Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Hari Raya Aidilfitri 2012 (Episod I)
Tuesday, September 4, 2012 • 9:18 PM • 0 comments






Okay, hi dan hello. Salam dah ucap. lol. Lama tak update kan ? how's your Raya ? Okay ? Gegar tak ? Elok lah kalau gegar, yang sederhana pun kira Alhamdulillah. Sama lah kite. Bersederhana lebih elok. Setahu aku, raya tak habis lagi kan ? Jadi, tak salah la aku blogging pasal raya. hehe. Maklumlah, akhir ni aku agak busy. Online tapi, takde masa nak blogging. Entry raya aku kali ni, aku terpaksa wat beberapa episod lah ye.. Teehee.. Harap tidak mengapa lah ye.

19 Ogos 2012/1 Syawal 1433h - Hari Raya Aidilfitri

 Hari Raya pertama macam biasa, bersalam-salaman, bermaaf-maafan ngan family lah kan. Nothing special gak lah 1st raya tu. As usual lah katakan. Family kitorang taklah sebesar mana pun. Takde foto pun. Betul-betul macam biasa. Tapi, abah cakap. InshaAllah tahun depan kitorang beraya kat Kelantan, tu pun kalau ade rezeki. Aku teringin sangat nak beraya kat sana. Tapi bila tanya ngan cousin aku kat sana, depa cakap Ramadhan lagi meriah daripada Syawal. Tu lah yang syok sangat tu. Aku harap murah lah rezeki kitorang tahun depan kan. Nak jugak beraya with my nenek kat sana. Seriously aku tak pernah rasa macam mana keadaan puasa & raya kat sana. Sebab family abah aku kat sana banyak woh ! Adik-beradik abah dah 11 orang. Anak-anak dorang pulak. Sepupu tuuuu. Hahaha. Teringin sesangat nak beraya ngan dorang. Korang tolonglah doa-doakan yer. Anyway, Raya kat sini (Sarawak) masih menyeronokkan. Ini dia, show & tell time, or should I call SHOW OFF. Haha. Raya pertama berbaju Kelabu :)

20 Ogos 2012/2 Syawal 1433h

Kitorang beraya ke Kampung Lingga. Fuyoo. Kuat mencabar perjalanan kesana. Macam yang pernah aku ceritakan aritu. Tapi kali ni, keadaan jalan raya lebih okay lah dari yang lepas. Ade lah dorang turap sikit-sikit jalan tu dengan batu-batu kecil. But still, melambatkan perjalanan kesana adalah jalan raya depa. Kitorang pergi denga 2 buah kereta je. Family uncle & family aku sendiri. Nak jugak bawak 3 buah kereta, keadaan jalan raya tidak mengizinkan. Sebab kereta yang lagi sebuah agak rendah tidak dibenarkan. Huahuahua. And ade satu lagi yang menyeronokkan kat sana. Dah disediakan wifi ! Omaigad ! Rumah makcik aku ni, betul-betul belakang rumah dorang dirikan tiang wifi tu. Aku ape lagi, online memanjang. Muehehehe. Okay, bah. Malaslah nak cerita panjang. Nak kasi korang tengoklah ye, raya kat "KL". hahaha. Oh ya, saya berbaju Jingga untuk raya kedua :)







Lepas makan tengah hari, kitorang pun balik ke Sri Aman. On the way balik tu, tetiba pulak hujan turun.. Hampeh, memang tak syok lah kalau jalan tak rata, bertanah, berlubang sana sini masa hujan.. Nak tengok jalan pun susah. tapi Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dan yang penting, selamat sampai. Okay, raya ketiga aku sambung besok lah ye. Harap bersabar sebab aku tak ade masa sangat nak blogging ni, busy sikit kebelakangan ni ;) xoxo


Labels: , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen