh. Menyesal tak sudah aku sekarang ni. Sedih tengok muka sendiri. Dulu pun aku berjerawat, tapi taklah seteruk macam yang sekarang ni. Ya Allah, malunya bila orang tengok. Nasib baik Encik Boyfie faham. Yelahkan, kite cantikkan diri untuk orang tersayang jugak. Dah nama pun perempuan, semua perempuan nak cantik. Dah cantik pun nak lagi cantik. Entri aku kali ni bukanlah nak mengaibkan produk CPVE ni, and bukanlah niat aku nak takutkan pengguna CPVE ni. Aku stop pakai dan aku terus buang Set CPVE ni sebagai langkah berjaga-jaga. Aku harap, kulit aku kembali normal dalam masa terdekat. And aku rasa aku perlu jumpa dermatologist pasal ni. Pakar kulit yang boleh bantu aku, sebab jerawat aku tak berkurangan malahan semakin bertambah dan semakin teruk. Kulit aku pun semakin kusam. Lebih gelap and lebih berminyak. Sebelum aku habiskan entri aku kali ni, aku minta maaf entri kali ni agak panjang lebar. dan jikalau entri aku kali ni, mengecilkan hati mana-mana pihak, sekali lagi, saya susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya. 


Labels: , , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen