Status
Do follow my ig @noreenmuhammys :)
Mrs Noreen
Akhirnya, Kami Kahwin !!
Tuesday, July 19, 2016 • 4:18 PM • 1 comments

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA !


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku kini sudah pun bergelar isteri, isteri yang sah kepada suamiku; Aqmar Shahzada bin Rajali. Menitis air mata ayahanda dan bonda melepaskan tanggungjawab mereka terhadap anakanda bongsu mereka kepada suaminya. Berat hati ayahanda ketika melepaskan tanggungjawab tersebut. Anakanda tidak tertahan dihati lalu air mata membanjiri pipi. Ewahhhhhhh !!!!!! Macam novelis pulok ! hahaha. Tapi seriously, memang banjir nangis. Makeup dah cantik-cantik pun boleh luntur. Kesian abah, anak-anak perempuan dia dah bukan tanggungjawab dia lagi. Dah jadi tanggungjawab suami masing-masing. Lepasni abah dah tak jaga dah. Makan minum abah, mak, tak tanggung dah. Pakaian, dan keperluan diri memasing abah, mak, pun tak tanggung dah. DOSA pun abah, mak, tak tanggung.Semua laki kami yang tanggung. Apa-apa jadi pahni, semua laki kami yang tanggung. Nama pun dah suami isteri. Dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, walaupun pada hari yang sama, ada banyak majlis yang berlangsung. Kat area Kampung Muhibbah tu pun, ada 2 majlis. Dahla sampa kampung. Jadi jiran-jiran sekampung, gilir-gilir lah g majlis kenduri kahwin 12/03 tu. Hahaha. Takyah masak pun takpe, Gi Kenduri, dapat makan free. Kenyang tak gitu.

10 Mac 2016

2 hari sebelum majlis, lutut aku semakin terketar-ketar. Harini, Bobby Weddings & Bahran Couture sampai kerumah sebab nak pasang pelamin. Terpaksa pasang 2 hari sebelum, sebab Abang Bobby masa tu banyak sangat job. Maklumlah, masa tu cuti sekolah. Jadi ramailah yang berebut-rebut nak kahwin, termasuk aku. Hehe. Baju pengantin pun dah siap malam tu jugak. Dah siap iron terus Abang Bobby hantar kerumah. Alhamdulillah, sesimple dan secantik yang ku mahu. Tak over sangat, tapi elegan. Menepati citarasaku yang cerewet ini. Nak yang macam itu, macam ini. Dahla plan last minutes. Terpaksa gak Abang Bobby turutkan kehendak kita ni. Bukan ape, haritu kitorang plan kahwin hujung tahun 2015, lepas cun setahun bertunang. Tapi mertua aku cakap mintak tolong postpone ke awal tahun depan, that is around February (masa cuti Tahun Baru Cina), sebab tunggu kakak mak mertua kami balik dari oversea dengan anak dia. Dia dah lama tak balik, lagipun dia tak pernah tengok macam mana orang Islam/Melayu kahwin. Jadi dia nak tengok lah adat kita kahwin. Dan kebetulan jugak, sepupu aku yang bertunang seminggu sebelum aku bertunang 2 tahun lepas nak melangsungkan majlis perkahwinan dia pada bulan February tu (tarikh yang sama aku & suami nak masatu, 6 February 2016). Jadi aku terpaksa akur, dan berundur. Aku turutkan je lah kehendak mertua masa tu. Lagipun bagi chance kat cousin untuk majlis dia didahulukan.
Majlis berinai pun sama, terpaksa diinai 2 hari lebih awal. Sebab orang yang inaikan aku tu, dah kena booked sebelum aku. Tapi alhamdulillah, aku sempat booked dia untuk inai aku. 2 hari awal pun awal lah. I don't mind. Pun, aku cerewet. Aku kan jenis yang cepat rambang mata kalau tengok benda-benda cantik ni. Jadi sis ni suruh aku pilih design henna yang macam mana aku nak tu. Aku pilih banyak sangat yang cantik, jadi aku bagi je kat sis tu dulu untuk dia tengok, boleh ke tak dia buat design yang aku nak. Majlis makin hampir, aku pun decide satu design tu, BAPAK CANTIK !! Dan pelamin. Ya Allah, tersangat cantik !! Aku tak tahu nak cakap apa kat korang, bagi aku, pelamin yang Bobby Weddings & Bahran Couture buat, terlalu sangat perfect. Aku takleh describe. family & friends semua suka. Non-stop diorang gambar. Terharu aku.

NM

NM

Noreen MuhammysNM


NM


11 Mac 2016

Sehari lagi majlis akan berlangsug, aku pun tak senang duduk. Nak buat itu, nak buat ini. Nak hilangkan darah gemuruh, Disebabkan tangan dan kaki aku dah dihiasi inai. Nak mandi pun pakai glove plastic yang pakai buang tu, Haha. Tu lah, awal sangat kena inai. Tu pun faded jugak warna dia, Harini aku terpaksa susahkan cousin aku untuk terangkan inai aku kat tangan tu.Warna dia pudar sebab cuci pinggan. Masa tu lah kawan-kawan, sepupu sepapat cakap, nak kahwin ni lah kena jadi permaisuri. Biar orang buat. Kita nak jadi pengantin jangan buat kerja sangat. Tapi aku takkan lah nak relax je. Orang lain jadi pengantin jugak, takdelah sampai tak buat kerja rumah. Dah pasang PA System apa semua, Family & kawan-kawan suami pun sampai Sri Aman & bermalam kat rumah diorang kat Azba, Malam tu, suami, kawan-kawan suami dengan adik-beradik suami datang kerumah. PA dah pasang apa lagi, karok lah kau ! Hahaha. It was fun tho. Alhamdulillah, semua had fun. Dah nak midnight semua pun stop. Balik. & tidur. Big day tomorrow. Taknak sengkang mata. Selalunya, kalau nak kahwin, orang susah nak tidur. Kanan salah, kiri salah. Berdiri, duduk salah, lari salah, jalan salah. Makan salah, minum salah. Tapi aku tak, aku relax je. Cool je. Tidur pun pejam mata terus lelap. Letih kot. Hahaha. Tapi bila pagi, aku tak tentu pasal. Kelam kabut. Masuk bilik ni, keluar bilik tu. Naik gila aku. Haha

12 Mac 2016

Cuaca elok, Alhadulillah. Pagi tu, kul 5.30am aku dah bangun. Tapi, masih baring lagi. Dalam kepala otak aku duk fikir. "Betul ke aku dah nak kahwin harini. Means, lepas ni aku dah tak duk rumah ni selalu. Aku akan berjauhan dari mak abah lah lepas ni. Pagi tu aku tunggu MUA datang kerumah. And thank god, she arrived with her assistant. Soft makeup untuk akad nikah, sangat soft. Cousins cakap muka aku berubah hahaha. Aku suka makeup dia, cantik dan kemas.

 
Highlights on point. So very the Kajol ! I love !


Ni je gambar makeup sanding paling dekat yang aku ade. Not too much, not too little. Seperti yang ku mahukan. Alhamdulillah. Makeup sis tu kemas, dan tak over. Aku pilih warna nude ni sebab warna dia elegan, seelegan design pelamin yang aku nak. Baju pengantin pun tak over sangat dengan labuci labuca labucu bagai. Aku nak yang fully laced sebenarnya, tapi it's out of our budget. So, we stick with the simplest design yet sedap mata memandang. Kitorang kahwin takde nak mewah-mewah. Camera man pun cousin kitorang sendiri yang gambar, selebihnya phone sekarang dah canggih kot. Kualiti gambar pun lebih kurang je. Huhu.

     


Haaaa, takkan pernah miss orang-orang kanan aku yang kuat dua orang ni. Makcik sedara dan kakak aku sendiri. Always by my side, sampai bila-bila. Nak mengadu, nak menyampah kat orang kat diorang ni lah tempat meluah segala. hahaha. Ni, aku post a few je gambar untuk tatapan bersama. A few je tau. Maaf la kalau ada sape-sape yang terlibat, tapi muka takde dalam ni. Lambat gile loading gambar, size takdelah besar mana pun. Haha













Setakat ni gambar-gambar untuk persandingan/majlis kami diSri Aman ye. Ni pulak, a few photos of our weddings held in Saratok pulak.. 19 Mac 2016, Saratok.











Kat Sri Aman, member aku yang ramai datang. Kat Saratok, member suami pulak yang ramai. Fair & square. Kalau takde kengkawan tak best pulak. Kawan-kawan suami siap kidnapped suami lagi ajak suami karok. Habis je majlis bersanding, pastu makan beradab, pastu bergambar ape semua, member suami tarik suami karok gila-gila punya. Aku dah keletihan, tak larat. 12 Mac kat Sri Aman, seminggu lepas tu, that is 19 Mac kat Saratok pulak. Aku rasa lega sangat-sangat bila majlis dah tamat. Lepas kahwin je, aku pun demam. Macam yang kakak aku pernah cakap kat aku aritu. Kompom demam dia cakap. kan, masin mulut dia. Aku demam sampai 4 hari. Tapi tu lah kan, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Seminggu kahwin, kitorang gaduh gak. Gaduh sampai aku nak naik bas balik Sri Aman. Aku jenis tak suka kalau aku perlukan orang tu, tapi orang tu takde kat rumah. Suami masa tu, keluar dengan member dia, g main bola. Tahu lah dah lama tak jumpa member. Sebelum ni, suami kerja je, jarang balik Saratok jumpa family kawan kat sana. Jadi dia balik cuti kahwin ni, dia nak jugak luangkan masa dengan kengkawan dia. TAPI ! Jangan lupa tanggungjawab. Mungkin baru seminggu, dia tak biasa lagi. Dia kena tahu kesihatan isteri dia. "Awak, saye demam kat rumah, nak angkat sendiri pun susah, awak boleh wat bodo je g main bola dah kenape ??????" Punya marah aku masa tu. Sampai tak sedar derhaka kat suami. Baru seminggu kahwin tu ! Dah suami menyesal, mintak maaf. Otw balik ke Betong, aku tidur ayam. Jalan raya bukannya elok pun, goncang-goncang. Dah la kepala macam kena picit, terpaksa berhadapan dengan jalan raya yang boleh tahan. Hmm. Suami sentuh leher, sebab nak rasa temperature pun aku boleh sedar. Tidur semalam kat Betong, besok paginya pulak, barulah berangkat ke Sri Aman. Suami, tak tidur malam masa kat Betong, sebab jaga aku. Kesian jugak dia kat aku. Haa, baru dia tahu yang isteri dia bukan main-main cakap demam. Aku demam masa tu sampai 4 hari. Aku tak makan. Badan aku panas. Tekak aku sakit (tonsil). Sampai Sri Aman, barulah suami dapat tidur. Sebab mak aku ada. Hahaha. Tengok muka mak, barulah aku rasa demam aku sedikit demi sedikit beransur pulih. Mak jugak jadi ubat. Suami tahu, aku demam sebab rindukan mak dengan abah kat Sri Aman. Kat Betong, takleh tidur dia sebab jaga aku. Kat Sri Aman, tidur je dia. Kesian tak cukup tidur. Tapi tu baru sikit Allah test. Alhamdulillah, passed. And Alhamdulillah sangat-sangat, aku kenal suami dah 3 tahun. Dari berkawan, bercinta, bertunang sampailah berkahwin, suami sangat penyabar orang nya. Aku ni jenis yang panas baran. Jumpa orang yang penyabar macam dia, Ya Allah, bersyukur sangat-sangat. Assalamualaikum :)



Sincerely;
Noreen Muhammys

DISCLAIMER
Precaution Steps

Your IP Address has been detected
BEWARE NOT TO COPY ANYTHING FROM HERE
Currently :  Flower[s] Visiting

AUTHOR
CONTACT

FOLLOWERS
Follow For Follow



PASTS





Credits

Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Mrs.Noreen