Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Hantu ?
Thursday, April 26, 2012 • 1:07 PM • 0 comments





Hai ! Dah tengok tajuk die kan ? Mesti nak tahu cerita pulak. Okay, last nite aku ada satu pengalaman yang sedikit mengerikan. Benda ni tak pernah terjadi kat aku. But malam tadi, it happened dawg ! But I'ma make it quick. Sebab aku tak suka cerita benda seram ni. Aku geli lagi nih.

Okay, macam biasa. Malam-malam aku ni memang susah sikit nak tidur. Aku tak pernah tidur sebelum pukul 10 p.m. Aku selalu sangat tidur lewat. Kebelakangan ni, aku selalu tidur dalam pukul 12 tengah malam cemtu. Sebab aku addict dengan youtube dah sekarang. Last night aku layan The Jerry Springer Show. Rancangan ni pelik tau. Nak kata acting, nampak macam real. Nak kata real, nampak pulak macam acting. Tapi seriously lah, rancangan ni aku pernah dengar dulu, tapi aku baru tengok. Teehee. Tapi memang pelik lah rancangan tu. Macam-macam ada ; straight, bi-sexual, transexual, gay, lesbian huh ! Puas gelak tengok diorang gadoh dawg ! YOLO !! Aku bukan nak story pasal rancangan tu sebenar nye. Disebalik cerita tu lah aku khayal dengan online aku sampai tak tengok jam. Masa aku layan gelak terbahak-bahak sorang diri gelap gelita dalam bilik, aku tengok jam " Wah ! pukul 12 lalu dah !? Nak tidur lah ". Ha'ah, mulut je cakap nak tidur. Aku shutdown laptop, then baring atas katil, pejam mata. TAPI ! Aku tak tidur lagi tau. Aku tak leh tidur lah. Laptop tu macam memanggil-manggil suruh aku sambung online sampai ngantok. Tapi nak tunggu die on, lame pulak kan. So, aku tak jadi tidur, & aku ambik handphone lepas tu aku layan games kat handphone. ( masih atas katil tuh )

Korang tau tak games dalam Nokia C3-00 ? Alaaa, game Diamond Rush tu. Dulu ex-balak aku cakap nak habiskan game tu untuk aku, tapi setengah jalan. Tak sempat habis game, kitorang yang habis dulu. Teehee ! Aku pun tengok cam syok jer game tu kan, sebelum ni aku tak sentuh game Diamond Rush tu, tetiba pulak aku tergerak hati nak try main. Okay-okay, aku skip je lah ek. Sebab lepas ni, aku ade keje nak wat. Aku main game tu sampai aku tak leh nak stop, mata aku pun semakin active ! Alamak ! Tak tidur lah aku nampak nye. But it doesn't end there. Masa aku tengah syok tu lahhhhhh, aku terdengar bunyi pelek ! ( naik bulu roma aku dawg ! ) Mula-mula aku terdengar bunyi tu aku wat dek jer. Aku ingat kakak aku yang tidur kat sebelah aku tu yang berdengkur. Bila aku light up kat muka dia yang tengah tidur tu, takde pulak. Aku wat dek je lah. Aku sambung main game aku. Then, bunyi tu kedengaran lagi. Aku pun naik seram sebab bunyi macam bunyi budak perempuan dok menghela nafas masa nangis. Bulu roma aku menegak untuk kali kedua. Again, aku wat dek. Aku anggap tak bunyi lagi. But kali ketiga, bunyi tu aku dengar lagi and the seram part is, bunyi tu macam semakin dekat. Seriau aku ! Aku tutup games, locked phone, aku ambik bantal letak kat telinga so that aku tak dengar bunyi tu agi. Tapi aku tak tidur agi. Mata aku masih dok kelip-kelip dalam kegelapan. Bunyi tu dah tak kedengaran lagi, aku pun alihkan bantal tu, aku peluk and aku terus tertidur. Teehee. Penakut kan aku ? Mane tak nye, aku geli lah bila terdengar benda yang pelik-pelik pukul 2.37 pagi ! Sebelum ni aku pernah gak tidur pukul 4 a.m. takde dengar benda camtu, sebab aku pakai headphones and main lagu kuat-kuat kat laptop. Mana nak dengar. Malas lah aku nak stay awake sampai pagi agi lepas ni. Geli dawg !! Pagi tadi aku bangun tidur pun insecure pulak rasa nya ! Bukak je mata, terus bangkit dari katil and mandi. Bunyi kucing aku dok main kat ruang tamu pun aku cepat-cepat lari. So, apa yang aku masih nak tahu sekarang ni, adakah apa yang aku dengar semalam cuma, gangguan orang yang tak dapat tidur, atau HANTU ?? Teehee. Hanya Tuhan yang tahu, sepatutnya kita jangan takut, mereka ciptaan Tuhan. apa-apa pun lepas ni, YOLO !! Okay lah, setakat ni je lah ye. Bye~

Labels: , , , , , , ,


DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen